° Fate 015 °

1.7K 140 3
                                    

Belum sempat Younghwa jatuh, dia disambut lagi oleh doktor itu. Seriously, apa masalah dia semenjak doktor itu datang ke kampung itu?

Asyik - asyik jatuh. Asyik - asyik tersandung.

Sebab wajah doktor Hansung itu seperti Taehyung ke?

"Lepaslah!" Younghwa menolak tubuh doktor itu menjauhinya. Namun, doktor itu masih teguh berdiri. Menyokong wanita itu.

"Saya cakap lepas!"

"Awak jangan degil boleh tak?!" Bisik doktor itu perlahan. Geram rasanya tapi dia tak mahu menaikkan suara di hadapan anak kecil yang masih mengantuk itu.

Younghwa terdiam melihat riak wajah doktor yang tampak penat dan geram itu. Jelas sekali doktor itu sedang menahan marah.

"Hansung, bawa bunga - bunga tu. Hyung bawa mama Hansung pergi klinik hyung dulu tau. Nanti dah siap kumpul bunga - bunga tu, baru Hansung datang klinik hyung."

Belum sempat Younghwa membantah, dia sekali lagi terdiam apabila doktor itu mendukungnya dengan mudah sekali.

Younghwa mengunci mulutnya.

Takut.

Tak mahulah marah - marah :(

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak mahulah marah - marah :(

[C] Fáte. kthWhere stories live. Discover now