- 8 -

79 8 0
                                    


“Saya minta maaf”, tutur Zahrin perlahan sambil berdiri di bucu meja. Dia sengaja singgah sebentar di café itu untuk bertemu sebentar dengan Farhah.

Hanna memalingkan wajahnya ke arah Zafrin dengan berpandukan suaranya. Dia menyimpul senyuman manis dan bangun daripada duduknya seraya menuju ke pintu keluar dengan berpandukan tongkat miliknya.

“Tak apa la. Awak tak salah apa-apa pun. Saya yang emo,” ujar Hanna sambil tangannya bergerak untuk menolak cermin pintu di hadapannya untuk keluar.

“Awak memang nak larikan diri daripada saya ke?” tembak Zahrin apabila gerak-geri Hanna itu seakan-akan sedang cuba untuk tidak bersapa dengan dirinya.

Belum sempat Hanna membalas, pintu café itu terlebih dahulu telah ditarik daripada luar.

Ini menyebabkan Hanna hilang keseimbangan dan hampir sahaja tersungkur ke hadapan. Mujur sahaja Hanna sempat mengenggam erat pergelangan tangan lelaki yang menarik pintu itu sebentar tadi.

Namun, dengan pantas lelaki itu menepis kasar dan membuatkan Hanna sekali lagi hilang keseimbangan. Kali ini, Zahrin sempat menyambut Hanna daripada terjatuh.

Lelaki yang berada di hadapan mereka kaku tidak bergerak. Zahrin turut memanggil lelaki itu berulang kali dan cuba untuk mencari mata milik lelaki itu kerana topi yang berada di kepalanya menutup hampir keseluruhan matanya.

“Encik!” panggil Zahrin lagi. Lelaki itu hanya mendengus kecil di sebalik topi milknya.

Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah anak mata milik Zahrin. Dia dapat melihat bahawa anak mata itu sedang menggeletar dan serentak dengan itu dia tersenyum nipis.

Zahrin dengan pantas menolak Hanna supaya berdiri di belakang tubuhnya. Hanna yang tidak mengerti turut teragak-agak dengan tindakan pantas Zahrin itu.

Zahrin menoleh ke kiri dan juga kanan sebelum kembali memandang ke arah lelaki itu.

“Takut ke?” soal lelaki itu sinis. Zahrin hanya tersenyum sambil memandang ke bawah sebelum dia menolak kasar lelaki itu ke dinding dan turut mengunci pergerakannya.

“Aku tak perlu pun nak takut dengan kau. Kau yang patut takut dengan diri kau sendiri,” bisik Zahrin ke telinga lelaki itu.

“Dia kan perempuan tu?” lelaki itu mengerling ke arah Zahrin sambil mengangkat keningnya.

Zahrin mengalihkan pandangannya ke arah Hanna. Kelihatan Hanna seakan-akan meraba sekeliling untuk mencari tongkat miliknya yang telah jatuh sebentar tadi.

“Perempuan pujaan Zaryl kan?” soal lelaki itu lagi, namun kali ini dia seperti baru teringat akan sesuatu.

“Eh bukan. Zaryl tu bukan nama dia dekat sini. If I'm not mistaken, Zahren? Am I right?” ujar si dia sambil senyum menyenget.

Pantas Zahrin mencengkam rahang lelaki itu dan menyebabkan dia mengetap giginya menahan sakit. Topi milik lelaki itu juga ditepis kasar oleh Zahrin hingga jatuh ke tanah

“Kau dengar sini. Dulu memang aku terdesak cari kau sebab aku nak kau tebus balik apa yang kau dah buat. Tapi sekarang ni, aku nak kau berambus Darmin. Aku nak kau berambus,” pandangan yang Zahrin berikan seolah-olah dia sedaya upaya ingin lelaki itu pergi daripada situ.

“Tolong lah. Berambus,” ulang Zahrin dan kali ini dia turut melepaskan cengkamannya dan menunduk sambil tangannya menyisir kasar helaian rambut miliknya itu.

“Kau sebenarnya tahu kan?” soal Darmin sambil meregangkan kepalanya ke kiri dan juga ke kanan untuk menghilangkan kesakitan di rahangnya itu.

“Maksud kau?”

“Kau tahu yang dia orang tengah buru aku. Sebab tu kau nak aku berambus. Kau tak nak dia orang cederakan Hanna. Kan?” pandangan Darmin jatuh pada Hanna. Dia memandang gadis itu dengan agak lama dan kembali memandang ke arah Zahrin.

“Her guardian?” soal Darmin separuh berbisik.

Zahrin hanya diam tidak bersuara. Dia tahu yang dia langsung tidak layak untuk melindungi Hanna pada ketika ini memandangkan dia yang bertanggungjawab terhadap penglihatan Hanna.

Tanpa menghiraukan Zahrin, Darmin berjalan ke arah Hanna seraya mengambil tongkat yang berada di atas tanah itu.

“Nah,” Darmin menghulurkan tongkat itu kepada Hanna, namun hulurannya tidak disambut memandangkan Hanna kelihatan seperti teragak-agak. Mungkin dia dapat mengenal pasti bahawa suara yang menghulurkan tongkat itu bukan suara kepunyaan Zahrin.

Darmin mengeluh kecil sebelum dia mencapai tangan Hanna dan menyuruh gadis itu mengenggam erat tongkat itu supaya tidak terlepas lagi.

“Jangan bagi terlepas. Perjalanan kau jauh lagi untuk kau dapat tengok bintang tu,” pesan Darmin lalu berjalan mengambil kembali topi miliknya yang ditepis oleh Zahrin sebentar tadi.

Riak wajah Hanna sedikit berkerut dan dia cuba untuk menggapai lengan milik Darmin itu. Namun, lelaki itu telah pergi terlebih dahulu.

“Kau nak pergi mana?” soal Zahrin sambil tubuhnya disandar pada dinding.

“Cari Zaryl? Or it should be Zafren?” ujar Darmin sambil mendepakan kedua-dua tangannya ke udara diikuti dengan keningnya yang terangkat.

“Aku ikut,”

“Serious?” soal Darmin tidak percaya. Zahrin hanya mengangguk.

“Kalau kau ikut, siapa nak jaga Hanna? Kau sendiri tau yang dia tak akan selamat,”

“Aku, dan jugak kau,” Zahrin menunding jari ke arah Darmin. Darmin menggeleng sambil menyarungkan semula topi miliknya itu.

“Terpulang, sebab memang tujuan aku datang sini untuk tarik kau ikut aku,” Darmin terus berjalan dan membiarkan mereka berdua di belakang.

Pantas Zahrin masuk semula ke dalam café. Setelah beberapa saat dia keluar dan menarik lengan Hanna untuk mengekorinya. Hanna cuba menepis perlahan tangan Zahrin.

“Awak ikut kita orang boleh? Kita cari Zafren?” pujuk Zahrin dan perlahan-lahan melangkah pergi dari Café itu diekori Hanna yang berada di belakangnya.

“Saya dah bagi tau ayah awak,” ujar Zahrin seakan-akan mengerti apa yang dikhuatiri oleh Hanna.

“Sekurang-kurangnya, kalau awak ikut, mata awak mungkin boleh sembuh,” bisik Zahrin perlahan dengan niat supaya Hanna tidak mendengarinya.

    ⤵

Percayakan AkuWhere stories live. Discover now