" Saya Pergi kerja dulu ," Dahi Saera dikucup lama . Saera hanya mengukirkan senyuman lalu mengangguk .
" Aera. Jaga Mummy elok-elok okay ?" Aera mengangguk . Wajah Daddynya ditenung lama dengan bibir yang memuncung .
" Daddy , Bolehtak daddy tak kerja harini ? Aera rasa takut . Perut Aera rasa tak sedap je dekat sini ." Bahagian hatinya diusap-usap pelan . Jungkook tersentak .
" Alah—Kenapa pula aera nak rasa tak sedap hati ? Daddy janji daddy balik awal okay ? Jangan Risau ." Bibir Aera dikucup lalu pipi budak kecil itu dicubit . Dan mula berjalan masuk kedalam kereta .
Kereta tersebut dipecut laju . " Saera , Ibu dengan Ayah nak ke pasar kejap , Kamu boleh duduk sini dengan anak kamu kan ? Apa-apa jerit je . Jiran ada ." Saera hanya mengangguk .
Perutnya yang masih kempis dipegang lalu memimpin tangan Aera masuk kedalam rumah . Pintu tersebut dikunci .
" Aera pergi duduk situ , Mummy nak buatkan Aera susu ." Aera mengangguk . Saera terus berjalan masuk kedalam ruangan dapur .
Baru sahaja dia hendak mengambil susu tepung didalam kabinet . Jeritan Aera nyaring kedengaran . Mata Saera membulat . Pantas dia berlari keruang tamu .
Lelaki sado yang sedang menarik tangan Aera itu Saera hampiri . " Lepaskan Dia !" Jerit Saera . Mahu sahaja dia berlawan dengan lelaki itu . Tetapi takut pula kandungannya itu terjejas .
Lelaki tersebut tidak membalas—Sebaliknya pipi Aera ditampar kuat . Terus membulat mata saera memandang anak perumpuannya yang sudah tidak sedarkan diri .
" YAH !" Saera pantas melayangkan penumbuk dimuka lelaki itu dengan kuat , Badan Aera ditarik lalu telefon bimbitnya diambil sebelum dia berlari masuk kedalam biliknya .
Anak kecilnya itu diletakkan didalam almari . Lalu tangannya lincah sahaja mendail nombor telefon jungkook .
" Hello sayang—"
" Jungkook ! Tolong ! Ada orang pecah masuk rumah Ibu ! Balik sekarang !" Terus dia mematikan talian lalu tangannya mendail nombor 911 .
" Hello Polis , Saya ingin membuat laporan . Ada seorang lelaki berbadan Tegap memecah masuk kedalam rumah saya . Nama saya Park Saera—Ani Jeon Saera . Alamat Rumah ni—ARGHH !"
Saera terus tersandar pada Almari biliknya . Lehernya dicengkam dengan kuat . Tangannya kuat sahaja mengenggam tangan lelaki itu sambil merenung mata lelaki itu tajam .
telefon dipegangannya terlepas . Terus dia menumbuk muka lelaki itu bertalu-talu menggunakan seluruh tenaganya .
" Kau siapa ?!" Badan lelaki itu ditolak sehingga terbaring lalu dipijaknya perut lelaki itu dengan kuat . Lelaki tersebut sudah mengadu kesakitan .
" SAERA ?!" Suara Jungkook sudah kedengaran diluar pintu bilik . Saera mengetap bibir . Terus dia memijak kuat dibahagian 'tengah' lelaki itu membuatkan lelaki itu tidak sedarkan diri .
Pintu biliknya pantas dibuka , Terpampang muka jungkook yang kerisauan . Terus jungkook meluru masuk kedalam bilik tersebut dan memandang Lelaki tegap yang sudah terbaring .
" Apa yang sayang dah buat dekat dia ?" Soal Jungkook . Saera menggaru kepalanya . " S-saya Tumbuk dia ." Jungkook menggigit bibir .
" Mana Aera ?" Soal Jungkook . Saera terus menunjuk kearah almari . " Dalam tu , Dia masih pengsan tak sedarkan diri ."
Siren Polis mula kedengaran diluar rumah . Jungkook terus meluru turun kebawah lalu pintu dibuka .
" Tuan Jeon ?" Jungkook terus berdehem lalu menunduk sedikit . " Penjahat ada dekat atas . Pergi dan gari dia ." Polis tersebut pantas mengangguk dan berlari naik kebilik .
Sempat jungkook pandang kearah Kereta hitam yang terparkir elok dibawah pokok yang agak redup . Mata jungkook mula mengecil .
Dia mengangkat bahu dan mula menutup pintu . Dia menghampiri tingkap besar yang berada disebelah pintu lalu Kereta tersebut ditangkap menggunakan telefonnya .
Nombor Plate kereta tersebut dihafal lalu terus dia mengangguk .
GANGSTER .
JEON JUNGKOOK .