MELANGKAH MENUJU-MU

20 2 0
                                    

Entah apa yang aku rasa sekarang ini,
Terpaku di tengah jalan yang sunyi,
Mencari arah tak tahu yang mana satu,
Terlalu gelap sampai satu tapak pun tak sanggup lalui,

Aku cuba melangkah,
Nak berlari tak tahu arah,
Cuba meraba jalan yang gelap gelita tiada cahaya,
Mengetuk pintu ke salah satu rumah,
Tapi salah,
Bukan cahaya yang aku dapat,
Tapi kejian yang aku terima,.

Melangkah lagi setapak demi setapak,
Kali ini lebih berhati-hati,
Cuba mencari cahaya yang dari tadi tak ketemu lagi,
Terlihat ada sedikit sinar di situ,
Ada rumah di hujung jalan itu,
Aku cuba menapak mengetuk pintu,
Aku di sepak oleh manusia itu,
Mereka tak mahu orang asing seperti aku,
Tarlalu kelam dan dungu,
Aku terbaring di tengah jalan yang kelam itu,
Tak tahu mana lagi hendak di tuju.

Kali ini aku letakkan Rabbi di depan,
Aku melangkah dengan derapan kalimah mememuji Allah,
Meminta pertolongan dari Tuhanku pencipta alam,
Berserah sepenuhnya derapan ini aku temukan,
Di temukan jalan yang lurus dan bergemerlapan,
Di hujung itu ada cahaya,
Aku cuba untuk berlari mendapatkannya,
Makin terang makin bercahaya,
Akhirnya jalan itu aku temukan jua,
Aku sujudkan diri menyembah Tuhan yang Esa,
Kerana Dia aku hidup bahagia,
Kerana Dia aku jumpa jalan cahaya,.

@awan99_biru

kisah dia, aku, kauWhere stories live. Discover now