"Hiyong?"
"Hmmm?"
"Betul ke hiyong ni papa Hansung?"
Mata bulat Hansung memandang Taehyung penuh harapan. Mengharap bahawa kenyataan itu benar. Sudah lama dia nantikan saat ini.
Walaupun dia mempunyai Jimin, namun kehadiran lelaki itu tidak pernah cukup sebagai seorang ayah.
Namun lain pula bagi Taehyung, Hansung amat menyukai lelaki itu. Bagaikan ada satu ikatan yang terikat mati di antara mereka berdua.
"Betul sayang. Ni papa Hansung." Taehyung menunduk. Menyamakan kedudukan anak mata dengan anak kecil itu.
"Mana papa pergi selama ni?"
Mata bulat itu mula berair. Taehyung pantas meletakkan kedua belah tapak tangannya di pipi gebu itu.
"Papa tak pernah pergi. Cuma papa lupa. Sekarang papa dah ingat balik." Taehyung tersenyum manis.
"Dan papa janji, papa tak akan tinggalkan Hansung."
Aku nak sangat menebus waktu - waktu yang selama ini terbuang...
Belum cukup terlambat, bukan?
Walaupun aku tidak berada di sisinya sejak kecil lagi.
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Hayran Kurgu+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...