- 10 -

60 7 0
                                    


Mereka memandang di antara satu sama lain. Zahrin sudah mula mundar-mandir mencari idea untuk keluar daripada tempat itu.

"Kau pilih, kau nak siapa yang selamat?" soal Darmin dengan riak wajahnya yang serius.

"Kau gila? Aku nak semua orang selamat. Kau sendiri tahu Heth tak akan tinggalkan satu jejak pun. Kalau dia nak aku, maknanya dia nak semua mati," Zafren menelan kesat air liurnya.

Tiba-tiba sahaja tanda Zein Rose pada lengan Zafren bercahaya. Masing-masing terkesima.

"This is not good," Zahrin yang sedar akan perkara itu lantas keluar daripada bilik mereka dan menuju ke bilik di mana Joanna dan juga Hanna berada.

"Kau nak pergi mana?" jerit Darmin lalu berlari mengejar Zahrin.

Joanna di dalam biliknya sudah pun terbaring kaku di atas lantai. Darmin dan Zafren yang baru sahaja memasuki bilik itu tersandar pada dinding. Zein Rose pada lengan Joanna turut bercahaya namun lebih terang berbanding kepunyaan Zafren.

"Tolong aku angkat dia," jerit Zahrin lalu mendekati Joanna. Dia sempat mengerling ke arah Hanna yang sedang beridiri di sudut bilik itu.

"Cepatlah!" jerkah Zahrin apabila mendapati Darmin dan Zafren masih tidak beranjak dari kedudukan mereka.

Zahrin menyeka peluh di dahinya akibat daripada terlalu panik. Dia menghela nafas berat sebelum menarik Darmin dan juga Zafren keluar daripada bilik itu.

"Aku rasa better macam ni," Zahrin memandang mereka sebelum menyambung ayat yang seterusnya.

"Aku, Zaf dan jugak Joanna pergi semula ke Dunia Fretel. Darmin and jugak Hanna stay dekat sini. Maksud aku kau cuba survive dengan Hanna dekat sini," ujar Zahrin sambil matanya memandang ke arah Darmin.

"Asal aku? Patutnya aku yang balik sana. Bukan dia," bantah Darmin sambil menjeling Zafren dengan pandangan yang tajam.

"Sebab memang semua kena pergi Dunia Fretel tu balik, tapi antara kita semua ni, kau sorang je boleh buka pintu untuk ke sana. Aku dengan Zaf tak boleh,"

"Sekarang ni, kau kena buka pintu tu untuk kita orang dulu. Dalam masa 24 jam, kau datang cari aku dengan Zaf dekat sana," terang Zahrin tapi ada sesuatu yang masih belum dia ungkapkan. Mereka berdua hanya tersengih tanda tidak mahu beri kerjasama.

"Kau cuba umpan orang Heth supaya tak pergi sana," Zahrin memandang Darmin dengan pandangan yang serius.

"Aku tau la idea ni mengarut, tapi cuba je dulu boleh tak?" Zahrin sudah mula geram.

"Kau nak semua selamat lepastu kau nak aku bawa Hanna? Untuk apa? Korbankan dia sekali dengan aku?" kali ini giliran Darmin pula untuk bersuara.

"Aku dengan Zaf ada benda nak buat, tak boleh kaitkan dengan Hanna buat masa ni. Aku percaya yang kau boleh jaga dia," Zafren sudah mengangkat kening apabila namanya turut disebut.

"Lagi satu, mata Hanna tu," Zahrin berjeda seketika.

"Joanna yang boleh sembuhkan," mata Darmin dan juga Zafren membuntang. Baru sahaja mereka berdua mahu bersuara, pintu utama telah pun ditendang daripada luar terlebih dahulu.

"Bamm!"

"Darmin cepat!" teriak Zahrin lalu masuk ke dalam bilik untuk mengambil Joanna semula.

Dengan pantas Darmin menyelak lengan baju kirinya. Terdapat tanda Zein Rose pada lengannya, namun kali ini tanda itu bewarna hijau.

Dia meletakkan tangan kanannya di atas tanda itu sambil memejamkan mata.

"Darmin!" teriak Zahrin lagi.

Serentak dengan itu Darmin kembali membuka matanya. Cahaya hijau mula mewarnai bilik itu. Iris mata Darmin turut bertukar menjadi warna hijau muda. Lantas dia menghalakan telapak tangan kanannya tadi ke arah lantai, dan pintu ke Dunia Fretel mula terbuka.

Tanpa melengahkan masa, Zafren segera melompat memasuki pintu itu sambil mendukung di belakangnya.

"Darmin! Dalam kiraan tiga, kau tutup pintu ni dan bawa Hanna keluar dari sini ikut belakang!" jerit Zahrin dan Darmin hanya mengangguk.

"Satu!"
"Dua!"
"Tiga! Sekarang!" lantas Zahrin melompat ke arah cahaya itu. Darmin segera menarik kembali lengannya dan mengambil nafas seketika sebelum menuju ke arah Hanna yang masih berada di sudut bilik itu.

"Hanna , jom," bisik Darmin ke arah telinga Hanna. Dia sempat mencampakkan satu bola kea rah orang Heth yang sedang mencari dia di setiap bilik.

Darmin menarik lengan Hanna dan berlari keluar dari bilik itu dan menuju ke pintu belakang.

"Nak pergi mana?" Heth menahan. Dia tersenyum sinis sambil berjalan mendekati Darmin dan juga Hanna.

Darmin menelan air liurnya. Dia tidak meyangka bahawa Heth sendiri akan turun ke sini demi mencari Zafren. Darmin sempat menolak Hanna supaya berdiri di belakangnya.

"Kau tahu kan apa yang aku nak?" Heth bermain dengan jari jemarinya.

"Zaryl," ujar Darmin perlahan sambil mengetap giginya. Hanna yang berada di belakangnya mencengkam erat pergelangan tangan Darmin seperti tidak mahu lepas daripada lelaki itu.

"Dia kan perempuan tu?" Heth memandang Hanna.

"Dia kan perempuan tu?" soalan yang pernah Darmin utarakan kepada Zahrin ketika dia bertemu dengan Hanna.

"Perempuan pujaan Zaryl?" Heth mengerling semula ke arah Darmin. Dia tersenyum menyenget.

"Perempuan pujaan Zaryl?" ayat yang sama.

"Kau jejak aku?"

"Come on Darmin. Kau dengan aku sama je, tak perlu jadi baik," Heth yang sudah berada di hadapan Darmin lantas mencabut topi yang sentiasa menutupi rambut Darmin itu.

"Dan topi ni, tak sesuai langsung dengan watak kau," dia mencampakkan topi itu ke bawah. Dia menyentuh rambut Darmin dan mengusutkannya.

"See, kau tak boleh sembunyikan identiti kau. Hahaha" Heth ketawa lebar. Dia gembira melihat sesetengah helaian rambut Darmin yang bewarna hijau muda itu.

"Jahanam kau Heth," perlahan-lahan dia menggerakan pergelangan tangannya supaya Hanna melepaskan genggamannya itu.

Darmin mengambil semula topi itu dan mencampakkannya pada wajah Heth.

"Aku boleh sembunyi bila-bila masa je yang aku nak. Kau je yang tak ada hak nak halang aku," Darmin melepaskan tumbukan pada wajah Heth. Dia turut menendang perut lelaki itu.

"Kau tak akan boleh lepas daripada ni. Paling-paling pun lima minit sebelum orang kau bangun balik" Darmin mencengakm pergelangan tangan Heth lalu melilitkannya dengan tali hijau yang bersinar.

"Aku boleh cari kau, sebab aku hidup," Heth masih tersenyum sinis.

"Too bad aku memang nak kau hidup. Tunggu sampai saat akhir nanti Heth," Darmin lantas beredar daripada situ dan turut membawa Hanna pergi bersamanya.

* * * * * * *

"Jo boleh sembuhkan Hanna?" Zafren masih tidak percaya. Zahrin hanya mengangguk.

"Kalau macam tu, baik aku yang sembuhkan dia. Joanna dengan aku sama je tak ada beza," Zafren masih tidak puas hati. Dirinya masih tidak mengerti mengapa Joanna sahaja yang boleh sembuhkan Hanna.

"Sama?" soal Zahrin tegas.

"Ya la sama. Zein Rose kita orang sama. Kau emo kenapa?" Zafren juga turut menaikkan nada suaranya.

Dia memandang Zahrin sekilas lalu berjalan laju meninggalkan Zahrin di belakang. Dia membetulkan kedudukan Joanna yang masih berada di belakang tubuhnya.

"Bila Jo bangun nanti, kau tanya dia balik, dia daripada mana, apa ja-"

"Terus terang. Apa maksud kau?" Zafren berhenti dan memalingkan wajahnya ke arah Zahrin.

"Darmin dan jugak Joanna yang sama. Bukan kau,"

Percayakan AkuWhere stories live. Discover now