- 2 -

113 9 0
                                    

"Encik Zahrin okay?" soal Farhan apabila sedar akan riak wajah bossnya yang agak berkerut-kerut.

"Saya rasa macam pernah nampak perempuan tu, tapi saya tak sure dekat mana," tiba-tiba sahaja Zahrin bersuara.

Tangannya mengetuk perlahan telefon bimbim yang berada di paha kirinya.

"Mungkin Encik Zahrin pernah nampak dia dekat mana-mana ke... Cuma Encik Zahrin tak ingat la tu,"

"Mungkin. Boleh jadi kan. Tak apa la, terus gerak balik rumah mama ya, saya nak rehat," arah Zahrin sambil menyandarkan badannya ke belakang.

"Baik tuan!"

***
Aku tau tu suara siapa. Tapi aku tak boleh nampak. Aku tak pasti sama ada itu dia ataupun tak.

Agak lama Hanna berada di meja makan. Dia langsung tidak berganjak daripada tempat duduknya sejak magrib tadi.

Kepalanya runsing, kejadian di café tengah hari tadi asyik bermain di fikirannya. Dia merasakan bahawa dia amat mengenali lelaki itu, namun dia tidak pasti.

"Aku tau itu dia. Suara dia, sama sangat. Cuma nama... Setahu aku nama dia lain. Mungkin aku tertukar nama dia dengan orang lain, sebab cerita tu, 8 tahun lepas," Hanna hanya tersenyum nipis.

Dia perlahan-lahan bergerak menuju ke arah bilik. Dia mencari laci yang berada berhampiran katilnya dan melutut di situ. Dia mebuka laci itu dan meraba-raba untuk mencari majalah kelasnya.

Setelah berjaya mengenal pasti album itu, dia membawa keluar dan duduk di atas katil.

Hanna menyelak majalah itu sehelai demi sehelai. Dia menyelak majalah itu hingga ke muka surat terakhir dan menutupnya.

"Kau lupa ke Hanna, kau buta. Mana boleh nampak," bisiknya perlahan kepada diri sendiri. Perlahan-lahan air matanya jatuh. Namun cepat dia mengesat dan membuka kembali majalah itu.

Dia menyentuh hujung majalah itu dan menyelaknya sambil mengira. Apabila sampai ke kiraan yang ke-53 dia berhenti.

Hanna menyentuh permukaan kanan majalah itu sambil memejamkan matanya. Sekali lagi, air matanya menitis.

"Aku tak boleh nampak. Aku hampir lupa macam mana rupa kawan-kawan aku," ujarnya perlahan.

"Aku hampir lupa macam mana rupa Zafren. Mesti dia dah lupa aku," tanpa Hanna sedari, jari telunjuknya sedang menyentuh gambar seorang lelaki.

Di belakang lekaki tersebut, seorang pelajar perempuan sedang tersenyum gembira sambil tangannya membuat tanduk di kepala lelaki itu.

Mereka kelihatan, bahagia.

Namun itu hanyalah gambar semata-mata. Gambar itu hanyalah kenangan. Kenangan buat mereka berdua.

"Zafren! Sana la. Orang nak duduk sini," jerit Hanna bengang.

"Mana boleh! Zaf dapat dulu. Ah tak ada, Hanna duduk belakang," Zafren enggan beranjak daripada tempat duduknya.

"Zaf, ni tempat perempuan la. Tengok tepi Zaf, semua perempuan," ujar Hanna sambil memusingkan kepala Zafren ke kiri dan ke kanan.

"Aa tak kisah. Zaf dapat dulu," Zafren masih berdegil. Tetapi kali ini dia memalingkan wajahnya ke belakang untuk melihat Hanna.

Hanna masih merajuk. Bibirnya muncung ke hadapan. Zafren memerhatikan Hanna dengan agak lama dan akhirnya dia tergelak kecil.

"Apa gelak-gelak? Suruh bangun tak nak," marah Hanna sambil kakinya sudah mula mahu membuka langkah. Dia sudah tiada mood untuk bergambar pada hari itu.

"Ala Hanna nak pergi mana? Kita kan nak tangkap gambar. Stay la sini," pujuk Zafren sambil tangannya menahan Hanna daripada berlalu pergi.

"Okay-okay Zaf bangun, tapi masa freestyle nanti bagi Zaf duduk? Okay?" soal Zafren sengaja untuk memancing Hanna.

Hanna tidak bersuara namun dia memberikan senyuman pada Zafren.

"Okay lagi seminit! Semua sila berdiri dekat tempat masing-masing. Siapa yang rasa dia tinggi, berdiri di belakang. Yang ada jawatan duduk dia depan," jerit jurugambar itu sambil membawa kameranya.

Zafren pantas bangun daripada duduknya untuk berikan kepada Hanna.

"Thank you," ucap Hanna perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Zafren.

"You are welcome my princess," bisik Zafren pada telinga Hanna. Hanna tersenyum sambil matanya memandang ke arah kamera.

"KELIK"

Gambar yang mereka ambil pada tahun 2014 itu masih mampu membawa seribu kenangan manis.

"Zaf, Hanna rindu," bisik Hanna perlahan.

Dia rindu akan layanan lelaki itu. Walaupun usianya kini sudah mencecah 23 tahun, dia masih tidak lupa akan lelaki yang pernah membawa kebahagiaan dalam dirinya itu.

Satu-satunya lelaki yang memahami dirinya.

Satu-satunya lelaki yang mampu bertahan dengan perangainya.

Zafren.

    ⤵

Percayakan AkuWhere stories live. Discover now