Tak semudah itu dibuang yang pernah di kanankan,
Sedang yang kiri sakan berkeliaran,
Bukan tak mahu lagi mendungnya awan minta di suriakan,,.Cumanya,
Tak mahu lagi bicara ini menghukum hati yang tak di sambutkan,
Gentar dalam melangkah buat kali kedua,
Bisa jadinya bersepai,
Bisa jadinya tergadai,
Simpang ku undur diri tak mahu ada yang bercerai badan,
Dengan tangan ini juga pernah menghunus belati hingga berderai kebahgiaan,
Mahunya lagi kau menghulur berlian??Ku pohon,
Tak sanggup lagi aku merobek belahan suci yang buatkan engkau rebah dalam harapan,
Biarlah ku kaku mati tanpa siapa menghiraukan,
Kerna sayang itu,
Kerna kasih itu,
Aku rela jadi taruhan..@awan99_biru
3_5_19

ANDA SEDANG MEMBACA
kisah dia, aku, kau
PuisiPuisi budak pasar dan jalanan.. Aku bukanlah seorang pemuisi yang tersohor, Bukan juga seorang yang hebat popular, Aku cuma seorang pemuisi jalanan, Yang masih bertaktih dalam belayar, Apatah lagi belum mekar dan menjalar, Izinkan aku berceri...