"Hansung..."
"Hmmm?" Balas Hansung agak lemah. Kakinya dibuai ke depan dan ke belakang memandangkan ianya terlalu pendek untuk menjejak tanah.
"Kenapa mama Hansung tak suka dengan hyung?" Rengek Han. Dia bukannya apa. Mereka itu jiran. Jadi sudah pasti dia inginkan hubungan yang baik sesama jiran.
Lagi pula, inilah satu - satunya tempat dia pergi makan sarapan, tengah hari, minum petang dan makan malam. Secara keseluruhannya, kalau kedai Younghwa ni tiada, memang akan mati kebuluranlah dia jawabnya.
"Mana ada hiyong." Tangan kecil Hansung diletakkan di atas tangan Han. Matanya yang bundar itu membuatkan Han tersenyum.
"Mama cakap tak baik benci - benci orang. Kita kena sentiasa maafkan orang lain. Mama yang ajar Hansung sendiri." Bersungguh - sungguh Hansung menerangkan.
"Hmmm... Tapi Hansung tengoklah macam mana mama Hansung layan hyung." Han masih merengek. Pedih kot kalau tiba - tiba orang benci tanpa sebab.
"Mungkin hiyong ada buat sesuatu tak dekat mama. Mana tahukan?"
"Hansung ni! Cubalah support hyung sikit!"
"Blehhh!!!"
Hansung menjelirkan lidah.
Eii budak ni, nasib comel.
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...