CM 1

355 17 0
                                    

Arissa Mawara

Syazwan Talha

~~~~~~

"wan"

"mmmmm"

"wan"

"mmmmm"

"MUHAMMAD SYAZWAN TALHA!"

"mmmmmm"

"sah kau memang blurrr. Oi pandanglah  sini" Hafiz menarik narik lengan aku. Sempat aku mengeluh kecil dan larikan pandangan dari phone kearah Hafiz

"Apa dia?" Ujar ku malas. Dia lantas menggeleng gelengkan kepala.

"kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?" Hafiz terus bersandar di dinding lif. Aku mengangguk lemah. Malas sebenarnya nak layan hafiz ni.

"ha apa dia? aku cakap apa tadi" Sergah Hafiz tak puas hati.

"Miyaz dah dapat anak" Di hujung pandangan aku dapat melihat ekpresi Hafiz yang sedikit terkejut.

Handphone di tangan kembali aku tatapi. Rugi beli phone mahal mahal tapi tak guna.

"Tak sangka aku kau dengar. Aku fikir kau blurr je 24 hours." Sumpah aku ada dengar hafiz ketawa di hujung ayat. Pandangan tanpa ekpresi aku hadiahkan padanya.

"tak lawak" ujar ku mendatar.

huh! another day dekat hospital. Same place, same white coat, same job partner.

"anak dia lawa wyeh. Yela bini orang korea la katakan" Kuat jugak Hafiz ni membawang. Kalah nurse nurse yang lain.

"kau pulak bila?" Soal ku kepada Hafiz tanpa ekpresi langsung di muka.

memang betullah apa yang Hafiz cakap. Aku blurr. Aku pendiam. Senang cerita aku lagi suka menyendiri. Aku tak suka nak masuk campur hal orang lain. Tapi bila dengan Hafiz aku lain. Dia member aku dari RCSI lagi. Sama-sama perah otak untuk jadi macam sekarang ni. Sebab tu dia faham aku.

"eh hehehe aku jodoh pun tak ada lagi" Balas hafiz selamba sambil tersengih. "kau?" Hafiz menolak lengan aku sedikit dengan siku dia. Sempat lagi dia tersengih tu.

"Siapa pulak yang nak dekat aku ni." Aku hadiahkan Hafiz senyuman segaris. Bila lif berbunyi, aku dan dia bergerak keluar.

"eleh macam mana kau nak lekat awek kalau kau tayang muka blurr penyangak kau tu. Perempuan sekarang nak yang ada package" balas Hafiz selamba. Eh selamba jer dia dengan mulut tak bertapis tu.

"diaorang kena belajar terima hakikat yang kat dunia ni nobody is perfect" Wad Anggerik di tingkat 4 itu aku dan Hafiz melangkah masuk. Aircond yang kuat menyerbu muka aku.

###

lunch

waktu yang paling aku kurang tunggu. Waktu lunch ni pun bukannya best pun. Aku lagi prefer kerja dari mengelat. Waktu lunch macam ni  biasanya hafiz akan merengek suruh teman dia. Apa yang nak di takutkan dekat cafe tu pun aku tak tahu lah.

Butang arrow ke bawah aku tekan pabila sampai di lif. harini Aku lunch ber empat. Sekali dengan Miyaz dan Navinesh. Diaorang berborak. aku? aku senyap jelah. Memang aku rapat dengan diaorang tapi aku just suka diam. takut ada salah cakap kang, terguris hati kawan.

"wait! wait!" Bila dengar ada yang menjerit macam tu, Navinesh terus tahan pintu lif dari tertutup. Kelibat seorang perempuan yang memakai pakaian hospital dan sweatpant segera aku perhatikan. Rambut dia dikemaskan dengan key biru diikat di kepala.

Sukahati dia je nak tukar pakaian rasmi pesakit hospital ni. tangan kanan dia ada gelang dua tiga. And guess what? dia just pakai socks hitam yang bercorak minions di tengah. Mana kasut minah ni.

Bila dah masuk lif. Berkali kali dia tekan butang tutup pintu. Aku dan yang lain hanya diam dan memerhati je. Belum sempat pintu lif tertutup seorang lagi dah masuk.

Zyla. Kak Zyla. Nurse yang paling senior dekat hospital ni.

"Arissa. Kenapa buat macam ni. Sekarang kan waktu makan ubat" Ngadu kak Zyla. Dia cuba mengawal pernafasan.

Perempuan tu hanya tersengih.

"alah paracetamol je pun" Reaksi kak Zyla macam terkejut. Lif ni tak bergerak sebab kak Zyla hadang pintu. Dei! aku nak pergi lunch la. Perempuan tu ketawa

"mesti nurse tertanya tanya kan mana saya tahu? halah rilek la nurse, saya tahu every weeks nurse bagi paracetamol je.... sebab penyakit saya ni tiada ubat kan." Dia tersenyum manis kearah Kak Zyla. kami hanya jadi penonton tak berbayar sahaja.

"Tapi Arissa ke...."

"nurse... " Sempat perempuan tu ketawa lagi. Dia menarik kak Zyla masuk dan dia pula yang berdiri di pintu. Baru aku jelas nampak muka dia. Semenjak tadi dia asyik belakangkan aku je.

"dah 2 bulan saya dekat sini, saya penat. Saya penat asyik makan ubat yang no efect terhadap penyakit saya ni. and... nye nye" Serta merta pintu lif tertutup. Kak Zyla mengucap panjang.

"aku nak resign" ujar kak Zyla panjang. "maaflah doktor tentang perangai Arissa tadi"

Aku hanya mengangguk sahaja.

"siapa dia tu kak?" tanya Hafiz nak beramah mesra.

"Arissa Mawara. Wad Dr Amar." Wad Dr Amar tu dekat sebelah wad VIP Miyaz. "Budak tu dah 2 bulan lebih dekat sini"

"aik lamanya." Kata Miyaz sedikit terkejut. Kak Zyla hanya mengangguk sahaja.

"dia sakit apa kak?" Tanya Hafiz lagi. Aku dan Navin hanya mengambil tender untuk senyap sahaja. Biar dua manusia peramah habis ni bertanya.

"dia sa-"

ding!

maka pintu lif terbuka. Ayat Kak Zyla tergantung. "Akak gerak dulu lah eh. Nak kejar si Arissa tu. Kalau nampak dia tolong bawak dia jumpa akak eh"

Faham dengan maksud Kak Zyla, aku dan yang lain keluar dari lif dan bergerak kearah cafe sementara kak Zyla naik semula ke tingkat empat.



Cadbury ManggaWhere stories live. Discover now