° Epilogue °

2.7K 177 87
                                    

"Mama!!!" Dengan wajah yang bercucuran air mata, Hansung berlari mendapatkan Younghwa. Satu tangannya memegang mata sebelah kanan.

"Kenapa sayang?" Younghwa melutut di hadapan Hansung. Taehyung yang memerhati sedari tadi bergerak merapati anak dan isterinya.

"Hanmi campak kereta mainan dekat mata Hansung." Tangan dialihkan, menampakkan bahagian mata yang sudah nampak kebiruan.

Kuat juga anak perempuannya campak mainan tu dekat abang dia.

Younghwa berkerut risau manakala Taehyung sudah menutup mulut menahan gelak.

"Pftt--"

"Awak ni! Tak risau ke? Tengok mata Hansung dah nak lebam ni." Gelak Taehyung dapat ditangkap. Satu pukulan hinggap di lengan lelaki itu.

Taehyung tersenyum sahaja. Kepala Hansung diusap lembut.

"Papa belanja makan aiskrim nak tak?" Wajah Hansung yang muram bertukar menjadi bersinar apabila mendengar perkataan aiskrim.

"Nak! Tunggu Hansung tukar baju jap." Berdesup Hansung keluar daripada bilik tidur mama dan papanya.

Sebaik sahaja Hansung keluar, Taehyung menghamburkan ketawa sepuasnya.

"Taehyung, awak ni tak baiklah." Kata Younghwa sambil cuba menahan gelaknya. Lama - lama terasa kelakar juga.

"Yelah... Yelah... Saya ambil Hanmi jap. Awak pun pergi tukar baju. Kita keluar sama - sama." Ujar Taehyung sebelum mendapatkan Hanmi yang sedang cuba memasukkan lego ke dalam mulutnya.

Terkejut beruk Taehyung dibuatnya. Laju dia berlari untuk menghalang perbuatan Hanmi yang baru berusia setahun itu.

"Hanmi!" Lego cuba dirampas namun Hanmi menahan. Geram sangat, dicampak pula lego tu ke muka Taehyung.

"Aww!!" Kini, Taehyung rasa menyesal kerana mentertawakan Hansung. Orang kata kifarah. Padu betul balingan Hanmi. Boleh dapat nombor 1 kalau masuk lontar peluru.

"Pa... pa. Pa... pa. Ehehehe..." Gelak kecil Hanmi perlahan - lahan mencairkan hati papanya sendiri.

Taehyung tersenyum sambil mendukung Hanmi. Hidung anaknya digesel manja. Sakit di muka terasa hilang serta - merta.

"Papa sayang Hanmi sangat - sangat."

Mungkin dengan Hansung, dia terlepas segala memori. Tetapi tidak dengan Hanmi, dia akan hargai setiap satu saat Hanmi membesar di hadapan matanya sendiri.

Apa - apa pun, dia akan tetap melindungi keluarganya walaupun terpaksa bergadai nyawa. Segalanya hanya untuk mereka.

Sejauh mana aku berlari, di situ kau berada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejauh mana aku berlari, di situ kau berada...

Kerana apa?

Kerana takdir kau dan aku sememangnya terikat bersama.

_________________________________________

Moral of the story?

Hidup ni sebenarnya simple, mudah tapi jadi complicated sebab manusia sendiri.

Kalau ada salah faham, tak nak berjumpa untuk selesaikannya malah semakin menyimpan dendam.

Kadang rasa diri sendiri tu mangsa sedangkan dia juga menyumbang kepada 'kesakitan' yang dia alami.

But saya tahu, perasaan ni bukan something yang mudah. Macam awak suka seseorang, tak akan awak nak straightforward cakap awak suka dia macam tu je. Betul tak?

Mesti dihalang dengan perasaan takut, malu dan sebagainya.

Saya minta kepada yang sakit hati dengan ff saya 🌚 but I'm trying to make it as realistic as possible.

Conclusion, mudahkanlah sesuatu selagi ianya boleh dipermudahkan. Jangan disebabkan takut untuk berhadapan, jadi musuh sampai mati.

You live only once dear. Make it enjoyable and stress free as much as you can!

DAN TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG SUDI MEMBACA FF KONTOT SAYA!!! IM CRYING YOU GUYS ARE SO PRECIOUS! 😭😭

Question;

1) Apa yang korang dapat dari ff ni?

2) Apa pendapat korang tentang ff ni? ( best ke idok, rasa cam nak campak dalam laut ke, cam sampah ke)

Sharelah ciked :) Tak minta banyak pon em :( 👉👈 ECECEH GEDIKNYA TITEW

_________________________________________

Dengan ini, saya melabuhkan tirai hidup Kim Taehyung dan Kim Younghwa.

Terima kasih atas sokongan anda. Borahae! 💜

[C] Fáte. kthWhere stories live. Discover now