"Ya, aku benci kau. Kesengsaraan kau, kebahagiaan aku."
Air mata tak berhenti - henti mengalir. Pedih. Sedarlah Younghwa bahawa tiada jalan penyelesaian lagi. Benci lelaki itu terlalu mendalam.
Muka ditekup. Berkali - kali cuba menahan namun ianya tetap sahaja mengalir.
"Maafkan saya, Taehyung. Maafkan saya atas segala - galanya." Younghwa berbicara sendiri. Pilu merundung segenap ruangan hatinya.
Tanpa dia sedar, Taehyung sebenarnya tidak beredar, hanya bersembunyi di balik dinding. Telinganya menangkap ucapan maaf wanita itu.
'Perlu ke aku bagi peluang kedua?'
Tangisan dia...
Rayuan maaf dia...
Sedikit demi sedikit mencairkan hati aku...
Membuatkan aku rasa bersalah kerana menjadi penyebab tangisan sayu dia...
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...