"Hanna sini kejap," panggil Zafren.
"Apa lagi Zaf? Orang busy la. Kejap la," Hanna masih lagi berada di rak buku bahagian Sastera. Dia ingin mencari bahan rujukan untuk membuat puisi sempena Hari Guru.
"Ala Hanna sini kejap. Sekejap je," panggil Zafren lagi. Kali ini tangan kanan Zafren turut bergerak melambai ke arah Hanna yang berada tidak jauh darinya.
Hanna mengeluh perlahan sebelum bergerak melangkah je arah Zafren.
"Apa dia?" soal Hanna tegas.
"Ni tengok ni. Lawa kan?" Zafren menghulurkan buku yang berada di tangannya kepada Hanna. Hanna memandang muka surat buku itu dengan agak lama.
"Kenapa dengan gambar ni?" soal Hanna hairan sambil jarinya tunjuk ke arah gambar yang mempunyai taburan bintang yang memenuhi ruang angkasa.
Cahaya bintang itu terang, seperti cahaya itu seakan-akan wujud di hadapan mereka.
"Saja nak tunjuk dekat Hanna. Lawa kan? Nanti kita tengok sama-sama nak?" ajak Zafren.
"Zaf ajak Hanna tengok bintang? Dekat mana bintangya Zaf? Ini gambar je la Zaf, susah nak jumpa pemandangan macam ni," Hanna sudah mula mahu beranjak dari tempat itu untuk menyambung tugasnya.
"Nanti Zaf cari tempat yang kita boleh tengok bintang macam ni. Zaf janji," ujar Zaf separa berbisik namun masih dapat didengari oleh Hanna.
*
"Janji?" Hanna tersenyum sinis.
"Mana janji Zaf? Lama Hanna tunggu," Hanna duduk di penjuru cafe milik walidnya. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan pada hari ini.
Angahnya keluar kerana mempunyai urusan sempena majlis perkahwinanya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
"Kalau mintak walid nak pergi taman agak-agak walid bagi tak?" soal Hanna sendiri. Lama dia berfikir. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bangun daripada duduknya. Hanna sudah berada hampir dengan kaunter apabila satu suara menegurnya dari arah belakang.
"Cik nak pegi mana?" dengan pantas Hanna pantas menoleh ke belakang.
"Saya nak ke kaunter, encik nak lalu ke? Maaf kalau saya ganggu laluan encik," ujar Hanna sambil beranjak sedikit. Dia meraba-raba sekeliling untuk mencari sokongan.
"Eh tak cik, cik tak ganggu laluan saya pun," ujar Zahrin ramah sambil membantu Hanna duduk.
"Saya kenal encik ke? Sebab suara encik macam familiar," soal Hanna kepada Zahrin yang duduk bertentangan dengannya.
"Oh saya lelaki kelmarin yang tolong cik hari tu. Zafrin Helmi. Cik ingat?"
Hanna mengangguk perlahan. Matanya memandang kosong ke arah meja.
"Encik cari saya ke?" soal Hanna setelah mereka lama berdiam diri.
"Em actually yes. Saya cuma nak pastikan awak okay. By the way, panggil je saya Zahrin. Tak perlu la ber'encik' dengan saya haha," ujar Zahrin sambil menyelitkan tawanya di hujung ayat.
"Kalau macam tu, Zahrin pun boleh panggil saya Hanna je," Hanna menyimpul senyuman manis.
"Hanna nak pergi mana tadi? Nak Zahrin temankan?" soal Zahrin prihatin. Hanna tidak menjawab soalan Zahrin itu sebaliknya dia hanya membisu.
"Hanna tak perlu risau, Zahrin takkan buat apa-apa dekat Hanna pun. Lagi pun Zahrin tak ada kerja sekarang ni," ujar Zahrin seperti dapat mengetahui apa yang membelenggu fikiran Hanna.
"Hanna nak pergi taman depan tu, ingat nak minta izin walid tadi," seraya itu Hanna bangun dan menuju ke arah kaunter.
"Zahrin teman," ujar Zahrin lalu menurut di belakang.
*
"Kenapa Zahrin nak teman Hanna?" soal Hanna setelah mereka mendapatkan tempat duduk di bawah pokok.
"Saja,"
"Setiap apa yang kita buat dalam hidup ni, mesti ada sebab Zahrin. Mustahil untuk tak ada sebab," ujar Hanna sambil tersenyum.
Dia memejamkan matanya sambil menikmati angin yang meniup lembut wajahnya.
Angin, tidak dapat dilihat. Tetapi dapat dirasa menggunakan deria lain. Begitu juga buta, tak bermaksud kau buta, kau hilang segalnya.
"Zahrin nak tanya Hanna something," kata-kata itu keluar dari mulut Zahrin setelah beberapa minit berlalu.
"Sebelum tu, boleh tak kalau kita gelarkan 'saya' 'awak' je? Sebab saya tak biasa," pinta Hanna sambil menunduk ke bawah. Walaupun dia tidak dapat melihat, dia tahu bahawa Zahrin sudah pasti sedang memerhatikan dirinya sekarang ini.
Dia hanya selesa menggelarkan dirinanya menggunakan nama apabila bersama dengan Zafren dan juga keluarganya. Namun sejak kehilangan Zafren, dia tidak menggunakan gelaran itu dengan orang luar.
"Oh, boleh je. Kalau awak tak selesa dengan saya, cakap je. Tak perlu segan," balas Zahrin sambil mengangguk kecil.
"Awak nak tanya apa tadi?"
Zahrin diam seketika. Dia berfikir sejenak sebelum membuka mulutnya untuk berbicara.
"Em boleh saya tahu nama penuh awak? Awak jangan risau sebab saya just nak tau je. Tak ada niat lain" ucap Zahrin sambil tersengih walaupun sengihannya itu langsung tidak dapat dilihat oleh Hanna.
"Ainin Raihannah," balas Hanna ringkas.
Zahrin sedikit tersentak. Dia pusing membelakangi Hanna dan mengibas baju kemejanya untuk mendapatkan angin. Dia seperti tersedar akan sesuatu. Zahrin mengambil nafasnya sebelum kembali memandang ke arah Hanna.
"Em, saya ada satu lagi soalan. Saya mintak sangat, awak tolong jujur dengan saya," pinta Zahrin dan kali ini Hanna tidak memberi sebarang reaksi.
"Awak kenal Zafren Anaqi?"
⤵
YOU ARE READING
Percayakan Aku
Любовные романыZafren atau nama lainnya Zaryl berasal daripada Dunia Fretel, yang sememangnya berbeza dengan dunia Ainin Raihannah. Zafren cuba menjejaki gadis itu semula setelah sekian lama menghilangkan diri sejurus sahaja Hanna disahkan buta. Kejadian di Frete...