Bab 2 - Realiti

380 45 15
                                    


'Penulis berjaya mengungkapkan elemen misteri dan saspens dalam novel ini. Setiap bab digarap kemas dan disudahi dengan pengakhiran plot yang sama sekali tidak dijangka. Sha betul-betul dapat merasakan ketakutan yang dialami oleh Nayla, watak utamanya.'

~ Sha_Mohamed

Thea tersenyum membaca resensi Tersingkap Hijab Mimpi yang ditulis oleh Sha Mohamed di laman Goodreads. Laman ini membolehkan pencinta dan penggemar buku mendapatkan maklumat, membaca resensi karya penulis-penulis kegemaran mereka dan buku-buku baharu di pasaran.

Selain saling berinteraksi sesama ahli, mereka boleh mengemas kini senarai buku yang ingin dibaca, telah dibaca dan menulis ulasan untuk buku-buku berkenaan. Melalui jaringan sosial ini, ahli-ahli berpeluang bertukar pendapat, memberi cadangan dan berkongsi minat dengan cara yang lebih interaktif.

 Melalui jaringan sosial ini, ahli-ahli berpeluang bertukar pendapat, memberi cadangan dan berkongsi minat dengan cara yang lebih interaktif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bibir melafaz syukur. 'Alhamdulillah. Karya aku yang tidak seberapa diterima ramai,' desisnya.

Setakat ini Thea banyak menerima maklum balas positif novel Tersingkap Hijab Mimpi. Meskipun pernah menukil tiga buah novel sebelum ini, Tersingkap Hijab Mimpi cukup istimewa kerana merupakan novel sulung garapannya yang berunsurkan misteri dan thriller.

'Tidak boleh berhenti membaca novel ini. Penuh dengan garapan yang mendebarkan.'

~ Mawar_aqila

Ulasan-ulasan sebegini besar ertinya buat Thea. Penghargaan daripada pembaca ibarat api marak yang mengobarkan panji semangat agar  dia terus menulis.

Dia puas apabila bait-bait ayat yang dikarang berjaya menyentuh hati pembaca, mengundang pelbagai reaksi mereka. Dia gembira menerusi buah pena, pembaca dapat menterjemah 'dunia' ciptaannya, mencicip pelbagai turun naik gejolak emosi.

Pintu diketuk. Thea mengangkat wajah. Kimberly menjengulkan kepala dari balik daun pintu. Wanita bertubuh genit berusia awal 30-an itu yang menguruskan kerjayanya dalam dunia penulisan.

"Thea, dah bersedia?"

Angguk.

"Jom, dah beratur panjang peminat-peminat you untuk sesi book signing."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Somnambulis (Tamat)Where stories live. Discover now