"Taehyung, biar saya tolong awak." Jam di dinding di pandang. Sudah pukul 3 pagi dan lelaki itu baru pulang dengan pakaian yang berbau alkohol.
Yup, Kim Taehyung mabuk.
"Hik! Sayanggggg~~" Jari ditunjukkan ke arah Younghwa sambil ketawa.
Younghwa tidak ambil peduli. Lengan lelaki itu diletakkan di atas bahunya lalu dia mendorong tubuh Taehyung memasuki bilik mereka berdua.
"Sayang nak pergi manaaa?" Soal Taehyung saat Younghwa menjauhkan diri untuk membuka stokin yang dipakai lelaki itu.
"Hik! Isteri baik!" Taehyung ketawa lagi apabila Younghwa cuba membuka tali lehernya.
Younghwa tersenyum pahit sebelum senyumannya pudar. Taehyung menarik tubuhnya merapati dia. Kini, Taehyung tidak lagi ketawa. Tiada lagi unsur main - main.
Taehyung berbau amaran. Perlu dijauhi sebelum bencana menimpa.
"Tapi isteri yang baik tak akan lari ikut jantan lain." Pegangan Taehyung semakin kuat. Younghwa tidak boleh pergi ke mana - mana lagi.
Bibir Taehyung tersenyum sinis.
"Sayang, kau isteri yang baik ke?"
Telinga Younghwa didekati.
"Jika tidak, kau berhak mendapat hukuman."
Maafkan aku...
Sekiranya aku terlalu mengasari kau pada malam itu...
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...