"Kalau kau terus berperangai macam ni, aku sumpah aku akan kurung kau sampai kau sedar, Soo Eun."
Soo Eun pantas mendongakkan kepalanya. Melihat wajah Jungkook yang sudah pasti tidak bermain - main dengan katanya.
"Kau dah besar. Jangan paksa aku untuk layan kau macam budak kecil." Kali ini, suara Jungkook goyah. Keazaman yang cuba ditunjukkan goyang sedikit.
Soo Eun bangun lalu lari meninggalkan tempat itu. Hatinya bagaikan tidak percaya bahawa abang yang selama ini boleh diharapkan, menuturkan kata - kata seperti itu.
Jungkook tidak mengejar sebaliknya menyandarkan dirinya ke dinding. Cuba mendapatkan sedikit sokongan.
Sepasang kaki berhenti di hadapan Jungkook membuatkan dia memaksa diri untuk melihat gerangan itu.
Wajah Jimin yang tersenyum pahit menyapa anak matanya yang kabur.
"Kau dah lakukan yang terbaik, Jeon Jungkook."
Pelukan erat diberikan kepada Jungkook. Di situ, Jungkook menangis sepuasnya.
Aku dah buat semampu aku...
...kan?
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfictie+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...