"Dia tipu kau supaya dia dapat bersama aku! Aku tak pernah sentuh dia, Jimin!" Keadaan mula reda. Tegang berganti dengan kesedihan.
"Berhenti."
Jimin berundur beberapa tapak ke belakang. Kepalanya digeleng - gelengkan beberapa kali.
"Dia bersama dengan kau supaya dia dapat dekati aku. Tapi aku tak pernah layan dia. Sebab apa? Sebab kau kawan baik aku Jimin."
"Tolong. Berhenti."
"Aku tak akan pernah khianati kau Jimin." Kata Taehyung dengan nada sedih.
Dendam itu perkara yang menakutkan. Boleh memusnahkan kebahagiaan seseorang dalam sekelip mata.
Contohnya, lihat sahaja Taehyung. Akibat dendam, dia terpisah dengan anaknya sendiri.
"Sekarang ni, giliran aku untuk benci kau. Kau dah hancurkan segala - galanya disebabkan perangai kau sendiri."
Kata akhir Taehyung membuatkan Jimin jatuh melutut. Menyesali segala perbuatan yang pernah dilakukannya.
Kenapa?
Benci sangatkah kau dengan aku, Soo Eun?
Kalaulah kau jujur daripada awal lagi...
Aku rela melepaskan kau...
Asalkan kau bahagia...
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...