Aku kepanasan. Kenapa lah tiba tiba je aku panas ni. Kepala aku berpusing. Ya Allah sakitnya.
Arissa kuat
Arissa boleh
Arissa mampu
Tapi sakit yang amat. Aku tak tahan. Sakit. tolong
"mummy Ara sakit mummy...."
"Ara boleh tanpa mummy. Ara boleh"
"mummy jangan tinggalkan Ara..."
"Ara lepaskan mummy.... belajar untuk kuat sendiri"
"mummy... jangan tinggalkan Ara"
"Ara!"
"papa..."
"papa akan sentiasa ada untuk Ara. Papa ada untuk Ara. Papa tak akan tinggalkan Ara"
"Ara sayang papa..."
"Papa sayang Ara jugak"
"Call Dr Zul sekarang. Dr imran sekali." Aku membuka mata secara perlahan lahan. Dada aku terasa sesak. Suara tu aku kenal.
"maaf Arissa tadi jantung awak tak bergerak." ujar Dr Talha. tangannya masih di dada aku. Aku penat. Penat yang amat. "janji dengan saya, jangan sesekali tutup mata awak. Buka mata. Sedarkan diri"
Tak larat aku nak menjawab dengan arahan dari Dr Talha tu, aku senyap. kepala masih berpusing. Mata aku sekejap kabur, sekejap jelas.
"saya bukan Doktor yang incharge awak. Saya tak boleh nak buat apa apa. tadi tu je yang saya mampu buat" kata Doktor Talha mendatar. Sempat aku pamerkan senyuman dalam keadaan sekrang ni. "Ayah awak yang sedar bila monitor ni berbunyi."
"papa..." aku menyoal. Sempat lagi ej kau ni Ara. Doktor Talha mengangguk.
"Dari malam tadi dia dekat sini." Kata Doktor Talha
"Papa cuma tahu pentingkan diri sendiri je!"
"Papa ceraikan mummy tanpa hati perut!"
"Papa tak pernah anggap Ara ni anak papa kan?!"
ya Allah kesalnya aku. Apa aku dah buat ni. Aku silap!
"eh eh shhhhh Arissa, jangan nangis. Awak boleh lawan. Saya tahu awak boleh. Sikit lagi Dr Zul nak sampai" Air mata aku yang mengalir di lap dengan hujung lengan kot dia. Aku terus menangis.
Apa yang membuatkan aku tenang pabila Dr Talha mengalunkan zikir munajat di sisi aku. Aku terasa lain. Ini kali kedua aku ditenangkan pabila menangis dengan alunan zikir. Petama kali pabila papa pujuk aku masa aku umur 5 tahun.
" Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah"
"Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah"
"Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah"
"Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah" Suara papa dan suara Dr Talha silih berganti di telinga aku. Bergenang air mata aku. Aku cuba tenang.
Pintu wad dibuka dan kelibat duaorang Doktor yang dinanti telahpun tiba.
"blood pressure drop" ujar Dr talha kepada Dr Zul dan Dr Imran yang baru hadir. Mereka berdua masih dengan pakaian tidur.
"Send dekat ER. Wan, assist please" Dr Talha hanya mengangguk. Banyak lagi yang mereka katakan dalam bahasa inggeris tapi sukar untuk aku fahami dengan keadaan aku sekarang ni.
*
"papa cuma nak yang terbaik untuk Ara je." belakang tapak tangan aku diusap lembut. Terasa cecair hangat menitis disitu tetapi segera di lap oleh tangan yang menusap tadi. "maafkan papa kalau papa silap. Papa rindu Ara yang dulu, Ara yang suka bermanja dengan papa, suka buat papa tak jadi marah, suka kacau papa. Papa rindu Ara. RIndu sangat"
Ayat yang sempat aku dengar semasa di ER tadi cukup buat aku rasa terkilan dengan sikap aku sebelum ni. Aku silap sebab tuduh papa ceraikan mummy sebab perempuan lain. Mummy yang bermain kayu tiga dah songlap harta papa untuk dibawa lari ke Norway. Aku bodoh sebab tak usul periksa dulu
"Ara, abang ada berita baik untuk Ara. Nak dengar tak?" Suara Muaz menghentikan lamunan aku. Aku menoleh kearahnya. Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan sahaja
"tada!" Sebuah beg kertas dihulurkan kepada ku. eh? Aku mengambil beg kertas tersebut dan mengeluarkan isi dalamnya. 3 keping cadbury dan satu botol jus mangga. hairan aku dibuatnya
"dah tu?" soal ku pelik.... berkerut dahi aku cuba menghadam.. tak dapat jugak.
"haih kau ni Ara. Semenjak keluar dari Emergency Room to terus blurr eh." Muaz sempat menarik pipi kanan aku. haih makin lebarlah pipi aku. "cuba ingat balik yang Ara cakap pasal Ara bagi Dr Talha tu coklat sebab jus mangga kan?"
"jadi?"
"jadi kenapa Ara tertarik dekat Dr talha yang minum jus mangga tu. Sebab Arizz selalu buatkan jus tu untuk Ara kan masa kecik."
"betul, dah tu kenapa abang bagi Ara jus ni. Abang buat tak sedap. tak nak tak nak. Ambik balik" Aku menolak beg kertas tu kembali kepada tuannya. Sempat Muaz luku kepala aku.
"Ini bukan abang yang buatlah! ARizz yang buat" Ha! Abang Arizz? mana? mana? Aku menoleh ke kiri dan kanan bilik ni. tak ada pun. "hei! Arizz belum boleh balik lagi. Lagi 2 minggu baru dia balik. Ni pun dia buat khas dari Findland sana."
"rindu abang Arizz.."
"Eh abang depan mata ni kau tak rindu pulak. tak apa. Merajuk. tak nak Kawan"
YOU ARE READING
Cadbury Mangga
Truyện Ngắn10 Chapters only start ~ 1/1/2019 End ~ 2/1/2019 hehehehe amacam 1 hari je menulis. bayangkan aku duk terperap dalam bilik macam nangka busuk. hmmmm aku suruh bayang je, tak usah fikir lebih lebih sinopsis~ tak de sinopsis. baca sendiri. tak janji...