"pa-papa?" Ujar ku. terkejut dengan kehadiran lelaki di pertengahan 50-An ini. Dia segak berkot serba biru tua. Aku yang duduk di hujung katil ini lantas bangun dan berlari kearahnya. Badan lelaki itu aku dakap dengan erat.
papa agak terkejut dengan tindakan aku dan balas kembali pelukan aku.
"Ara mintak maaf. Ara rindu papa" Ujar ku dalam sendu. belakang badan ku digosok gosok. "Ara tahu Ara salah. Ara tuduh papa. Papa baik. Ara yang jahat. Ara anak derhaka"
"Ara... shhh.. pandang papa sini" muka aku dipegang oleh kedua dua belah tangannya. tangan kasar ni yang mencari nafkah untuk besarkan aku dan abang abang aku.
mummy left us bila umur aku 14 tahun. Mukhlis dan aku sahaja yang tinggal dengan papa. Muaz lari tinggal di rumah sewa. Dia berfikiran sama macam aku.Arizz pulak sambung belajar di Findland untuk lupakan semua hal ni. Mukhlis tenang hadapi semua ni sebab dia tahu yang aku perlukan dia di sisi aku.
"Ara... Papa tak pernah salahkan Ara. Semua yang berlaku ni semua salah papa sebab papa asyik pentingkan kerja sampai tak ada masa untuk anak anak papa. Papa yang salah. Ara janji dengan papa jangan sesekali Ara salahkan diri Ara sebab ni semua bukan berpunca dari Ara. Puncanya dari papa sendiri" Dengan pandangan yang sayu itu papa bersuara.
Aku apa lagi, menangislah dalam pegangan papa itu. Sempat papa tersenyum.
"susah jugak ada anak yang emo macam ni" Ujar papa dalam tawa. Sempat aku pukul lengan papa. lelaki itu hanya tersenyum.
"papa?" Aku memanggil Tan Sri Aizudin itu. Aku sempat lihat kemeja dia. Basah dengan air mata aku. betullah yang aku ni emo. "betul ke yang perempuan tukar beg tuu..." papa jongket kening
"Ara jangan risau. Papa tak boleh untuk jatuh dalam jerat dia. Papa dengan dia dah tak ada apa apa dah" Fuhhhhh lega hati aku
*
Aku hanya memerhati sahaja. makin menjadi jadi pulak perangai Arissa ni. kali ni dia berlakon jadi mayat lagi. Hafiz dan aku hanya memerhati di sebalik pintu bilik makmal ni. hafiz yang ajak tengok
"rugi tak bawak popcorn" Ujar Hafiz. Sempat aku jeling dia. Dia tayang sengih je
Sekumpulan lelaki yang berpakaian seperti wanita bergerak menghampiri Arissa. Kak Zyla kini bercakap dengan telefon di sebalik tembok bilik wad bersalin. Arissa dibalut oleh selimut di atas katil tu.
Pabila kumpulan itu lalu disebelahnya dia menyergah kumpulan tu. Memang semua lelaki yang berpakaian perempuan tu berlari. Tapi sebelum sempat diaorang lari, ada seorang ni pergi pukul Arissa dengan handbag dia. Meraung Arissa. Aku dan Hafiz segera mendapatkan Arissa.
"eh eh eh! Mana boleh pukul anak orang sesuka hati" Hafiz berkata sambil menghadang lelaki/perempuan itu dari terus memukul lagi.
"Arissa awak ok tak?" Soal ku cemas. Arissa memegang bahagian perutnya. Dia senak ni. "Fiz tolak sekali hantar dekat wad dia" kata ku kepada Hafiz. Dia bersetuju dan kami menolak katil Arissa hingga ke bilik wad nya.
Saat menukar katil, Aku mengangkatnya. Hafiz sempat mengenyit mata kearahku. Sempat lagi Hafiz ni.
"Arissa. Pandang saya" Dia buat seperti apa yang aku suruh. "ok sekarang ni awak sakit dekat bahagian mana?" Soal ku berlagak tenang. Arissa menepuk di bahagian pinggangnya. "sini?" Aku menekan sedikit bahagian yang ditunjuknya. Alamatnya dia mengerang kesakitan.
"luka sikitlah Wan. Kuat betul jantan tu punya pukul. Nak acah perempuan tapi spesies lain." Sempat Hafiz merungut selepas menyelak sedikit baju Arissa. Jelas kelihatan luka yang tidaklah besar sangat.
"Arissa. Saya nak cuci luka awak ni. Awak tahan sikit eh" Dia hanya mengangguk. Cotton yang berdarah tu aku hulur kepada Hafiz. Dia assist aku sekejap. Kak Zyla sedia maklum dan dah maklumkan dekat Dr Zul dengan Dr Imran. Mereka suruh aku jelah yang uruskan.
"kenapa lah awak degil sangat nak jadi mayat tu. Kalau tak, tak adanya luka macam ni" Luah ku. Arissa diam tak bekutik. Wajah sunggulnya aku tatap sebentar lalu menyambung kembali kerja yang tergendala.
"maaf" ujar Arissa perlahan api cukup untuk aku dengari. Aku mengeluh berat. Pabila siap dicuci, aku terus menampal luka itu. Alhamdulilah tak sampai 10 minit pun. Bajunya segera aku tarik ke bawah.
"kau kemas semua alatan ni" ujar ku kepada Hafiz. Dia tayang muka tak puas hati dia. "siapa assist siapa" Aku mengingatkan dia kembali. Lantas Hafiz tersengih
"Aku nak pergi basuh ni. Jangan buat benda bukan bukan pulak" Pesanan dari Hafiz tu berjaya buat aku sakit hati. Dia tahu apa bakal terjadi maka dia cepat cepat lari keluar dari wad tu bersama dengan barang barang tadi.
"Sakit lagi ke?" Soal ku kepada Arissa yang sedang mengelamun. Dia kembali ke alam nyata pabila aku menyoal. Senyuman dia hadiahkan
"sikit lah" jawabnya jujur. "Dr Talha boleh tolong tak?" Soalnya. Aku mengangguk tanpa was was. "tolong ambil botol dalam beg kertas tu" Dia menunding kearah beg kertas bercorak batik itu.
"nah" Aku menghulurkan air botol manggo itu kepadanya. Dia menggeleng lantas tersenyum.
"saya tahu cafe dah berapa hari tak buat air Dr Talha. Dr pun tak minum air yang dikilanglan. Jadi, air ni abang saya buat sendiri dari Findland. Dr bolehlah ambil sebab Dr pernah bagi saya coklat dulu kan" Dia tersenyum manis kearah ku.
"terima kasih" ujar ku pula.

YOU ARE READING
Cadbury Mangga
Short Story10 Chapters only start ~ 1/1/2019 End ~ 2/1/2019 hehehehe amacam 1 hari je menulis. bayangkan aku duk terperap dalam bilik macam nangka busuk. hmmmm aku suruh bayang je, tak usah fikir lebih lebih sinopsis~ tak de sinopsis. baca sendiri. tak janji...