- 11 -

57 9 0
                                    


“Tak kelakar Rin,” Zafren tersengih lalu dia meneruskan perjalanannya walaupun langit ketika itu sudah pun mulai gelap.

“Kalau kau tak percaya, tengok rambut dia betul-betul  Zaf. It’s mixed,”

“Keturunan Aracel  tak ada apa yang Darmin ada. Berhenti mengarut boleh tak?” Zafren sudah mula bengang. Dia masih tidak mahu mempercayai kata-kata Zahrin itu.

“See it yourself Zaf,” Zahrin menepuk lembut bahu Zafren sebelum dan berjalan mendahuluinya. Zafren yang tidak puas hati lantas berhenti dan membaringkan Joanna di atas tanah. Tangannya menyalakan cahaya  untuk melihat dengan lebih jelas.

Dia menyelak helaian rambut Joanna satu persatu supaya dapat membuktikan bahawa tanggapan Zahrin itu salah. Dan pada masa yang sama dia juga tidak mahu dirinya kalah.

Zafren terduduk apabila menemui beberapa helaian rambut Joanna yang bewarna biru cerah itu. Dia mencelikkan matanya berkali-kali untuk memastikan bahawa dirinya tidak berkhayal pada ketika ini.

“Mana kau tau?” soal Zafren kasar. Matanya tidak beralih daripada memandang helaian rambut itu.

Alastair Zaf. Pen-”

“Penjaga Fretel. Aku tau tu,”

“Kau tak patut dedahkan siapa diri kau yang sebenarnya. Sejarah tak patut berulang Zaf,” Zahrin tersenyum pasrah.

“Aku tak tau Rin. Sumpah! Kalau aku tahu dia sebenarnya bukan Keturunan Aracel, aku tak akan bawa dia sampai ke sini,”

“Aku terdesak, aku nampak Zein Rose dia sama dengan aku. Aku ingat dia Aracel,”

“Tak ada gunanya kau menyesal sekarang. Semua Aracel dah pun tau yang Joanna ni wujud. Zein Rose keturunan kau bertindak balas dengan dia,” Zahrin bergerak menuju ke arah Joanna. Dia memandang ke arah helaian rambut itu sekilas sebelum merendahkan badannya menangkat gadis itu.

“Heth akan tahu tak lama lagi. Terpulang pada kau,” sambung Zahrin lagi.

Belum sempat Zahrin mengangkat tubuh Joanna, tiba-tiba sahaja gadis itu membuka matanya. Terpisat-pisat dia bangun daripada pembaringannya.

“Kita dekat mana?” soal Joanna sambil matanya memandang ke sekeliling.

“Mana Hanna, dan lelaki yang lagi satu tu? And kenapa aku baring dekat atas tanah ni?” Joanna lantas bangun dan menyapu debu yang terdapat pada pakaiannya.

Dia mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Zahrin dan Zafren secara bergilir-gilir.

“Korang okay ke tak ni? Kenapa tak jawab apa yang aku tanya?”

“Kita dekat Fretel, Hanna dengan Darmin akan datang tak lama lagi, kau baring dekat atas tanah sebab kau pengsan dan kita orang penat nak angkat kau. Dah. Puas?” dengan sekali nafas sahaja Zahrin menjawab soalan yang diajukan Joanna itu dengan nada sedikit marah.

“Aku tanya je, tak perlu pun nak marah,” Joanna memandang Zahrin dan menjelingnya.

“Dah la. Aku penat. Rin kita rehat dekat tempat kau je la,” Zafren sudah mula meregangkan badannya ke kiri dan juga ke kanan menandakan dia benar-benar ingin berehat.

Zahrin mengeluh dan kemudiannya dia mengangguk kecil.

Fretel tu apa Zaf?” soal Hanna kepada Zafren separa berbisik namun soalan itu tidak diendahkannya.

Fretel dalam genggaman Alastair,” ayat itu terngiang-ngiang dalam fikiran Zahrin buat seketika. Janji yang pernah dia kemukakan bersama-sama dengan Alastair yang lain pada masa dahulu, mungkin bakal musnah tidak lama lagi.

Percayakan AkuWhere stories live. Discover now