Sayang Abang

82 11 0
                                    

"Wan..." aku mengangkat muka ku apabila nama ku disebut.

"Nah minum dulu" Dari situ aku dapat menghidu aroma coffee dari cawan yang dihulurkan oleh wan

"minum wan. Kau tu dah macam mayat hidup tau tak dengan kain pelikat kau" katanya lagi selepas aku reject huluran dia tadi. "eh panas la. Ambik la cepat" Rungut Hafiz

Cawan kertas itu bertukar tangan

"terima kasih Fiz" Dia hanya mengangguk lalu duduk di kerusi hadapan aku. Wajah simpati dia tayangkan

"Arissa kuat tu. Aku tau dia kuat. Kau jangan risau." Dia cuba menenangkan aku. Sekarang ni lepas ambulance ambil Arissa, dia masih tak keluar dari zon merah. ICU

"siapa incharge dia?" Soal ku. Coffee tu aku hirup perlahan.

"Iman. Doktor baru tu" Aku hanya mengangguk sahaja. Walaupun aku kerja dalam hospital ni tapi aku tetap tak boleh masuk sesuka hati dalam wad emergency. Sama juga macam Hafiz. Tiga bulan lepas kitaorang serentak naik pangkat

"kau kalau nak balik. Balik la.  Esok kau kerja kan?" Soal ke kepada Hafiz.

"Hala relax la. Aku dah biasa tak tidur ni." Kata Hafiz sambil tersengih. Hafiz dan aku lalui macam macam. Ada yang sampai kitaorang tak tidur 2 hari. Kami bekerja dengan nyawa

"Lagipun Arissa tu member aku kan. Sokay sokay aku teman kau" Tambahnya lagi.

"terima kasih Fiz" Dia mengeluh

"berapa banyak terima kasih kau nak ucap ha. Ha ye la sama sama" Dia kembali minum coffee dia balik

Mata aku kini berarah kepada pintu kaca. Disebalik tu terdapat isteri aku yang aku tak pasti dalam keadaan sedar ataupun bukan.

'abang...' ayat terakhir yang dia ungkapkan sebentar tadi

"kalau awak saya je?" soal Arissa. Aku tersenyum melihat gelagat dia. Dari tadi sibuk duk fikir nama panggilan untuk kami

"ke sugar bum bum? oh tak tak euwww geli" kini aku ketawa. Rumah yang hanya ada aku dan Arissa ini sahaja dipenuhi dengan tawa aku

"eish awak ni ketawa je. Tolong la saya pilih. Takkan nak panggil awak saya je?" Aku menggeleng perlahan lalu bagkit dari kerusi dekat meja makan ni dan pergi ke arahnya dia yang duduk bersila di atas sofa

Mukanya masam. Nak gelak tapi ada kang yang kena marah lagi. Baik aku senyum je untuk tahan gelak

Satu kucupan di dahi aku hadiahkan

Mukanya merah menahan malu. Sumpah kali ni aku tak boleh tahan gelak dah. Aku terus ketawa kecil. Why cute sangat eh

kedua dua belah tangan aku memegang kedua dua belah pipinya. Muka aku rapatkan ke arah mukanya. Maka makin merah membahang mukanya

"Abang. Sayang." Ujar ku perlahan "Saya panggil isteri saya ni dengan panggilan sayang dan saya gelarkan diri saya Abang. Sayang Abang dunia akhirat"

Melihat dia yang diam aku menyambung lagi

"Abang tak paksa sayang untuk panggil dengan panggilan macam tu. Ikut sayang nak panggil abang apa." Sekali lagi aku hadiahkan kucupan di dahi dia dan di kedua dua belah pipinya

Arissa masih diam

"Abang sayang sayang Arissa Mawara"

***

"Wan" aku segera menoleh kearah pintu.

"Papa." Sahut ku. Tan Sri Aizuddin bersama sama 3 orang anak lelakinya yang lain masuk ke dalam wad private Arissa. Mangkuk yang berisi bubur itu aku letakkan di meja sebelah katil. Arissa pun macam dah kenyang

Semua aku salam. Tapi papa dengan Muaz abang sulung Arissa peluk aku. Semua ucap terima kasih. Kami semua keliling katil wad Arissa.

"Wan. Rehat la dulu. Mandi dulu ke.  Biar kitaorang jaga Arissa sementara tu" Kata Mukhlis yang berada di sebelah ku. Bahu kiri aku ditepuk nya.

"Aah wan. Takpe kitaorang janji tak bawak lari Ara ni. Dia pun berat semacam ha" Tambah Muaz. Satu jelingan maut sempat Arissa hadiahkan dekat Muaz. Arizz pun sempat cubit lengan Muaz

"eh hello kau lagi berat okay" Kata Arizz kepada Muazz.

"oh hello kau tu berat dosa" Taknak kalah Muazz. Muazz dengan Arissa memang hyper sikit bagi aku. Arizz dengan Mukhlis pulak pendiam... tapi tak sangat la sometime ada gak bila diaorang hyper jugak

"halu halu brother. Kita kat sini bukan nak kira siapa paling berat walaupun kita tau Muazz paling berat" Di akhir ayat Mukhlis dia perlahan kan suara. Papa menggeleng lagi. Aku pula tersenyum

Arissa aku pandang. Tangan kirinya aku capai.

"Abang mandi lepastu solat kejap dekat office abang eh. Sayang stay dengan papa dengan yang lain eh" Dia hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Pa, Muazz, Mukhlis, Arizz. Wan gerak dulu eh" Mereka mengangguk

"Hati hati jalan tu." Nasihat papa.

"terima kasih papa"



Cadbury ManggaWhere stories live. Discover now