Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Terima kasih kerana memilih Somnambulis sebagai bahan bacaan kalian. Karya ini telah habis ditulis tahun lepas. Namun, disebabkan saya sibuk, saya peram agak lama di sini. Tidak berkesempatan langsung untuk menyunting naskhah ini. Memang yang kalian baca sebelum ini versi mentah sementah-mentahnya. ☺️
Masalah ejaan, struktur ayat dan kesilapan tatabahasa bersepah-sepah. Komen-komen kalian pun banyak yang tidak berbalas. Maaf ya. Bukan saya tidak hargai coretan-coretan kalian. Kebetulan, sewaktu saya tamatkan kisah ini saya terikat dengan tugas lain. Sesudah itu, terus lupa semua 😅
Insya-Allah, saya akan mula terbitkan bab demi bab yang telah disunting secara berperingkat. Mudah-mudahan pembacaan kalian kali ini akan jadi lebih lancar.
Semoga terhibur.
Jangan lupa titip undi dan komen untuk saya 😊.Selamat membaca Somnambulis.
Sebuah roman, batas jaga dan lena.
YOU ARE READING
Somnambulis (Tamat)
Mystery / ThrillerKelopak baldu bara rindu mangsi merah nian nyawa gugur kelopak, mengalir mangsi kesumat lerai di hujung atma. Thea kerap dibayangi mimpi ngeri. Mimpi-mimpi yang suram, menggerunkan, kerap berulang dan sentiasa mendominasi lenanya. Enggan ditakluki m...