- 5 -

79 7 0
                                    

"Aku dah cakap tadi jangan melawan! Jangan melawan! Tapi kau tak nak dengar cakap aku!" tengking lelaki itu sambil memukul seorang remaja dalam lingkungan usia 19 tahun dengan menggunakan kerusi kayu berulang kali.

"Kau tahan menangis ke? Kenapa kau tak menangis macam selalu!" tengking lelaki itu lagi.

"Kau tak berhak nak pukul aku la iblis!" kali ini Joanna menepis kerusi itu dan menyebabkan kerusi itu terpelanting ke kiri.

"Aku tak akan menangis disebabkan iblis macam kau. Kau memang manusia tak guna! Patutnya kau mati je waktu accident hari tu. Sebab kau memang tak layak untuk hidup!" Joanna lantas bangun dan serentak dengan itu lelaki itu menarik rambut Joanna daripada belakang.

Joanna mengetap gigi menahan kesakitan. Dia cuba melepaskan dirinya dengan cuba meggunakan kedua tangannya, namun dia masih gagal.

"Kau dengar sini," bisik lelaki itu sambil merentap kasar rambut Joanna.

"Kau tu yang iblis. Anak pungut. Tak ada mak bapak. Siapa yang iblis sekarang ni? Kau ke aku?" soal lelaki itu sinis sambil melepaskan rambut Joanna dan menolak gadis itu sehinnga kepalanya terhantuk dengan papan kayu.

"Berambus! Aku tak nak tengok muka kau hari ini. Kalau kau jejak rumah ni hari ni, nahas kau aku kerjakan," tengking lelakk itu dan menolak Joanna dengan kasar supaya keluar dari rumahnya. Pintu dikunci dan diselak dengan mangga daripada dalam.

"Puas hati aku. Dasar manusia tak sedar diri," laung lelaki itu daripada dalam dengan sengaja supaya Joanna dapat mendengarinya.

"Kau masih iblis," bisik Joanna sambil mengibas bajunya yang berpasir akibat tersembam ke tanah ketika ditolak tadi.

"Ikutkan hati, aku memang tak nak balik la. Tapi kau memang akan cari aku balik. Bodoh "

Joanna melangkah kakinya meninggalkan kawasan rumah yang sudah didiaminya hampir 20 tahun. Dia pernah berniat ingin meninggalkan rumah itu, namun lelaki tua tadi akan tetap mencarinya.

Joanna tiba di sebuah pekan yang berhampiran dengan kawasan bandar. Dia memalingkan mukanya ke kiri dan juga kanan untuk mencari sesuatu supaya dia dapat mengalas perutnya. Dia menyeluk ke dalam poket seluarnya dan mengeluarkan wang yang bakinya kurang daripada lima ringgit.

"Empat ringgit je kau ada Jo? Miskin jugak kau ni," bisik Joanna pada dirinya sendiri.

"Empat ringgit pun boleh buat makan. So, no hal!" Joanna berhenti pada sebuah payung kecil yang menjual kebab ayam berharga empat ringgit.

"Bang! Nak kebab ayam satu!" pinta Joanna ceria. Dia masih mengukirkan senyuman walaupun kehidupannya tidak seindah senyumannya.

"Nah dik," kebab dan wang tersebut bertukar tangan.

Joanna berjalan selama lima minit untuk mencari tempat duduk. Setelah dia tiba di suatu lorong yang tiada pengunjung di situ, dia lantas membuka selipar dan dijadikan sebagai alas tempat duduk.

Baru sahaja Joanna ingit menyuakan kebab tersebut ke dalam mulutnya, satu suara menegur daripada belakang.

"Sedap makan? Kau memang tak bercampur dengan orang ke?" soal lelaki itu sambil mendekati Joanna.

"Hadu, kau ni siapa pulak. Berambus la! Aku nak makan sorang!Jangan kacau aku!" jerit Joanna sambil memberikan jelingan yang tajam kepada lelaki itu.

"Makan la. Aku tak kacau kau. Tak halang kau daripada makan pun. Sila la makan," ujar lelaki itu sambil duduk bersila di hadapan Joanna.

"Berambus boleh? Tolong la. Aku penat nak marah orang,"

"Berambus? Aku pernah guna ayat tu dulu. Masa aku seusia kau," lelaki itu menunduk ke bawah.

"Weh. Aku tak nak dengar cerita kau. Kau cari la orang lain untuk bercerita. Aku tak minat. Aku punya hidup pun serabut, ini kan pulak nak dengar cerita kau. Tolong la, berambus," kali ini Joanna memandang ke dalam anak mata lelaki itu.

"Aku cakap dengan dia, berambus. Jangan kacau aku, tapi dia tetap tak pergi," sambung lelaki itu lagi tanpa menghiraukan kata-kata Joanna sebentar tadi.

Joanna sudah mula membungkus kebabnya kembali. Selera makannya sudah pun hilang.

"Kau dengar sini eh. Aku, tak kenal kau. Kita baru kenal seminit yang lepas. Dan kau jugak, tak kenal aku. So, aku undur diri dulu ya. Aku nak makan dekat tempat lain, sebab tempat ni nampaknya dah ada orang sewa," Joanna bingkas bangun dan menyarungkan seliparnya.

"Aku tak sempat selamatkan dia. Dia tertimbus dengan atap siling. Dan aku tinggalkan dia," Zafren sempat menghalang Joanna daripada pergi dan mengenggam kuat pergelangan tangannya.

Joanna dapat meraskan satu renjatan elektrik melintasi badannya. Matanya di besarkan dan dia dapat melihat akan perkara yang pernah menimpa Zafren suatu masa dahulu.

"Eh kau berambus la! Aku tak nak pergi!" Zafren mencampakkan sedikit demi sedikit atap siling yang hancur itu ketepi.

"Hanna! Hanna dengar tak, Zaf panggil ni," panggil Zafren sambil memangku Hanna di atas ribanya. Dia menepuk pipi gadis itu berulang kali. Darah yang mengalir dari mata gadis itu membuatkan Zafren menggeletar.

"Hanna please, bangun," rayu Zafren sambil mengusap lembut rambut Hanna.

Setelah beberapa saat, Joanna menipis kuat tangan Zafren daripada mengenggam pergelangan tangannya.

"Apa kau dah buat dengan aku?" soal Joanna kasar dan dia mengusap tangannya kerana dia masih dapat merasakan renjatan elektrik itu.

"Kisah silam aku," ujar Zafren ringkas.

"Kenapa kau tunjuk dekat aku? Aku tak nak tau kisah silam kau," Joanna lantas berlalu pergi dari lorong itu.

"Kau boleh nampak kisah silam aku. Jadi, kau salah seorang daripada aku," laung Zafren dan serentak dengan itu Joanna menalingkan wajahnya memandang ke arah Zafren.

    ⤵

Percayakan AkuWhere stories live. Discover now