CM 9

169 12 1
                                    

"Dr!" Dr Hafiz berpaling kearahku. Aku menunjukkan isyarat supaya dia menunggu. Dengan kadar segera aku berlari anak kearahnya.

"eh tak padan dengan sakit betullah Arissa ni. Saya pulak yang risau ni" Kata Dr Hafiz setelah aku sampai kepadanya. Aku tersenyu manja.

"hehehe. Nak tanya"

"Tanyalah" jawab Dr Hafiz sambil menyimpan phonenya di dalam poket seluar. Dia tak pakai kot putih kali ni pabila aku jumpanya.

"Dah seminggu saya tak nampak Dr Talha. Dia pergi mana?" Mula mula Dr Hafiz hanya merenung ku, lama kelamaan muka nya bertukar riak sedih. Ha? aku ada buat salah ke? Dia mengeluh berat. Dia cuba menahan air matanya

"Arissa...." Aku menanti butir bicaranya. Dia tunduk memandang lantai. "Selamaa ni bukan awak jer yang sakit. Wan. Dia...... dia dah tak ada" Tubir matanya menahan air mata dari keluar.

tak ada? dia sakit ke? dia tak ada dekat dunia ni ke? halaaa Arissa kenapa lembap sangat ni

"D-Dr Hafiz t-tipu kan?" Sumpah aku tak percaya. Wajah yang mula menangis di hadapan aku ini hanya aku pandang dengan harapan. Harapan supaya apa yang bakal dia katakan adalah tipu helah semata-mata. Dr Hafiz menggeleng laju. "Dr tipu kan" Suara ku dah terketar ketar

"Arissa.. sabar ye. Semua orang masih tak boleh terima berita ni. Sa-" Aku memintas apa yang Dr hafiz cuba sampaikan

"Bila?" Tubir mata ku berair. Dr Hafiz menyeka air matanya

"Hari selasa, masa tu Arissa dekat ER. Saya tak sempat nak bagitahu Arissa. Maafkan saya. Patutlah sebulan lebih ni saya syak dia sembunyikan sesuatu dari saya" Dr Hafiz mengeluh untuk ke berapa kali. "Memang dia terpilih untuk pergi masa usia muda. maafkan saya Arissa"

"Saya nak balik wad dulu" Aku segera menapak perlahan lahan menuju ke bilik aku. Panggilan Dr Hafiz aku buat tak endah.

Kenapa seorang demi seorang tinggalkan aku. Mula mula atuk tempat aku mengadu lepastu mummy, lepastu Dr yang baik terhadap aku.

"Arissa saya tahu awak boleh lawan. Awak kuat"

Kata kata dari Dr Talha yang mampu buat aku kuat. Tapi dia sendiri tak kuat. Dia tipu aku... Dia tipu

*

Buku kecil yassin aku beri kepada Dr Hafiz. Tikar di gulung. Dr Asnita menghampiri aku. Bahu aku digosok beberapa kali.

"dah dah jangan nangis. Arwah pesan suruh Arissa kuat kan?" Aku hanya mengangguk dengan kata kata Dr Asnita. Dr Imran disebelahnya hanya tersenyum penuh simpati.

Sesungguhnya Allah lagi sayangkan dia. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

"Lepas ni Kita balik hospital. Dah sampai hospital baru Arissa boleh buka mask tu. Kita balik ye" Kata-kata dari Dr Imran tu aku jawab dengan hanya anggukkan. Dari hospital lagi Dr Zul bekalkan aku mask supaya aku tak terdedah dengan kuman. Suasana di persekitaran tanah kubur ni kan banyak bakteria yang berada di udara.

"ha ye saya... Kami dalam perjalanan pulang.... Dah sampai hospital dah pun... baik baik.. waalaikumusalam" Lantas Dr Hafiz menyimpan telefonnya kembali. Dia memandang kearah ku sambil tersenyum.

"papa Arissa. Takut jadi apa apa dekat Arissa" Aku hanya mengangguk sambil tersenyum sahaja. Dr Imran yang menghantar aku di wad manakala Dr hafiz dengan Dr Asnita bergerak kerana ada urusan.

"Saya tengok chart kesihatan awak makin baik. Baguslah tu. Bangga saya" Kata Dr Imran semasa dalam perjalanan. Mask aku buka. Senyuman yang girang aku tunjukkan.

"yeay!" ujar ku dengan teruja. Dr Imran hanya ketawa sahaja. Sesampai sahaja di wad, Dr Imran meminta diri terlebih dahulu. Katil menjadi sasaran aku. haih bosan. Laci di sebelah katil aku aku buka. Plastik biru yang tiada isinya itu aku tatapi

Cadbury Orea yang dihadiahkan oleh Dr Talha. haih...

"haih! Why lah! Fikir pandai senyap je, rupanya pandai simpan rahsia jugak" Aku membebel dengan geram seorang diri. Palstik pembalut itu aku pukul pukul. Geram dengan perangai Dr talha. "You should go out to kedai mamak la and learn how to bercakap"

Aku tak habis lagi geram dengan perangai Dr Talha. Kesian plastik pembalut tu menjadi mangsa aku.

"mummy..." di hujung talian kedengaran mummy merungut sedikit

"mummy busy Ara. Next time eh" talian dimatikan dengan berat hati. Aku mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Ni kenapa muka masam je ni?" Soal papa yang baru masuk dengan sebuah plastik yang mengandungi snack. Tangannya aku salam

"mummy tak nak cakap dengan Ara" Balas ku jujur. Papa tersenyum sambil menggosok gosok kepala ku.

"mummy busy lah tu. Ni papa ada bawak cadbury untuk Ara." Aku dah tayang muka teruja. "dengan ni." Sebotol besar air berwarna kuning pekat itu diangkat. "Import dari Findland. Sempat lalu kastam lagi air ni" Ujar papa sambil berjenaka.

"papa nak?" Apalah Arissa, air dah setengah baru nak pelawa. papa menggeleng sambil tersenyum.

"teringat papa dekat Dr yang tolong Ara hari tu. Dia pun suka air ni kan?" Halaaa... Kenapa perlu diingatkan kembali tentang Dr Talha tu. "Haritu dia yang belanja papa dekat cafe. Segan jugaklah tapi dah dia sendiri yang nak belanja. Papa ikut je" Cerita papa sambil mengunyah keropok yang dibeli bersama Cadbury tadi.

"Dr Syazwan Talha. Tapi Ara panggil dia Dr Talha je"

"kenapa Panggil Dr Talha?"

"Sebab masa kecik kan papa selalu cerita tentang rasul rasul dengan 10 sahabat nabi yang dijanjikan syurga. Talhah salah seorang darinya kan. So Ara panggillah dia Dr Talha." papa hanya tersenyum mendengar celoteh ku.

"asalamualaikum"

"Waalai-"

Cadbury ManggaWhere stories live. Discover now