- 14 -

46 9 0
                                    

“Kau tahu apa hukuman kau?”

“Mati.” jawab Zahrin tanpa teragak-agak.

Lelaki di hadapannya tersenyum nipis. Dia menggelengkan kepalanya ke kiri dan juga kanan.

“Kau Alastair dan kau gagal pertahankan Fretel. Layak ke kau dipanggil Alastair?”

“Ampun! Kami semua tak akan pernah mampu tewaskan Aurelia! Itu sudah tertulis dalam sejarah Fretel!” Zahrin melutut di hadapan lelaki tua itu.

“Sejarah tak patut berulang!” tempik lelaki itu sambil matanya tajam merenung ke dalam anak mata Zahrin. Matanya turut meliar melihat Alastair yang lain yang sedang melutut seperti Zahrin. Lelaki itu ke belakang beberapa tapak.

“Salah saya sebab terlalu berharap pada Alastair,” lelaki itu berjeda seketika.

“Mulai hari ni, saya tarik kembali semua keinginan dan juga apa yang dimiliki oleh Alastair. Hidup lah seperti manusia biasa. Alastair, you are no longer exsist as The Defender,” lelaki itu meletakkan telapak tangannya di atas tanah. Seperti di alam fantasi, dia mengambil semula kuasa yang dimiliki -oleh jejaka-jejaka yang selama ini melindungi Fretel.

Hanya disebabkan satu kesalahan yang sudah pun tertulis, Alastair hilang segalanya. Aurelia, satu nama yang akan sentiasa kekal sebagai satu sumpahan.

“Tunggu!” Zahrin menahan lelaki itu terlebih dahulu.

“Ambil la apa yang kami miliki, tapi saya merayu, kekalkan kami sebagai Alastair. Saya berjanji dengan nama Alastair, jika saya gagal buat kali kedua,”

“Hukum saya dengan hukuman mati. Hanya saya, Zahrin Hydar”

************

Joanna mengecilkan anak matanya untuk melihat akan wajah yang menegurnya sebentar tadi. Matanya tertumpu pada pedang yang digenggam kemas oleh lelaki itu. Dahinya berkerut seketika apabila lelaki itu berkira-kira mahu menghunuskan pedang itu pada dirinya.

Tanpa berfikir panjang, Joanna lantas mempercepatkan langkah kakinya untuk menuruni bukit itu. Namun, akar yang berselirat di  membuatkan pergerakan kaki Joanna terbatas dan dia hampir sahaja terhumban ke bawah.

“Kan aku tanya, yakin ke boleh turun tanpa orang lain tolong?” lelaki itu sempat mencapai lengan Joanna dan menarik semula gadis itu ke atas. Dia mengeluarkan semula pedangnya dan memotong akar yang berselirat di kaki Joanna itu.

Joanna hanya diam membeku memerhatikan tingkah laku lelaki itu. Sekali lagi, mata Joanna melirik ke arah pedang yang masih di genggaman lelaki yang menyelamatkannya sebentar tadi.

“Tak pernah tengok pedang?”

“Ukiran dekat pemegang tu, Bunga Gladiolus kan?” ukiran yang baru sahaja Joanna lihat sebentar tadi ketika berada di meja makan.

“Pernah nampak ke?” soalan dibalas dengan soalan. Joanna hanya menangguk kecil.

“Ukiran ni, bertemakan Bunga Gladiolus. Gladiolus ni symbol Alastair, bunga terkuat, untuk yang terkuat,” Andre memasukkan semula pedangnya ke dalam sarung dan berdiri tegak menghadap Joanna.

“Andre, Alastair Kedua,” Andre memperkenalkan dirinya dan turut menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Joanna menyambut huluran itu dengan teragak-agak.

“Joanna, but seriously?”

“Alastair? Again?” Joanna sudah mula muak dengan nama itu. Andre tertawa kecil seketika.

“Penjaga Fretel. The Defender bersamaan dengan Alastair,” Andrer menyisir rambut perangnya kebelakang. Matanya sempat menangkap bibir Joanna yang sedang terkumat-kamit membisikkan sesuatu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Percayakan AkuWhere stories live. Discover now