"Siapa tu?" Esakan Younghwa terhenti. Matanya disepetkan dek silau yang menyuluh ke mukanya.
"Younghwa? Younghwa ke tu?" Younghwa mengecilkan matanya. Cuba mengenal pasti gerangan yang menyapanya.
"Pakcik Hwang..." Wanita itu cepat - cepat bangun lalu mengesat air mata yang masih bersisa di pipi.
"Kamu kenapa ni? Lepas hujan ni kan sejuk. Mari, mari. Ikut pakcik." Gesa pakcik Hwang untuk masuk ke dalam rumahnya.
"Kenapa ni bang?" Soal isteri pakcik Hwang, makcik Hwang yang keliru melihat Younghwa di rumahnya pada pagi - pagi buta.
"Younghwa ni hah. Kat luar dengan tak pakai baju sejuk. Demam nantikan susah." Balas pakcik Hwang.
Makcik Hwang mengerti lalu pergi untuk mengambil selimut. Selimut itu kemudiannya diserahkan kepada Younghwa.
Ucapan terima kasih diberikan bersama senyuman tipis.
"Kenapa kamu dekat luar pagi - pagi ni?" Soal pakcik Hwang sambil menarik kerusi di hadapan Younghwa. Makcik Hwang turut serta namun dia hanya duduk di sebelah wanita yang dalam kesejukan itu.
"Ini mesti sebab doktor tu kan?" Bersama keluhan berat, pakcik Hwang bertanya lagi.
Jangan sebut tentang perihal doktor itu.
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfic+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...