"Siapa tu?" Soal Younghwa usai sahaja Han kembali daripada menjawab panggilan.
"Hah? Oh! Isteri saya."
Sekelip mata, hati Younghwa seperti dirobek. Tekaknya terasa kering. Perasaannya bercampur baur.
Sedih.
Marah.
Menyesal.
Rindu.
Semua itu membuatkan Younghwa tidak tahan lagi. Younghwa cepat - cepat bangun.
"S—saya nak sambung kerja saya." Younghwa perlu pergi dengan segera. Sesaat lambat, maka air matanya akan berlinangan di hadapan lelaki itu.
Dan semestinya, Younghwa tidak mahu perkara itu berlaku.
Kenapa?
Kenapa perkataan 'isteri' itu begitu memedihkan telinga aku?
Mungkinkah kerana aku berharap aku berada di tempat itu?
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...