Tan Sri

90 10 0
                                    

Kertas bersaiz A4 yang bercetak komputer itu papa baca dengan tekun. Sementera menunggu bapa mertua aku habis baca, aku mengalihkan pandangan ke arah Arissa yang tak henti mengunyah brownies yang Arizz baru siapkan di dapur. Aku dan papa pula duduk bersembang di tepi kolam

Apa je yang isteri aku tak suka kalau ada cadbury dalam setiap manisan. Hantu Cadbury

Pandangan aku dihalang oleh susuk tubuh Muazz yang hadir bersama sepinggan brownies. Dia terus smirk dekat aku

"Takkan la dah rindu nau dekat bini. Baru berapa saat tak jumpa" Sempat Muazz ketawa sebelum mengambil kerusi dan duduk di sebelah bapanya.

"Eh takde la" Balas ku kembali.

Sukar nak percaya tapi Muazz dengan aku sebaya. Ya, Muazz abang sulung Arissa. Mukhlis dengan Arizz muda 2 dan 4 tahun dari aku. Arissa muda 6 tahun dari aku

"Alolo nak malu malu lak. Try la. Sedap la jugak walaupun kek potong kaki" Dah cakap Muazz hyper. Bila dia buat lawak terus dia gelak sendiri. Brownies yang tak bersalah dalam pinggan tu pun dia marah non-stop sebab manis sangat

"kenyang dah. Kejap lagi la" Kata ku. Mana tak kenyang. Bila datang je rumah bapa mertua aku ni mesti juadah dia macam kenduri. Bukan main banyak

"Tengok brownies. Sampaikan Wan pun tak suka kau sebab manis nau" Brownies tu diketuk perlahan oleh Muaz. Aku hanya ketawa. Mulut dia memang dah penuh dah

"Wan.." panggil papa perlahan. Aku berpaling ke arahnya. Cermin mata dia buka dan letakkan dia atas meja kecil dihadapan kami. Muka aku dipandangnya dengan riak yang sukar aku tafsir

"ye pa" nyahut ku.

"betul ini keputusan Wan?" Tanya papa. Aku tersenyum. Muazz yang sedar situasi ini mula senyap dari berbalah dengan brownies yang tak bernyawa itu. Wajah aku dan papa dipandangnya silih berganti

"Wan rasa, ni keputusan yang terbaik yang Wan mampu bagi. Wan dah buat ujian. Dan memang sesuai untuk Arissa" Jawab ku lembut. Senyuman di bibir tak pernah pudar.

Papa hulurkan kertas itu kepada Muazz.

"Arissa tahu?"

"Tak pa dan Wan mintak tolong sangat jangan bagitau Arissa." Wajah tua itu aku tatap

"Wan tak berbincang dengan Arissa dulu pekara ni?" Sekali lagi aku menggeleng

"Sebab Wan tahu yang Arissa tak akan setuju" Muazz terpinga pinga selepas membaca kertas tersebut.

"Kau serius la wan?" Soal Muazz dalam nada terkejut.

"serius" jawab ku sepatah

Keadaan senyap seketika pabila semua masih tak dapat terima berita yang terjadi ni

Aku bermain dengan kuku aku. Muazz terdiam sambil kuis kuis brownies di tangan. Papa pula diam sambil termenung kearah kolam.

"Wan buat ni untuk kebaikkan Arissa, papa. Wan tak boleh hidup tanpa Arissa. Inilah jalan yang dapat bantu dia" Luah ku apabila semua masih senyap

"Kita tak tahu reaksi Arissa nanti Wan" Kata Muazz.  Papa yang seakan setuju dengan Muazz terus mengalih pandangan kearah ku untuk menanti jawapan.

"Kita tau dia akan marah, tak suka, degil." Aku tertawa kecil mengingat kembali telatah Arissa yang degil. "Dan yang pasti kalau Wan bagitau sekarang mesti dia tak suka. Dia akan tolak idea ni seratus peratus tanpa dia sedar ini je satu satu jalan yang terbaik untuk dia"

"Kalau itu memang pilihan yang terbaik, papa nak ucap terima kasih Wan." Peha aku ditepuk tepuknya. Senyuman terukir di bibir masing masing kecuali Muazz yang masih dalam keadaan lost

"Biar papa tanggung semua kos ni"

"eh takpe pa. Wan mampu lagi pa." 250. Bukan ringgit tapi ribu. RM 250 ribu. Takkan aku nak bagi bapa mertua aku tanggung. Walaupun aset dia berjuta tapi ni bukannya cara aku untuk lepas tangan

"Wan. Bagi papa buat sesuatu. Arissa dengan Wan anak papa jugak. Kalini bagi papa uruskan" Rayunya. Aku terdiam

"Tolong Wan" Rayunya lagi.

Aku serba salah.

"kalau itu yang papa nak" jawab ku tenang

"terima kasih Wan"

°°°°°°°°

"abang..... nak tu" Kata Arissa yang sedang menempel dekat aku. Jarinya dihalakan ke arah Cotton candy yang tergantung di pintu masuk kedai sebaneka ini.

"boleh sayang. Ambik je abang bayarkan" Lengan kiri aku masih dipaut oleh tangan kanannya.

"yeayyy thanks shubenz" Arissa terus mengambil satu cotton candy berwarna biru dan letakkan di atas kaunter bersama air yang kami pesan.

Selepas selesai buat pembayaran, Aku dan Arissa bergerak ke arah kereta bersama barang barang yang dibeli.

"eh Arissa" ouhhh tidak musuh aku

"Doktor Iman" Kata Arissa dengan cerita. Kata kata dari Arissa itu sedikit sebanyak buat aku sedih. ke cemburu?

come to your sense Syazwan... Kawan je tu

"Luka macam mana? dah okay?" Soal Iman

" eh dah. Dah elok lah" Jawab Arissa. Selepas lebih kurang  dua tiga ayat lagi Arissa dan Iman berborak, perbualan diaorang tamat apabila Iman minta diri dahulu.

Aku masuk ke dalam kereta tanpa banyak bunyi. Arissa leka melayan cotton candy dia

"Sayang tak pernah bagitau pun yang sayang ada luka?" Soal ku tanpa memandang Arissa. Fokus aku hanya kearah jalan. Dia diam

"abang terluka dengan sayang"

Cadbury ManggaWhere stories live. Discover now