Pucat serta merta wajahku tatkala tiba di halaman banglo tiga tingkat milik keluarga Nazril. Khuatir jika keluarga Nazril tidak menerima kehadiranku. Aku bagai terbayanng-bayang bagaimana reaksi mereka apabila melihat keadaanku yang kekurangan ini. Marahkah? Hinakah?
“Sayang... termenungkan apa tu? Marilah masuk mama dan papa abang tunggu sayang...” Pinta Nazril sambil tersenyum meleret. Aku sekadar mengangguk sahaja.Bertambah laju degupan jantung bila aku melangkah masuk ruang tamu banglo itu, mataku terarah pada seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengan Umi. Namun, gaya penampilan amat elegant! Melihat pakaianya dan perhiasan diri sudah pasti harga mencecah ratusan ringgit, atau mungkin ribuan ringgit.
“Naz... ini ke gadis yang dah menambat hati anak teruna mama?” Pandangan matanya agak sinis.
“Mama today I will introduce Eyza to you. Inilah NurEyza Eyliana bakal menantu mama” Meleret senyuman bangga Nazril.
“Apa khabar Datin?” Tanpa bertangguh aku mendapatkan tangannya dan didekatkan ke muka untuk mencium bersalaman dengan Puan Hasnah bakal mentua ku nanti. Puan Hasnah menyambut mesra salamku. Aku berasa lega.
“Alhamdulillah khabar baik.” Sopan sahaja Puan Hasnah menjawab. Matanya ligat memerhatikan aku dari atas kepala hingga ke hujung kaki.
“Apa bakal menantu mama ni? kenapa panggil datin-datin? Panggil aje mama.” Pinta Datin Hasnah.
Kelibat seorang lelaki yang sudah berumur berpakaian segak dan anak gadis jelita orangnya sedang menuruni tangga dari tingkat atas banglo sebesar istana.
“Oh mai gaaad! So thats is your choice Naz? Taste tinggi gak Naz. Ohh ya, I Najihah kakak kepada Naz.” Tangannya dihulurkan. Aku menyambut salamnya tapi pantas dia menarik tangannya dengan riak muka sombong. Dijeling-jeling aku. Berderau jantungku bila sedari aku diperlakukan begitu.
Secepatnya aku menangkis tanggapan yang negatif. Aku masih kelihatan tersenyum. “Papa, Ni lah Eyza kekasih hati Naz...” Jelasnya sambil melirik manja padaku. Aku hanya tersenyum mendengar penjelasan Nazril.
“Eyza ini gadis yang dah berjaya curi hati Naz? Cantik orangnya... sopan santun... Eyza silalah duduk.” Pelawa Dato Megat lantas menghenyakkan punggung di sofa yang mewah itu.
Aku mengangguk lalu mengambil tempat duduk sofa di sebelah kiri. Nazril yang berada di sebelahanku tidak lari dari senyuman.
Datin Hasnah dan anak gadisnya iaitu Najihah turut serta melabuhkan punggungnya di sofa yang bersetentangan dengan aku.
”Papa paling happy bila dapat tahu Naz dah jumpa calon isteri. Papa memang tak sabar nak kamu berdua menikah. Naz tu pun dah masuk angka 28 tahun, dah layak jadi ayah orang. Tak sabar papa dan mama nak merasa timang cucu.” Kata Dato Megat yang berwajah ceria.
“Eyza pun nak ucap terima kasih sebab sudi terima Eyza. Ey..za.. rasa tak layak pun ada nak layari perkahwinan bersama-sama dengan abang Nazril.” Melebar senyumku kerana lega diterima baik oleh papanya.
“Papa tak pandang kekurangan yang kamu ada. Yang penting kamu berjaya ubah Naz jadi orang yang lebih baik. Papa harap Eyza dapat bahagiakan Naz.” Pintanya lirih.
“Bila abang Nazril lamar Eyza nak jadikan Eyza suri hatinya, Eyza syukur sangat sebab abang Nazril ikhlas mencintai Eyza. Eyza janji akan jadi isteri yang terbaik untuk abang Nazil dan akan bahagiakan dia. Itu janji Eyza.” Ujarku tulus. Senyuman terus menjadi penghias dibibirku.
Ketika sedang rancak bersembang-sembang dengan keluarga Nazril. Dato Megat telah menetapkan tarikh perkahwinan kami berdua. Aku hanya mengangguk setuju kerana segala keputusan aku serahkan bulat-bulat pada Nazril.

YOU ARE READING
Mengharap Sebuah Kebahagiaan
Short StoryMengisahkan liku-liku hidup tentang seorang gadis OKU yang bernama NurEyza Elyana binti Hashim dalam menempuh perjalanan takdir yang diharapkan bahagia. Lafaz kalimah cinta yang diungkap Nazril merangkap bos ditempat kerja membuat gadis ini terpaku...