"Younghwa..." Younghwa masih menutup mukanya. Malu kerana menangis sewenang - wenangnya.
Namun hatinya begitu rapuh saat itu. Dia begitu terdesak ingin mendapatkan kemaafan. Dia inginkan kasih sayang lelaki itu.
Bukan hinaan. Bukan cacian. Bukan pandangan dingin.
"Younghwa, kenapa kau menangis?" Taehyung bertanya lagi. Suara cuba dilembutkan.
Younghwa menggeleng - geleng. Dia juga tidak tahu. Tiba - tiba sahaja dia menjadi emosional.
Tangan yang menutup muka, dipegang lalu dialih. Taehyung memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Susah untuk meneka apa yang bermain di minda lelaki itu.
"Jangan menangis. Kau perlu kuat untuk sembuh." Jari Taehyung lembut mengesat setiap butir air mata yang ada.
"Jangan menangis lagi ok?" Pipi Younghwa dipegang. Wanita itu mengangguk - angguk tanda faham.
Taehyung tersenyum. Dan Younghwa tergamam.
Sudah lama aku tidak melihat senyuman dia.
Dan hari ini juga, tanpa gagal, senyuman itu masih mampu menggoncangkan hati.
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Hayran Kurgu+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...