- 6 -

89 8 0
                                    

"Apa hak kau, untuk kaitkan aku dalam kisah kau?"

"Sebab ni," Zafren menarik lengan Joanna dan menyelak kasar lengan bajunya. Terdapat tanda seperti satu kelopak bunga mawar bewarna biru di pergelangan tangan kirinya.

"Lepas la," tepis Joanna

"Mana kau tau aku ada tanda ni? Lagipun tanda bodoh ni memang ada sejak aku kecik. Tak penting pun," ujar Joanna sambil menutup kembali tanda itu.

"Aku nampak tanda tu masa kau beli makanan. And tanda tu, bukan tanda bodoh, bukan tanda saja-saja,"

"Kau ingat ni apa? Macam dalam movie? Ada tanda macam ni, aku keturunan puak itu ini. Macam tu?" soal Joanna sinis.

Zafren tidak menjawab persoalan Joanna, sebaliknya dia membuka balutan kain putih yang sudah lama menutupi pergelangan tangan kirinya. Dia menghalakannya kepada Joanna.

"Tengok la. Kau ingat aku suka-suka cerita kisah aku dekat orang sembarangan?"

Joanna hanya memandang sekilas dan mengalihkan pandangannya semula ke arah Zafren.

"Then? Kau nak aku buat apa? Nak aku cakap 'wow'? Macam tu?" Zafren tidak membalas, sebaliknya dia memalingkan wajahnya ke belakang.

"Lepas ni apa pulak? Ada puak-puak kau datang naik kuda nak selama-"

"Shhh diam! Diam sekejap," arah Zafren sambil menekup mulut Joanna daripada terus berbicara.

"Skskks..." mereka berdua dapat mendengar akan seretan tapak kaki menandakan ada seseorang sedang berjalan.

"Sksksk...sksksksk..." bunyi itu semakin lama semakin bertambah kuat.

Tanpa berkata apa-apa, Zafren lantas menarik lengan Joanna supaya lari dari lorong tersebut.

"Zaryl! Nak lari mana lagi?" jerit seorang lelaki sambil mengejar mereka berdua daripada belakang.

"Damn! Weh kau lari cepat sikit boleh tak? Lari macam tak makan sayur je. Cepat lah!" marah Zafren kerana pergerakan Joanna yang lambat akan turut melambatkan pergerakan Zafren.

Joanna berhenti berlari.

"Weh kau berhenti kenapa! Cepat la!" jerit Zafren yang turut berhenti berlari.

"Kenapa aku nak lari sekali pulak? Aku tak ada kena mengena dengan kau pun," ujar Joanna lalu dia melangkah pergi ke arah yang bertentangan dengan Zafren.

Tanpa berlengah, Zafren pantas berlari mendapatkan Joanna apabila lelaki yang mengejar mereka tadi sudah menghalakan tangannya ke arah mereka berdua.

"Kalau aku suruh lari tu, lari je lain kali," ujar Zafren lalu melindungi Joanna dalam dakapannya dan memancarkan cahaya biru ke arah lelaki tersebut.

Cahaya hijau yang dipancarkan lelaki itu turut terkena sebahagian bahu kiri Zafren. Zafren mengetap giginya tanda dirinya sedang menahan kesakitan.

"Jom lari," ujar Zafren sambil tersenyum nipis. Tangan kanan Zafren menutup bahu kirinya dan berjalan meninggalkan Joanna di belakang.

Joanna yang masih terpaku lantas memgejar Zafren daripada belakang.

"Aku minta maaf," ujar Joanna sambil menunduk ke bawah.

"Eh tak pe la. Sikit je ni. Dah jom,"

"Joanna," tanpa disoal, Joanna memperkenalkan dirinya.

"Tak, sebab dari tadi kau asyik panggil aku 'weh'. So, nama aku Joanna. Nak panggil Jo pun boleh. Aku tak kisah," terang Joanna apabila melihat Zafren yang terpinga-pinga.

Zafren mengangguk kecil. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan Hanna, kerana nama belakang mereka hampir serupa.

"Hanna. Joanna," bisik Zafren perlahan.

"Nama kau pulak?"

"Zafren. Zafren Anaqi. Ikut kau jugak nak panggil apa pun,"

"Aku panggil kau Zaf je la, senang sikit. Ni nak panggil panjang-panjang buat apa kan?" Joanna meneruskan perjalanannya dan meninggalkan Zafren di belakang.

Zafren tersenyum nipis. Dia rindu akan nama panggilan itu.

"Eh tapi, bukan ke lelaki tadi tu panggil kau Zaryl?" soal Joanna apbila dia menyedari sesuatu.

"Zaryl tu dah tak wujud. Mereka salah orang," balas Zafren ringkas. Dia masih tidak bersedia mahu menceritakan kisah itu kepada sesiapa.

Joanna hanya mengangguk perlahan tanda dia menghormati keadaan Zafren ketika ini.

"Kau nak aku ikut kau ke?" soal Joanna lagi. Zafren hanya mengangguk perlahan. Bahu kirinya yang tercedera itu membuatkan dia semakin lemah. Darah semakin banyak mengalir membasahi baju yang tersarung di badannya.

"Nak pergi mana?"

"Kita cari Hanna. Ainin Raihannah," serentak dengan itu Zafren jatuh menyembah bumi.

"Zaf!"

    ⤵

Percayakan AkuWhere stories live. Discover now