Epilog (Bahagian 2)

37 4 3
                                    

NAFAS dihela dalam-dalam. Hakikatnya dia lelah untuk membicarakan semua itu. Tiada maknanya.

"Thea?"

Wajah Thaqif ditenung sebentar. Hendak tidak hendak, Thea mula buka cerita.

"Pembunuhan terakhir dalam novel ialah pembunuhan Iqmal, kekasih Qaseh. Iqmal merupakan seseorang yang dekat dengan Qaseh, someone that she loves dearly.

Semasa Thea bentuk watak Iqmal, ada satu lagi butiran penting pada perwatakannya. Iqmal seorang yang suka tolong orang dan Iqmal pernah selamatkan nyawa Qaseh." Sebutir demi sebutir patah kata disusun.

"So, presuming that the killer was following your novel to the letter,  dia akan  target seseorang yang rapat dengan Thea, yang Thea sayang dan yang pernah selamatkan Thea," simpul Thaqif.

Angguk.

"Jadi, memang bukan abang, Tsara atau ibu. You all didn't fit the bill."

"Ya, abang ingat sekarang. Del pernah selamatkan Thea masa di kampus dahulu, kan? Yang waktu Thea kena ragut.

"Hmmm."

Babak Iqmal menyelamatkan Qaseh ketika diragut sehingga tubuhnya terheret di bahu jalan memang diinspirasikan daripada pengalaman sendiri. Pengalaman dia dan Delila.

Sepulangnya dari rumah Delila, Thea mengkaji semula setiap kes dari perspektif yang berbeza. Barulah dia perasan  perkara-perkara kecil yang selama ini dianggap remeh dan terlepas pandang.

Bunga teluki. Memang teluki merah bunga kegemarannya. Tetapi, mengapa kadang-kadang ada kuntuman teluki merah segar di rumah meskipun dia sendiri tidak membelinya? Malah, dia juga tidak ingat menerima sebarang bunga daripada Uzayr.

Selain itu, kesan lebam, luka, calar-balar yang tiba-tiba ada pada tubuhnya dan tubuh Uzayr. Mengapa perlu ada kesan-kesan sedemikian? Apakah yang berlaku? Apakah yang sebenarnya menimpa mereka?

Tidak cukup itu, kewujudan objek-objek yang dia tidak pernah lihat sebelum ini. Tali. Pisau rambo. Tiub insulin. Ada juga barang yang sebelum ini disimpan rapi di dalam stor, tetapi ditemui di dalam rumah. Thea yakin, baik dia mahupun Uzayr tidak menggunakan barang tersebut.

Semua butiran dan kemusykilan itu pernah terlintas di kepala. Namun, cuma sekilas. Setelah itu dia seakan lupa. Mungkin, perkara-perkata kecil itu terlalu remeh atau tidak cukup berat untuk dikaitkan dengan siasatannya.

Dia mula menaruh syak. Tetapi...

"Ahhh, tidak mungkin!"

Berat hati, keliru dan rasa tidak percaya saling bertindih. Walau bagaimanapun, setiap satu hasil siasatan, setiap percanggahan, kebetulan dan prasangka tetap dikongsikan dengan Thaqif. Malangnya, menurut Thaqif, perkara-perkara berkenaan bersifat circumstancial, cuma berdasarkan keadaan.

"Stop suspecting yourself, Thea. You already have a strong alibi," tegas Thaqif.

Bunga teluki memang bunga kegemarannya. Uzayr selalu belikan baik pada keraian istimewa mahupun sekadar tanda ingatan buat menceriakan hari. Jadi, tidak hairanlah jika sentiasa ada kelopak bunga teluki ditemui di rumah.

Kesan lebam dan calar balar pada badan. Uzayr acapkali bergelut ketika cuba menyedarkan Thea dari mimpi ngeri. Antara sedar dengan tidak, mereka cedera saat Uzayr berhempas pulas cuba mengejut dan menenangkannya yang histerikal.

Barang atau objek lain yang ditemui di dalam rumah. Memang jika diikutkan logik, tidak kena pada tempatnya. Tetapi belakangan ini, dengan sikap Thea yang pelupa, dia sendiri lupa barang-barangnya disimpan di mana.

Somnambulis (Tamat)Where stories live. Discover now