"Nama tanda ni Zein Rose sebab tanda ni macam kelopak bunga Rose. Aku pun tak tahu la mana orang dulu-dulu dapat idea untuk namakan tanda ni. Tapi, tanda ni ada dua warna," ujar Zafren perlahan sambil tangannya menyentuh perlahan tanda itu."Okay..." Joanna tidak tahu reaksi apa yang harus dia berikan.
"Aku tahu yang kau mesti rasa benda ni macam kelakar. Tapi dengar dulu apa yang aku nak cerita ni. Yang tanda kita ni, warna biru, satu lagi warna hijau. Tanda warna hijau tu ada dekat orang yang serang kita tadi,"
"Yang panggil kau Zaryl tadi?" soal Hanna.
"Ya, tapi kalau boleh kau tak per-" tiba-tiba satu cahaya terang muncul di hadapan mereka berdua. Joanna dan Zafren masing-masing mengesot sedikit ke belakang dan bersandar pada dinding.
Mata mereka terkebil-kebil kerana jumlah cahaya yang memasuki mata mereka terlalu tinggi.
"Zaf! Buat la something!" teriak Joanna.
"Nak buat apa? Tak ada apa yang keluar pun," Zafren menutup kedua-dua matanya menggunakan telapak tangan.
Beberapa saat kemudian, cahaya itu mula malap. Mereka berdua menggelengkan kepala berkali-kali untuk menghilangkan rasa pitam.
"Zafren!" laung seorang lelaki dalam lingkungan jarak sepuluh meter dari Zafren. Zafren yang masih terpinga-pinga lantas bangun dan menuju perlahan-lahan ke arah lelaki itu.
Baru beberapa tapak dia melangkah, dia berhenti apabila matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis yang amat dikenalinya. Dan gadis itu turut menghampiri Zafren bersama-sama dengan tongkatnya.
Zafren mengecilkan matanya sedikit untuk melihat dengan lebih jelas siapakah lelaki yang memakai topi yang beridiri di sebalik Zahrin itu. Jantung Zahren berdegup kencang apabila lelaki itu memandang tepat ke arahnya.
"Darmin," nama itu meniti di bibirnya dan serentak dengan itu dia jatuh melutut ke atas tanah. Lantas Joanna mendekati Zafren dan cuba untuk membantunya bangun.
"Zaf! Kau okay ke tak ni? Kau kenal ke siapa dia orang? Kalau tak, jom la blah," Joanna sudah pun berkira-kira mahu membantu Zafren beredar daripada situ namun lantas dihalang oleh Zafren.
"Kejap. Jangan pergi dulu. Aku kenal siapa dia orang," setelah memastikan yang lututnya lurus untuk berdiri, Zafren cuba untuk mendekati ketiga-tiga orang yang pernah hadir dalam hidupnya pada suatu masa dahulu.
Matanya ralit memerhatikan pergelangan tangan Hanna yang berada dalam genggaman tangan Zahrin.
"Lama tak jumpa kau," ayat itu keluar daripada mulut Darmin. Zafren hanya memandang tajam ke arahnya tanpa bersuara. Dia dapat merasakan amarah dalam jiwanya yang kian membara. Baru sahaja Zafren ingin menapak untuk mendekati Darmin, Zahrin telah menahan terlebih dahulu.
"Ke belakang Zaf," bisik Zahrin perlahan ke telinganya. Zafren menghela nafas berat. Matanya pula melirik ke arah Hanna yang diam membisu tidak berkata apa-apa.
Matanya hanya memandang ke hadapan seolah-olah dirinya tidak berada di situ. Zafren menarik lengan Zahrin untuk mengambil sedikit ruang bagi mereka berbicara.
"Rin, kenapa kau bawa Hanna datang sini?" soal Zafren tegas.
"Mata dia," jawapan ringkas yang diberikan oleh Zahrin membuatkan Zafren menunduk ke bawah.
"Bawa dia balik Rin," pinta Zafren perlahan.
"Tak, aku tak akan bawa dia balik. Dia boleh sembuh dan aku tak nak lepaskan peluang tu," balas Zafrin lalu dia menuju ke arah mereka yang lain.
"Aku memang nak jumpa dia. Aku memang nak cari dia, tapi bukan dengan cara ni Rin. Bukan dengan cara bawa Darmin sebagai umpan untuk aku," langkah Zahrin terhenti. Dia berpaling ke belakang memandang Zafren.
YOU ARE READING
Percayakan Aku
RomanceZafren atau nama lainnya Zaryl berasal daripada Dunia Fretel, yang sememangnya berbeza dengan dunia Ainin Raihannah. Zafren cuba menjejaki gadis itu semula setelah sekian lama menghilangkan diri sejurus sahaja Hanna disahkan buta. Kejadian di Frete...