- 12 -

59 8 0
                                    

“Hei pandang sini,” panggil Hanna perlahan sambil tangan kanannya menolak dagu Zafren ke atas supaya lelaki itu memandang ke arahnya.

“Tak apa la Zaf,” pujuk gadis itu lagi. Kali ini kedua-dua tangan Zafren mencapai pergelangan tangan gadis itu dan mengenggamnya seerat mungkin.

“Please Hanna, jangan... Tak perlu pun buat semua ni,”  rayu Zafren dan dia menunduk supaya tangisannya dapat disembunyikan.

“Please, Hanna stay sini eh? Zaf cari Zahrin sekarang jugak suruh dia dengan Darmin selesaikan hal tu,” Zafren sudahpun berkira-kira mahu beredar daripada situ untuk mencari Zahrin namun sempat ditahan oleh Ainin Raihannah.

Gadis itu hanya tersenyum nipis. Dia menyentuh lembut pipi  Zafren sebelum tangannya meleraikan genggaman tangan Zafren yang seperti tidak mahu memberikan gadis itu peluang untuk pergi.

“Nanti kita jumpa,” bisik Ainin Raihannah perlahan dan dia perlahan-lahan mengundurkan dirinya ke belakang. Zafren cuba menggapai lengan gadis itu namun entah mengapa dirinya seakan beku pada waktu itu. Dia cuba bangun untuk berdiri, namun kedua-dua belah kakinya seperti dikunci.

“Hanna!” teriak lelaki itu sambil cuba untuk merangkak menuju ke arah gadis itu.

“Ha-Hanna!” jerit Zafren apabila dia melihat satu cahaya dari jauh seakan-akan sedang menuju ke arah gadis yang berada di hadapannya itu.

Zafren Anaqi mengagahkan dirinya untuk berdiri namun hampa, lututnya terlalu lemah. Baju putih yang tersarung di tubuhnya hampir sahaja bertukar warna kerana hampir keseluruhannya dipenuhi dengan kesan darah.

“Tolong!”

“ Sesiapa… tolong…” rayu Zafren sekali lagi lalu dia rebah ke atas tanah bersama air mata yang tidak henti membasahi pipinya daripada tadi. Mata Zafren sempat menangkap akan cahaya bulan purnama  yang menerangi mereka berdua pada malam itu.

“Fasa kelima,” bisik Zafren Anaqi perlahan sebelum dia memejamkan matanya.

Hanna yang melihat daripada jauh hanya tersenyum kelat. Dia memandang anak panah bercahaya yang menuju ke arahnya itu dengan pandangan yang sepi.

Riak wajah gadis itu tenang seperti dia sudah pun menjangkakan akan hal itu.

“Zupp!” anak panah itu menusuk  tepat pada dada kiri gadis itu. Hanna mengenggam anak panah itu dengan mata yang berair.

“Aurelia,” ayat itu keluar daripada bibir Hanna sebelum dia rebah menyembah bumi.

*

“Zaf! Weh bangun lah! Kau mimpi apa sampai menangis ni?” Joanna mengoncang tubuh Zafren dengan kuat. Sudah hampir sepuluh minit dia cuba mengejutkan lelaki itu daripada tidurnya namun Zafren masih belum terjaga.

“Bangun!” jerit Hanna sekali lagi. Zafren yang tersentak dengan jeritan Joanna itu lantas membuka matanya. Dia menyentuh matanya  dan menyeka air mata yang sudah pun membasahi pipinya sejak daripada tadi lagi.

Dia tidak beranjak dari pembaringannya, malah dia hanya memandang kosong kea rah siling. Hanna yang berdiri di sisinya hanya memandang pelik tanpa ada niat untuk menegur.

“Bangun dah ke?” soal Zahrin yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik. Apron yang tersarung dan juga sebilah pisau yang terdapat pada tangan kanannya menandakan yang dia sedang memasak.

“Dah bangun dah, tapi mamai lagi rasanya si Zaf ni. Tak bergerak pun daripada tadi,” balas Joanna sambil matanya menghala ke arah Zafren yang masih mengelamun.

Percayakan AkuWhere stories live. Discover now