CM 2

205 15 0
                                    

"Ara stop playing around la" Ujar Mukhlis dengan keluhan. Susah jugak jaga budak macam aku ni.

"what?" kata ku dengan lagak selamba. Mukhlis mendengus lagi. Ni yang aku suka ni

"you are 19 not 5 anymore. So act like 19 please" Mukhlis langsung kembali memandang handphone.

"act like 19 please" aku tambah arang di bara api Mukhlis. Dia menjeling aku sekilas sebelum kembali memandang handphone

eh mamat ni

aku kembali menyambung kerja aku yang belum lunas tadi iaitu cucuk lengan Mukhlis dengan pen yang aku tibai dekat meja nurse depan sana. Selepas 5 kali aku buat pekara yang sama, dia bangun dan memandang tepat kearahku. Tanpa berlengah lagi kerusi kayu itu ditarik dan diletakkan di hadapan katil aku.

nak lari la tu

aku membaling pen itu dan tepat mengena pada sweatshirt mukhlis. op! pen tu tak ada penutup maka garisan warna hitam jelas kelihatan di baju Mukhlis.

"Ara....." mukhlis mengeluh. "abang penat" Dia lansung berdiri dan bergerak keluar dari wad ni. Baru sampai dekat pintu dia dah patah balik. Tangan nya yang besar di letakkan diatas kepala aku langsung dahi aku diciumnya.

"sorry kay" selepas menggosok kepala aku, dia menapak keluar.

haih

usik sikit dah berang. Pandang kanan aku nampak meja nurse yang tengah menulis. Jarak kami hanya hallway yang menjadi pemisah. Pandang kiri pula aku nampak Dua buah katil lagi.

Katil sebelah aku ramai jejaka yang datang melawat. 'minah motor'. kawan dia accident masa tengah race. Sebelah katil minah mato tu pulak Aunty Aesha. Koma di belasah oleh gangster. Katil depan aku seboleh bolehnya nak bawak satu kampung dia datang. Setiap hari wajib ramai yang datang. Siap berbekal bekal. Nama dia aku tak kenal

Dua katil lagi sebelah dia Aunty Zainon yang darah tinggi dengan Suhadda yang denggi.

Semua family datang melawat. Meriah.

Aku? haih tunggu nurse nurse depan aku ni jelah yang selalu tanya khabar, bawakkan bekal kekadang. Diaorang je lah yang prihatin terhadap aku. Nak harapkan keluarga sendiri, boleh blah la. Mukhlis je lah yang boleh harap

Pintu wad terbuka dan Mukhlis menerjah masuk. Dia menghampiri aku dan berbisik sesuatu

"papa datang." oh. Fikir dah tak jumpa jalan pergi dekat hospital ni sampai lupa anak bongsu dia ni terlantar dekat sini dah dekat 2 bulan.

"arh! Ara tak nak jumpa" ujar ku lantas menolak Mukhlis jauh sedikit

"Ara senyap je. Lagipun papa bawak mama"

Ish! ni lagi buat aku sakit hati. Yang minah tu nak ikut dah apa kes. Jangan sampai aku pelangkung dia sampai dia duduk katil sebelah aku ni. Jangan main main dengan Ara

"beg baru?" Soal ku kepada wanita yang berdiri di hujung katil aku ini yang baru sampai seminit lepas. Sinis aku menyoal. Papa dah tayang muka marah.

"Arissa mawara, watch your mouth" tegur papa.

Aku ketawa sinis

"Setiap minggu tukar beg. Cantik perangai. Duit siapa?" Posisi duduk aku di betulkan. Wanita lewat 20-an di depan aku ini hanya menjeling. Bila dipandang papa, cepat cepat dia tukar ekpresi wajah sedih.

woi! Ara nak tendang dia ni boleh tak?

"enough la Arissa. Papa tak nak kesihatan Arissa makin teruk. So please re-"

"what? makin teruk? oh wow. Now you care about me. Amazing" Aku menepuk tangan dengan bangga. Satu wad ni senyap untuk curi dengar perbualan aku dengan papa yang kurang penglihatan ni. Apa yang dia nampak dekat perempuan tu pun aku tak tahu lah. Nak kata rabun, tapi Tan Sri sorang ni dah pakai speck

"Arissa!" Suara papa menegas. Kesah apa aku. mukhlis setias berdiri disebelah katil aku. Dia je lah abang yang boleh di harap. "I come here nak tengok anak papa. So please behave. I'm tired ok. 5 hours nak datang sini then you show me this kind of attitude."

laaaaaa nak mengungkit! uih!

"nope. I'm not going to behave with you. You left my mother alone. You larang my other brother to come here. You such a 'pentingkan diri' man."

Yes! aku tahu aku biadap. But, please, aku buat macam ni bersebab. Don't judge books by its cover.

Muka papa merah yang amat. Tunggu masa je untuk di lepaskan.

"pindah bilik sesuka hati, tak inform dekat papa. Melawan tak nak makan ubat. Sekarang ni apa? nak melawan cakap papa pulak"

Aku dulu duduk bilik VIP tapi bosan sensorang, aku desak nak wad yang ramai orang macam ni. Aku ugut nak terjun tingkap kalau tak tukar bilik. Nurse dengan cemas ikut je lah.

"I'm going to visit you tomorrow. 12 sharp esok kalau Arissa tak tukar bilik, saya panggilorang atas turun" Ujar papa kepada nurse nurse di kaunter sebelah katil aku nu. Semua mengecut.

heleh penakut. Semua nurse tu mengangguk sambil menunduk je.

Papa dah nak bergerak pergi bersama minah beg tu dan dua orang pembantunya.

"and one more thing Tan Sri Aizudin," papa dan yang lain menoleh kearah ku. "dia bukan 'mama' Ara"

Malas nak tengok reaksi papa, aku terus tarik selimut untuk lupakan semua hal ni. Badan aku terasa sakit.

Kuat Ara! you can fight this penyakit right!

Tapi aku sakit yang amat. Sakit

mummy..... Ara sakit... mummy tolong Ara..

bende last yang aku tahu adalah Mukhlis panggil nurse dan wayar disambung di dada aku.

"Call Dr Amar! Heartbeat dia rendah" ujar nurse tu kepada nurse yang lain

"Ara kuat Ara. Demi abang. Demi mummy."

Cadbury ManggaWhere stories live. Discover now