"Hansung kisah pasal kau. Sayang kau. Cinta kau. Jaga kau."
Mendengarkan itu, terbit sedikit harapan di dalam hati Soo Eun.
"Be— betul tu! Ki—"
Belum sempat Soo Eun menghabiskan katanya, Taehyung memotong bicara wanita itu.
"Tapi kau kena ingat. Aku Kim Taehyung, bukannya Hansung."
Perlahan - lahan, senyuman Soo Eun mati. Genggaman tangannya pada lengan Taehyung dikuatkan. Dia takut. Sangat takut.
Taehyung menunduk. Mendekatkan mulutnya ke telinga wanita yang tidak pernah dianggap sebagai seorang isteri.
"Dan Taehyung tak pernah ambil peduli tentang kau. Benci kau. Jijik dengan kau. Malah muka kau pun dia tak mahu tengok."
Satu - persatu kata - kata itu memecahkan sekeping hati Soo Eun. Semuanya hancur berkecai. Tubuh Soo Eun semakin menggigil bersama air mata yang turun perlahan.
Lelaki itu menolak Soo Eun dengan mudah. Tanpa sebarang kekuatan yang tinggal, Soo Eun rebah. Tidak sekali pun dia memandang Taehyung.
"Selagi kau bergelar isteri aku, selagi itulah aku akan seksa kau."
Aku nak tengok...
Sejauh mana 'cinta' kau tu...
Sejauh mana kau boleh bertahan...
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...