"Bagaimana penerimaan kau?"
"Agak teruk. Aku tak sangka aku ada satu lagi identiti. Aku tak sangka langsung yang aku ni bukan Hansung."
Hoseok mengangguk faham. Biasalah. Itu apa yang dialami oleh semua pesakit yang hilang ingatan dan tidak dikhabarkan.
"Seok."
"Hmmm?"
"Aku pelik. Kenapa aku masih bersama Soo Eun? Sedangkan abang - abang aku sendiri tahu betapa bencinya aku dengan perempuan tu?"
Hoseok tergelak mendengar soalan itu.
"Kau tak akan percaya, Tae. Pada mulanya, kami langsung tak benarkan dia untuk lawat kau. Tapi satu malam, dia pecah masuk ke dalam wad kau. Masa tu, kau still bingung, macam bayi yang baru lahir. So, dia perkenalkan diri dia sebagai isteri kau. Buat cerita bohong betapa kau cintakan dia. Bagaimana kehidupan kau berdua. Kau percaya sebab kau tak tahu apa - apa, Tae."
Berkerut - kerut Taehyung mendengar cerita Hoseok. Geram pun ada.
"Dan, lepas kami dapat tahu. Dia merayu - rayu supaya tak dedahkan hal sebenar. Aku tahu kau tak suka apa yang akan aku cakap ni, tapi dia betul - betul ikhlas cintakan kau. Jadi, kami tak sampai hati."
Taehyung tergelak kecil.
"Kalau cinta, dia akan lepaskan aku sebab dia tahu aku tak bahagia dengan dia."
Hoseok dipandang penuh makna.
"Itu bukan cinta, Seok. Itu obses."
Cinta itu tentang pengorbanan...
Bukan sekadar memiliki sesuatu yang tidak pasti...
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...