"Lepas ni ada meeting lagi tak?" soal Zarhin sambil lengan bajunya dilipat hingga ke siku.
"Tadi Syuha kata yang tadi tu last meeting untuk hari ni. Encik Zahrin ada nak pergi mana-mana ke?" tanya Farhan selaku driver kepada Zarhin.
"Good. Now kita pergi cafe hari tu. Dah lama tak pergi sana," arah Zarhin lalu menyimpulkan senyuman. Dia sudah mula rindu akan bau aroma kopi di sana.
"Baik Encik Zahrin!" balas Farhan dan terus memandu ke Cafe Emerald.
"Encik Zahrin, nak saya ikut sekali ke?", soal setelah mereka tiba di cafe itu. Farhan menoleh ke belakang untuk mendapatkan jawapan daripada Zahrin.
"Apa ni Farhan, kan dekat luar office ni. Panggil je la nama. Macam tak biasa pulak," beritahu Zahrin lalu dia membetulkan kemejanya.
"Mana boleh macam tu. Tu sebelum saya jadi driver Encik Zahrin. Sekarang ni kan saya kerja dengan Encik Zahrin, so kena la panggil dengan panggilan yang sopan sikit. So nak saya ikut tak?" soal Farhan sekali lagi.
Zahrin menggeleng perlahan lalu menarik pemegang pintu.
"Jom," ajak Zahrin lalu dia keluar daripada perut kereta itu. Farhan yang sudah tidak sabar ingin menghirup secawan kopi, segera mematikan enjin kereta dan mengekori Zahrin daripada belakang.
Mereka memasuki cafe yang agak terkenal di sekitar kawasan itu dan memilih tempat duduk di bahagian penjuru.
Zahrin lebih menggemari duduk di bahagian penjuru kerana baginya, kawasan itu membolehkannya memerhatikan keadaan sekeliling.
"Saya nak pergi oder ni, Encik Zahrin nak minum apa?" soal Farhan. Zahrin berfikir sejenak sebelum membuat keputusan untuk menjadikan Americano sebagai hidangan minum petangnya.
"Minum je?" soal Farhan lagi. Zahrin mengangguk kecil.
"Kalau awak nak pesan makanan, pesan je la. Saya bayarkan," ujar Zahrin lalu dia mengeluarkan kredit kadnya dan dihulurkan kepada Farhan.
Pada mulanya, Farhan menolak. Namun setelah dipaksa oleh Zahrin beberapa kali, dia mengalah dan mengambil kad itu sebelum menuju ke kaunter untuk membuat pesanan.
Zahrin mengeluarkan handphone dan meletakannya di atas meja. Dia menyandarkan badannya ke kerusi dan kembali duduk tegak setelah beberapa saat sambil matanya meliar melihat sekeliling.
Terdapat seorang wanita yang sedang memujuk anaknya supaya berhenti menangis. Anaknya yang berusia dalam lingkungan tiga tahun itu menaikkan jari telunjukknya dan tunjuk ke arah aiskrim yang terdapat pada menu yang terletak di bahagian kaunter.
Bilangan pelanggan yang agak ramai pada waktu menghalang wanita itu untuk terus membelikan aiskrim itu pada anaknya. Dia mengambil tindakan untuk mendukung anaknya dan berbaris seperti pelanggan yang lain.
Sejurus itu, anak kecil itu memeluk leher ibunya dan mengelap air matanya pada bahu ibunya. Zahrin yang melihat tingkah laku budak itu hanya tersenyum.
Mata Zahrin pula menangkap akan tubuh kecil seorang gadis yang sedang memegang tongkat pada tangan kananya. Mata gadis itu tidak memandang ke arah jalan yang hendak ditujunya kerana matanya hanya memandang ke depan tanpa sebarang reaksi.
Getah rambut bewarna kuning cair, terikat kemas pada rambut gadis itu. Bajunya yang bewarna maroon dipadankan dengan skirt bewarna hitam. Gadis itu cukup sempurna di mata Zahrin.
Tetapi hanya satu yang kurang. Gadis itu hilang penglihatannya.
Mata Zahrin masih lagi tidak lepas daripada memandang gadis itu. Gadis itu seakan-akan meraba ke sekeliling.
"Dia cari kerusi ke? Baik aku tolong dia," kata Zahrin sendirian. Baru sahaja Zahrin melangkah satu tapak daripada tempat duduknya, gadis itu tertolak dua cawan kopi yang sedang dibawa oleh seorang pelanggan lelaki di situ.
"Kau buta ke! Kopi ni panas kau tahu tak!" herdik lelaki itu. Kopi itu tertumpah di atas seluarnya dan turut membasahi kasut yang sedang dipakai oleh lelaki itu.
"S..saya minta maaf. Saya memang buta. Saya tak nampak. Maafkan saya," kata maaf itu keluar daripada mulut gadis itu dan dia melutut untuk mencari tongkatnya.
Situasi itu telah menarik perhatian pelanggan yang lain termasuklah Farhan dan Zahrin.
"Kau buat apa melutut kat bawah tu? Kau bangun!" jerit lelaki itu dan menarik kasar lengan gadis itu.
Zahrin yang sudah bengang dengan tindakan lelaki itu terus bergerak menuju ke arah mereka dan mencengkam tangan lelaki yang sedang menarik gadis itu.
"Encik, lepaskan tangan encik. Tak baik encik buat dia macam ni," arah Zahrin sambil cuba untuk mengawal m
arahnya."Kau nak masuk campur kenapa? Lepas lah!" jerit lelaki itu lagi dan kali ini dia menepis kasar tangan Zahrin yang sedang mencengkamnya.
Farhan yang turut berada di situ segera mencapai tongkat yang terdapat di atas lantai dan memberikannya kepada gadis itu.
"Berapa harga seluar dengan kasut encik? Mahal sangat ke sampaikan encik sanggup herdik dia depan orang ramai?" soal Zahrin sinis. Wajah lelaki yang berada di hadapannya itu sudah kelihatan merah.
"Berambus lah kau!" lelaki itu menolak kasar tubuh Zahrin dan melangkah keluar daripada cafe itu.
Pada waktu yang sama, seorang lekai tua yang berusia dalam lingkungan 60-an keluar daripada pintu yang terdapat di sebelah kaunter.
"Ya Allah Hanna, kenapa ni nak?" lelaki tua itu terus melulu ke arah gadis itu yang juga merupakan anaknya.
"Kenapa ni Hanna?" soal lelaki tua itu lagi dan membantu Hanna untuk berdiri. Zahrin yang berada bersebelahan dengan lelaki tua itu turut membantu Hanna untuk berdiri.
"Tak ada apa-apa pun la walid. Hanna terlanggar orang tadi. Salah Hanna jugak sebab merayau dekat luar ni tadi," ujar Hanna sopan. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya walaupun Zahrin dapat mengesan akan air mata yang terdapat pada tubir mata gadis itu.
"Kan walid dah pesan, kalau nak keluar ajak angah," lelaki tua itu segera memeluk anaknnya dan mengusap lembut kepala gadis itu.
Pelanggan yang lain sudah mula duduk di tempat mereka semula. Tiada siapa yang berani menghalang tingkah laku lelaki tadi melainkan Zahrin. Mereka hanya berdiri di tepi tanpa melakukan apa-apa.
Ada di antara mereka yang masih teragak-agak untuk menolong gadis itu walapun mereka tahu bahawa Hanna tidak dapat melihat.
Mereka sudah mula melepaskan pelukan. Hanna menghalakan badannya untuk menghadap Zahrin. Walaupun dia tidak dapat melihat, dia dapat merasakan akan kehadiran lelaki itu yang berada berdekatan dengannnya.
"Terima kasih sebab tolong saya tadi," ucap Hanna. Dia menundukkan sedikit kepalanya menandakan dia terhutang budi dengan Zahrin.
"Sama-sama," balas Zahrin dan tersenyum. Dia memandang ke dalam anak mata gadis itu walaupun dia tahu, gadis itu tidak dapat melihatnya.
"Minta maaf sebab susahkan kamu. Anak pak cik ni istimewa. Dia tak dapat melihat macam orang lain. Maafkan pak cik ya," kali ini ayah kepada Hanna pula memohon maaf.
"Eh pak cik tak perlu la minta maaf," ujar Zahrin segan. Lelaki tua itu tersenyum.
"Nama kamu siapa?"
"Saya Zahrin. Zahrin Hydar,"
⤵
YOU ARE READING
Percayakan Aku
RomanceZafren atau nama lainnya Zaryl berasal daripada Dunia Fretel, yang sememangnya berbeza dengan dunia Ainin Raihannah. Zafren cuba menjejaki gadis itu semula setelah sekian lama menghilangkan diri sejurus sahaja Hanna disahkan buta. Kejadian di Frete...