Dia memandang gadis itu sekilas dan menundukkan pandangannya kembali. Dia dapat melihat Hanna pada ketika itu sedang cuba untuk bersuara.
“Kau buta sebab kau rapat dengan aku Hanna,” sambung Zafren lagi. Hanna tidak membalas, sebaliknya dia melangkah setapak ke hadapan dan membuatkan jarak di antara mereka berdua agak rapat.
Mata Zahrin tidak lepas daripada memandang wajah gadis itu. Gadis yang pada satu ketika dahulu pernah mengambil tempat tertinggi dalam hatinya. Dan kini, masih sama. Bezanya, dia sendiri sedang menyeksa dirinya dan juga gadis di hadapannya itu.
Mimpi yang dia alami pagi tadi masih tidak lepas daripada fikirannya. Dia tidak mahu mimpi itu menjadi nyata. Dan dirinya juga tidak mahu merayu dan meratapi pemergian gadis itu.
“If we’re meant to be together, we will be,” ujar Zafren perlahan tanpa didengari Ainin Raihannah. Dia tahu, masih terlalu awal untuk dia mengundur diri. Masakan dia sanggup membiarkan gadis itu pergi daripada hidupnya.
“Tak apa, Darmin kata saya boleh sembuh,” ujar Hanna perlahan dan serta merta membuat Zafren kembali semula ke alam nyata.
“Sembuh?” sindir Zafren. Riak wajah Hanna sedikit kecewa. Dia sangkakan Zafren akan gembira jika dirinya sembuh.
“Jangan berharap sangat,” ujar Zafren dan lantas dia beredar tanpa menghiraukan Hanna yang berada di hadapannya. Dia tidak mahu gadis itu menaruh harapan yang tinggi. Dia juga tidak tahu jika apa yang Zahrin katakan itu benar ataupun tidak.
“Kenapa awak dengan Darmin tak bagi saya berharap?” soal Hanna dengan suara yang agak lantang. Zafren memberhentikan langkahnya dan memalingkan wajahnya ke belakang.
“Saya tak pernah berharap pun. Dah lebih 5 tahun, saya dah dapat terima. Tapi salah ke kalau saya berharap balik?” serentak dengan itu air matanya jatuh menitis.
“Hanna…” panggil Zafren Anaqi perlahan.
“Saya tanya, salah ke?” soal Hanna sekali lagi. Zafren menghela nafas berat.
“Tak ,” jawab Zafren ringkas. Matanya menangkap susuk tubuh Darmin yang sedang menuju ke arah dirinya dan juga Hanna.
“Saya tak nak awak terluka lagi. Tu je,” dan dia mengambil keputusan untuk melangkah pergi daripada situ. Darmin sempat melemparkan jelingan ke arahnya sebelum lelaki itu mendekati Hanna.
*******
“Kenapa semua muka macam baru lepas minum cuka? Gaduh ke?” soal Zahrin sambil menyuap sepotong epal ke dalam mulutnya.
“Tak ada apa,” jawab mereka serentak kecuali Hanna. Zafren, Darmin dan juga Joanna memandang di antara satu sama lain dan kembali menikmati juadah mereka.
Mata Joanna ralit memandang corak ukiran bucu meja makan itu. Terdapat Bunga Gladiolus yang timbul di permukaan bucu meja itu. Di bunga tersebut di hiasi dengan taburan duri yang agak tajam. Ukiran itu sama seperti yang terdapat pada sebilah pedang yang dia temui semasa ingin menuju ke dapur.
“Bunga ni, bukan ke bunga yang ada dekat pemegang pedang tu?”soal Hanna memecah kesunyian.
“Pedang apa?” soal Zafren kembali sambil tangannya ralit mengacau bubur di dalam mangkuknya.
“Pedang yang ada dekat tengah sebelum nak pergi dapur tu,” ujar Joanna sambil menunding jarinya. Sempat juga Joanna mengerling kea rah rambut Darmin yang berlainan warna itu.
‘Hijau? Tak ada warna lain ke kalau nak warna rambut sekalipun,’ desis Joanna dalam hatinya.
“Oh pedang tu, pedang aku. Kenapa?” soal Zahrin sekadar berbasa basi.
YOU ARE READING
Percayakan Aku
RomansaZafren atau nama lainnya Zaryl berasal daripada Dunia Fretel, yang sememangnya berbeza dengan dunia Ainin Raihannah. Zafren cuba menjejaki gadis itu semula setelah sekian lama menghilangkan diri sejurus sahaja Hanna disahkan buta. Kejadian di Frete...