"Kau cari Kim Younghwa ke?" Jimin berhenti mencari. Peluh yang menghiasi dahinya tidak dipedulikan. Mana tidaknya, pertama kali kepulangannya tidak disambut.
Dalam sekelip mata, kolar baju Han direntap oleh lelaki yang lebih pendek daripadanya itu. Pandangan matanya tajam seperti helang mencari mangsa.
"Kau— kau bukan dah mati ke?!" Jimin mengetap gigi. Sementelah Han keliru. Apa sebenarnya kaitan mereka dalam hidupnya?
"Jimin! Lepaskan dia!" Keadaan yang tegang itu diganggu oleh Younghwa. Matanya bengkak akibat menangis sepanjang malam tadi.
"Kau! Apa kau buat dengan dia?!" Jimin semakin berang. Pantas Younghwa mendekati mereka berdua dan menarik lengan Jimin agar melepaskan Han.
Pada mulanya, Jimin tidak mahu berganjak. Namun pandangan rayuan yang diberikan oleh Younghwa berjaya menjadikan Jimin akur.
Walaupun rasa bersalah itu ada.
Lebih dalam lagi rasa benci aku pada kau.
Aku harap kau tak pernah muncul di hadapan aku lagi.
Tapi kenapa takdir itu tidak pernah terduga?
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...