- 4 -

79 9 0
                                    

"Kenapa awak tanya? Awak kenal dia?" soal Hanna tanpa menjawab soalan Zahrin. Zahrin diam membisu tidak mengeluarkan suara.

"Saya memang kenal dia. Sebab tu saya nak pastikan, sama ada awak kenal Zafren ataupun tidak," terang Zahrin.

"Saya tak kenal mana-mana Zafren. Mungkin awak salah orang. Kalau itu tujuan awak untuk kenal dengan saya, saya rasa lebih baik awak lupakan niat awak," ujar Hanna sambil mengambil tongkatnya.

Baru sahaja Hanna ingin membuka langkah, Zahrin terlebih dahulu menghalang Hanna dengan menggenggam tongkat milik Hanna suapaya Hanna tidak berganjak daripada tempatnya.

"Saya tau yang awak memang langsung tak kenal saya. Tapi saya cukup kenal awak. Jadi, saya merayu dengan awak, tolong la jujur. Awak kenal dia? Awak masih ingat dengan Zafren? Saya cuma nakkan kepastian," rayu Zafrin.

"Walaupun saya cakap dengan awak yang saya ingat dia, tak ada apa yang berubah. Ya, memang saya kenal dia. Tapi Zafren yang saya kenal dulu, dah lama mati Zahrin. Dia dah mati," perlahan-lahan Zahrin melepaskan genggaman tangannya daripada tongkat Hanna sejurus Hanna menjawab persoalannya.

"Saya balik dulu. Saya takut walid risau," kali ini Hanna terus berjalan dan menghiraukan Zahrin yang masih tidak beranjak dari tempatnya.

"Zaf yang saya kenal tak akan tinggalkan saya. Jadi, saya anggap yang awak dah mati," bisik Hanna perlahan.

*
"Nak balik terus ke singgah library dulu?" soal Zafren sambil menyandang beg miliknya di bahu kiri.

"Library dulu la, nak pulang buku. Next week dah cuti, takut tak sempat nak pulang," balas Hanna sambil matanya melirik ke arah seorang pelajar yang baru sahaja melepasi mereka.

"Zaf, perasan tak? Termasuk lelaki tadi, dah tiga kali Hanna terserempak dengan pelajar yang mata diorang warna hijau. Sekolah kita ada buat pemindahan pelajar dari sekolah luar negara ke?"

Serentak dengan itu Zafren memalingkan wajahnya kebelakang. Cuba untuk melihat mata pelajar yang baru sahaja Hanna bilang sebentar tadi.

Pelajar lelaki itu memandang tepat ke arah mata Zafren sambil memberikan senyuman yang meleret. Dada Zafren berombak kencang. Dia kenal akan lelaki itu.

"Hanna jom!" Zafren menarik lengan Hanna untuk lari bersama. Hanna yabg masih terpinga-pinga hanya menurut tanpa bersuara kerana pelajar lelaki bermata hijau tadi sedang mengejar mereka daripada belakang.

"Kau nak lari mana Zaryl! Kau lari sejauh mana pun aku dapat kejar kau la! Hahahah!" laung pelajar itu daripada belakang.

"Hanna lari cepat sikit!" jerit Zafren sambil lengannya masih mengenggam erat pergelangan tangan Hanna.

"Zaf stop kejap," pinta Hanna apabila pelajar lelaki itu telah hilang daripada pandangan mereka. Mereka berdua mengambil nafas sambil tercungap-cungap.

"Tu siapa? Kenapa dia kejar kita? And siapa Zaryl?"

"Hanna please, not now. Nanti Zaf cerita. Kita keluar dari sekolah ni dulu. Kita pergi tempat Zaf okay?" ujar Zaf yang sedang cuba meyakinkan Hanna.

"Dushh!!!" atap siling yang berada tidak jauh daripada mereka jatuh berderai ke atas lantai.

"Seronok main lari-lari Zaryl?" soal lelaki itu sinis.

"Kau nak apa? Aku tak ada kena mengena dengan kau. Baik kau berambus," Zafren menolak Hanna supaya berdiri di belakangnya.

"Tak ada kena mengena? Kau nampak benda ni?" soal lelaki itu sambil tangan kanannya menyalakan cahaya yang bewarna hijau.

"Kalau kena dekat perempuan belakang kau tu, boleh mati kau tau? Hahah,"

"Aku cakap berambus kan? Baik kau berambus sekarang. Kalau tak, kau akan sakit," ugut Zafren.

"Sakit? Try me,"

"Aku cakap berambus!" Zafren menolak kedua-dua tangannya kedepan dan cahaya bewarna biru terpantul keluar menghentam lelaki bermata hijau itu.

"Berani jugak kau ni kan?" lelaki tadi bangkit dan menyisir rambutnya ke belakang.

"Rasakan yang ni," dia mengahalakan tangannya ke atas dan cahaya hijau itu tepat menghentam siling di atas mereka.

Serentak dengan itu, Zahrin tiba-tiba muncul dan menolak Zafren ke tepi. Hanna pula tertimbus dengan timbunan atap siling itu.

"Tak guna! Kenapa kau tolak aku?" tengking Zafren lalu dia merangkak di atas atap siling yang telah hancur itu demi mencari Hanna.

"Zaryl kita kena pergi. Sekarang!"

"Eh kau berambus la! Aku tak nak pergi!" Zafren mencampakkan sedikit demi sedikit atap siling yang hancur itu ketepi.

"Hanna! Hanna dengar tak, Zaf panggil ni," panggil Zafren sambil memangku Hanna di atas ribanya. Dia menepuk pipi gadis itu berulang kali. Darah yang mengalir dari mata gadis itu membuatkan Zafren menggeletar.

"Hanna please, bangun," rayu Zafren sambil mengusap lembut rambut Hanna.

"Zaryl, kita kena pergi. Aku merayu dengan kau. Diorang semua tu takkan tahan lama. Nanti lagi ramai yang datang," Zafrin beranjak sedikit untuk memberikan ruang kepada Zafren melihat sendiri keadaan di sekeliling mereka.

Pasukan yang datang bersama Zahrin sebentar tadi sedang berusaha menumpaskan golongan lelaki yang bermata hijau yang semakin lama semakin bertambah jumlah mereka.

Cahaya biru dan hijau saling dituju di antara satu sama lain.

"Dan Hanna jugak yang akan cedera nanti. Tolong Zaryl," sambung Zahrin lagi.

"Rin, kita orang takkan tahan lama dah ni. Baik bawa Zaryl pergi sekarang. Aku syak, tak lama lagi Heth sendiri akan muncul," laung salah seorang daripada pasukan Zahrin.

"Kenapa nak aku balik? Aku dah ada hidup aku sendiri la," ujar Zafren sambil menegaskan nadanya.

"Disebabkan korang semua, Hanna sakit. Puas hati kau?" Zafren menjeling tajam ke arah Zahrin.

Zahrin menghela nafas panjang. Dia memberi isyarat tangan kepada lelaki yang berada di sisinya.

"Aku minta maaf Zaryl, tapi aku terpaksa. Yang lain, dah cukup," arah Zahrin dan serentak dengan itu mereka yang lain beranjak sedikit demi sedikit.

"Kau, bawak dia," Zahrin menunjukkan jarinya ke arah Zafren.

"Apa kau nak buat? Weh lepas la. Bodoh! Aku cakap lepas tu lepas la!" Zafren meronta-ronta sambil tangannya cuba menggapai Hanna yang terbaring kaku dia atas lantai yang berlumuran darah.

"Hanna!" jerit Zafren sambil cuba menendang lelaki yang sedang mengunci pergerakan badannya daripada terus bergerak.

"Okay aku ikut! Tapi Rin, tolong, bawak Hanna pergi tempat lain. Dia sakit Rin. Tolong," pinta Zafren. Matanya sudah bergenang dengan air mata.

"Aku uruskan kemudian. Kau balik dulu,"

"Hanna, Zaf minta maaf. Zaf tak jaga Hanna," mereka terus lenyap daripada tempat itu.

Atap-atap siling itu kembali semula kepada kedudukan asal.

"Kau bertuah. Dia tak dijaga, tapi dia cuba jaga kau dengan cukup sempurna," bisiknya pada telinga Hanna yang tidak sedarkan diri.

    ⤵

Percayakan AkuWhere stories live. Discover now