"Papa Hansung dulu orangnya macam mana?" Soal Han sambil memandang Hansung yang sedang menjilat aiskrim itu.
Dia dan Hansung dah macam kawan baik. Tiap - tiap petang Hansung akan datang lepak dekat klinik dia.
"Ermm... Hansung tak tau sebab Hansung tak pernah jumpa papa Hansung." Jawab Hansung sambil lidahnya ligat menjilat aiskrim di tangannya.
"Jadi, Jimin tu siapa? Ayah tiri Hansung ke?" Soal Han lagi.
"Takkkk. Dia tu ayah angkat Hansung. Dia jarang ada dekat sini sebab kerja tapi Hansung suka dia sebab dia banyak tolong mama."
"Mama tak kan tak pernah cerita pasal papa dekat Hansung?"
"Ermmm... Mama cakap dulu papa kerja sama macam hiyong. Papa dulu pun doktor."
"Hansung tahu nama papa Hansung?"
"Tahu!" Kali ini, suara Hansung seperti bangga.
"Kim Taehyung!" Hansung senyum lebar.
Adakah aku berhalusinasi atau selama ini aku begitu bodoh?
Wajah Hansung begitu mirip seperti aku waktu kecil.
Tidak mungkin, bukan?
Dalam dunia ini, sekurang - kurangnya akan ada tujuh orang lagi mempunyai wajah yang sama seperti kita.
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
أدب الهواة+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...