Park Saera_
Mataku tercelik , Pantas aku memandang sekeliling bilik . Tak ada yang pelik—Dengkuran dari seseorang membuatkan aku pantas menoleh .
" Jeon—" Aku menekup mulutku , Selimut yang tertutup dibadanku aku selak sedikit . Mataku membutang melihat keadaanku yang tidak berbaju .
OH MAI !
" JEON JUNGKOOK !" Jeritku , Jungkook yang nyenyak tidur itu terbangun . Pantas dia duduk bersila diatas katil dengan mata sebelah yang terpejam .
" Apa yang awak buat ni ?!" Jeritku lagi . Jungkook menggosok matanya berkali-kali lalu memandang aku .
" Apa yang aku buat ?" Soalnya pada aku , Aku mengetap bibir .
" Kenapa awak buat 'ni' dekat saya ?!" Jungkook menjongketkan kening apabila aku menunjukkan selimut yang tersarung dibadan .
Dia mula menarik selimut yang menutupi dadaku dengan selamba , Aku membutangkan mata . Setannya perangai !
" Yah ! Namja Gatal !" Aku menepis tangannya laju , Selimut yang terjatuh aku selubungkan kembali dibadan .
" Apa ?" Soalnya lagi . Aku menggigit bibir , Geram dengan sikap dia yang tak tahu apa-apa atau buat-buat tak tahu .
" Awak buat macamni dekat saya kenapa ?! Kita dah tak ada apa-apa hubungan jeon jungkook ! Awak nak bertanggungjawab ?!" Jeritku , Jungkook menjegilkan matanya memandang aku .
" A-aku b-buat ?" Soal Jungkook kepada aku . Aku mula menekup muka , Cuba untuk menahan tangisan . Tetapi gagal .
" Iya ! Awak buat—"
" Aku bertanggungjawab ." Aku tersentak , Terus aku memandangnya dengan mulut yang melopong . " A-apa ?" Dia mengangguk .
Tanganku diraih dan dia mula mengenggam tanganku erat , " Aku akan bertanggungjawab jikalau kau mengandung . Seperti yang kau cakapkan semalam—Atas dasar sayang dan cinta , Bukan semata-mata ." Tangan aku dikucupnya .
Aku terkelu , " Kau betul , Aku masih sayangkan kau saera ," Tuturnya tanpa berbasa basi . Aku mengetap bibir .
" Tapi awak nak bunuh saya . Sayang ke tu kalau nak bunuh saya hah jeon jungkook ?" Jungkook terdiam . Dia memandang anak mata aku dalam .
" Jadi kau tak percayakan aku ?" Soalnya mendatar , Kini . Aku pula yang terdiam . Dia berdecit sinis , Tangan aku dilepaskan .
" Jungkook—"
" Kau tak percayakan aku ? Jadi aku takkan bertanggungjawab saera , Kau hadaplah baby tu sorang-sorang . Tak sangka aku bertepuk sebelah tangan . Tch ," jungkook berdecit lalu seluarnya disarung sebelum melangkah keluar dari appartmentku .
Aku terdiam seribu bahasa , A-apa yang aku dah buat ?
---
" Hey , Saera . Apa jadi dengan kau ni ? Angau ke ? Dari tadi aku tengok kau termenung sahaja ." Soal Jimin , Pelik melihat aku yang asyik termenung.
aku tersenyum kelat . " aku—Tak ada apa-apalah ." Aku kembali menghadap pc , Jimin mengerutkan dahi .
" Jangan tipu , Atau aku yang cari sendiri ." Aku mengeluh , Terus aku memusingkan kerusi menghadapnya .
" Aku dan Jungkook—Terlanjur ." Mulut jimin melopong , Matanya membulat memandang aku .
" Jinjja ?!" Aku menyandarkan diri dikerusi dan mengangguk . " Tapi kau tahu , Kami tak ada apa-apa hubungan yang sah ."
" Aku tanya dia—Sanggup ke nak bertanggungjawab dan ," Ayatku terhenti . Terbayang mukanya yang betul-betul ikhlas hendak bertanggungjawab itu membuatkan aku rasa serbasalah .
" Dan ?" Aku kembali memandang jimin , " Dia nak bertanggungjawab ." Jimin menghembuskan nafas lega . Dia kembali memandang aku .
" habis ? Apa yang kau risaukan sangat—"
" Aku buat perasaan nak bertanggungjawab dia tu musnah ." Jimin terhenti bercakap , Keningnya bertaut .
" Apa ?" Aku melepaskan keluhan berat . Air kopi aku teguk buat beberapa kali dan mula memandang jimin .
" Dia nak bertanggungjawab betul-betul ikhlas , Tapi aku ragu-ragu . Sebelum kami terlanjur—Dia cuba nak bunuh aku jimin . kau rasa ?" Jimin meraup mukanya kasar sebelum rambut birunya disebak kebelakang .
" Maaf kalau ini buat kau kecil hati tapi—Aku berpihak pada dia . Ini salah kau juga . Aku rasa dia cuba nak perbetulkan balik hubungan korang , Tak mustahil dia masih cintakan kau . Lagipun pasal penceraian korang berdua—Kau yang mintak dan bukannya dia betul ?" Aku perlahan-lahan mengangguk.
" Hurm—Jadi , Aku rasa dia ada stress pasal something—Hah !" Jimin mula menjerit secara tiba-tiba . Jarinya diketip dihadapan mukaku .
" Aku dah tahu ! Mesti dia stress pasal penceraian korang berdua ! Kau tak ingat ? Masa korang berdua bergaduh dekat saipan dia kemalangan ?!"
i got it !
GANGSTER .
JEON JUNGKOOK .