- 7-

83 10 0
                                    

“Kenapa kau paksa aku datang sini balik?” Zafren merenung tajam ke arah Zahrin yang sedang berdiri berhampirannya.

“Saja, nak ingatkan kau akan apa yang kau dah buat,”

“Fuck you, I'm not even here when this shit happened,” Zafren menepis kasar akan lengan yang sedang mengunci pergerakannya.

“Wah, dah pandai speaking ya kau sejak duduk dunia lain ni,”  sinis Zahrin.

“Kau nak apa?  Cakap je. Aku boleh bagi. Tolong la, lepaskan la aku. Aku merayu,” Zafren akhirnya mengalah. Dia turut melutut menandakan dia pasrah. Dia tiada kuasa buat masa kini untuk menentang Zahrin.

“Aku nak kau bawak Darmin balik sini. Aku nak dia baiki balik apa yang dia dah buat,”

Zafren yang sedang menunduk lantas mengangkat kepalanya dan merenung tajam ke dalam mata Zahrin.

“Kau cakap apa ni?” soal Zafren kasar.

Zahrin mengetap bibirnya dan merendahkan badannya supaya jarak antara matanya dan juga mata Zafren semakin rapat.

“Aku nak Darmin. Takkan tu pun aku nak kena ulang banyak kali?”

Zafrin tersenyum sinis apabila dia melihat anak mata Zafren yang bergetar menandakan dia sedang menahan amarahnya.

“Kenapa? Kau mara-,”  belum sempat Zahrin menghabiskan ayatnya, Zafren terlebih dahulu melepaskan tumbukannya. Zahrin menapak ke belakang beberapa langkah sambil memegang pipi kananya. Pedih!

“Bawak dia pergi,” arah Zafrin sambil mengelap bibirnya yang pecah.

“Kau sebut lagi nama tak guna tu, nahas kau,”  Zafren memberi amaran sambil meronta ketika sedang diheret oleh orang bawahan Zahrin.

*

Zafren mengecilkan matanya sedikit apabila cahaya yang memasuki matanya membuatkan pandangannya kabur. Dia menghalang sumber cahaya itu dengan telapak tangannya.

“Kau dah bangun?”, sapa Joanna perlahan sambil menghampiri Zafren. Dia merinjis tangannya ke kiri dan mengelap tangannya menggunakan seluarnya.

“Kat mana ni?” soal Zafren perlahan dan bangun untuk menyandarkan badannya pada dinding, dengan bantuan Joanna.

“Aku tak tahu kita dekat mana. Yang aku tau, kita dekat lorong mana entah. Aku tak larat nak angkat kau pergi tempat jauh, so aku berhenti je la dekat sini,”

“Angkat aku? Kau, angkat aku?” soal Zafren tidak percaya.

“La kenapa? Dah tu siapa lagi nak angkat kau?” Joanna yang dari tadi duduk di hadapan Zafren bangun untuk mengambil air yang dipanaskannya tadi.

“Asal kau angkat aku?” Zafren masih bingung. Joanna hanya mengeluh panjang dan menjuihkan bibirnya pada bahu kiri Zafren. Pantas Zafren meraba bahu kirinya. Dia mengetap gigi apabila sakit itu mula menyengatnya kembali.

“Lupa ke? Kau kan pengsan tadi,” ujar Joanna ringkas dan Zafren hanya membisu.

“Aku dah basuh sikit luka kau tadi. And luka tu aku balut pakai kain putih yang ada kat lengan kau tu. Aku terpaksa guna sebab tak jumpa kain lain,” Joanna menunduk kerana dia khuatir Zafren akan marah kerana membuka balutan kain putih itu sesuka hatinya.

Zafren hanya mengangguk kecil dan meneguk air yang dihulurkan oleh Joanna. Dia memandang tanda kelopak itu sekilas. Tanda itu bercahaya, dan kemudian kembali malap semula.

Zafren menyandarkan kepalanya ke dinding. Dia mendongak ke langit. Bintang yang bertaburan di ruang angkasa itu mengingatkan kembali akan janjinya pada Hanna.

Dia tersenyum nipis dan memejamkan matanya.

“Janji,” bisik Zafren perlahan. Joanna yang dari tadi memerhatikan Zafren sedar akan air mata yang mulai membasahi pipi Zafren.

“Kau ni memang jenis yang suka menangis ke? Tisu jugak kau ni,” Joanna mengangkat kedua-dua keningnya ke atas.

“Bukan tisu la, kau ingat lelaki tak berhak untuk menangis ke?” Zafren merenung ke arah Joanna dengan pandangan yang tajam.

“Okay, aku tak nak dengar cerita kau apa semua tu. Ni, aku nak tanya,” Joanna membetulkan duduknya dan memberikan reaksi wajah yang serius.

Zafren yang berada dihadapannya sudah tidak senang duduk.

“Ni tanda ni, apa function dia?” soalan Joanna itu menbuatkan Zafren senyum menyenget. Nampaknya, Joanna sudah mula tertarik untuk mengetahui latar belakang dirinya.

“Sebelum jawab soalan kau tu, aku nak tanya something,” kini, giliran Zafren pula yang membuatkan situasi di antara mereka berdua menjadi lebih tegang.

Joanna tidak membalas, namun hanya mengangkat kedua-dua keningnya ke atas yang menandakan ‘Apa dia?’

“Takkan selama kau hidup, kau tak pernah perasan tanda yang ada kat tangan kau tu? Maksud aku, tanda tu menyerlah. Takkan kau tak tertanya-tanya apa maksud tanda tu?” soalan yang diutarakan oleh Zafren membuatkan Joanna menyelak rambut yang menutup sedikit mata hazel miliknya kebelakang.

“Aku tau, cuma tak berminat nak tau. Orang sekeliling aku, dari dulu ingat aku buat tatoo. Tapi disebabkan tanda ni dah ada daripada aku kecik lagi, jadi diorang dah biasa.

“Zein Rose”, ujar Zafren perlahan.

“Apa Rose? Zay?” soal Joanna yang tidak dapat menangkap ayat Zafren sebentar tadi.

Nama tanda tu, Zein Rose”, kali ini Zafren menekankan pada perkataan “Zein” tersebut.

    ⤵

Percayakan AkuWhere stories live. Discover now