"Abah kamu tu sikit sikit mengadu pening kepala. Mana tak nya, 24 jam menghadap je henset. Tak henset tv. Tak tv pulak menghadapnya surat khabar. Mata dia tu memang tak nak berhenti pandang huruf sana sini. Sama macam anaknya, rabun dibuatnya. Siapa yang jaga. Kita ni isteri dia. Tapi itu pun masih dikatanya kita tak sayang dia. Dah tuo buat perangai bukan bukan. Sikit sikit merajuk. Itu in-"
"Dah dah la tu awaknya. Panas telinga menantu kita tu. Saya ni ada je ha dekat sini. Bercakap macam saya tak ada dekat sini pulak." Kata abah selepas potong 'ceramah' mama. Sempat aku ketawa
Ye la mama marah nau dengan abah macam abah jauh nau. Padahal ada je sebelah aku ni dekat gazebo yang terletak dekat laman bahagian tepi rumah.
Tepat pukul 5 tadi, mertua aku datang dengan adik ipar aku. Suhaila namanya. Spm tahun ni.
Okay bila first kenal keluarga suami aku ni, aku mati matian ingat Suhaila ni sepupu dia. Sebab kan Suhaila ni rupa memang jauh beza dengan laki aku. Perghh lain sumpah lain. Tapi bila tengok betul betul, Suhaila ni lebih serupa abah. Plus time tu memang Suhaila tingkatan 3...
"Abah. Tergamak abah tak sayang mama" Kataku kepada abah. Suhaila dah tahan gelak.
"Ha jawab menantu awak tu tanya. Kenapa senyap" fuhh mak mertua aku ni memang talkative person. Tapi dua dua anak dia semua pendiam
Laki aku tu, aku tanya panjang berjela dia jawab sepatah je. Dua kali lima je la dengan Suhaila ni.
"SubhanaAllah. Saya nak jawab tadi tapi awak memotong" Sempat abah sumbat cekodok pisang dalam mulut dia lagi. Taktik abah dah malas nak layan la tu
Aku tak tau nak cakap apa dah. Dah la duduk tengah tengah lak tu antara abah dengan mama. Suhaila duduk sebelah abah.
"Adaaaaa je alasan. Sedap nau menjawab" wow. Mama tu sempat au sambil bercakap tangan nonstop buat kerja.
Tadi dia tuang air dalam cawan lepastu sekarang ni tengah potong kuih.
"Kalau jawapan tu munasabah tak apa jugak. Ini balik balik jawapan yang sama."
"Ma..." panggil Suhaila
"apa. Abah kau ada sebelah tu panggil la abah kau. Ini maaa sikit sikit maa." Weh sumpah talkative aku tak boleh lawan tahap talkative mama ni
Masa mula mula jumpa aku memang terkejut. Macam langit dengan bumi kalau nak bandingkan dengan laki aku
"orang nak kuih tu je la" Rungut Suhaila. Tanpa bercakap banyak aku hulurkan piring kuih tu dekat Suhaila
"Takde tangan ke. Merungut. Merungut kena kang"
"nah nah. Kesian dia" Suhaila menyambut huluran aku. "Abah nak air bah?" Soalku kepada abah bila tengok cawan dia dah kosong.
"Sikit je Arissa. Kang minum banyak banyak kang ada orang tu marah" Serentak dengan tu mama berhenti buat kerja potong kuih tadi. Muka abah ditenungnya.
"ulang balik" Kata mama. Sumpah aku rasa macam ada aura gelap sebelah aku ni. Naik bulu roma weh. Hahaha
malas nak garuh aku terus tuangkan air dalam gelas abah.
"Assalamualaikum!! Bang Wan oo bang Wan" Jeritan dengan pagar selamatkan abah yang dalam bahaya tadi.
"Su pergi tengok." Offer Suhaila. Aku hanya mengangguk. Siapa lak yang cari laki aku ni. Dia tak balik kerja lagi
"Kamu ada order barang ke Arissa?"
"Takde lak ma. Kalau ada pun Arissa baru order semalam. Takkan dah sampai hari ni kut" Pelik
"Orang tu nak minang kamu kut" Tersedak aku dibuatnya. Savage mak mertua aku.
"Takde maknanyer la ma. Kalau tau dekat abang habis kena" Abah dah geleng geleng kepala dekat mama.
"Mama pelik la. Macam mana kamu boleh terpikat dengan kayu sepapan tu." Kayu? Siapa lak kayu? laki aku ke?
"Ayuni. I think patient dah boleh pindah ward. So call ward atas now" Wajah putih mulus tu aku tenung.
Kauorang percaya cinta pandang pertama? Inilah yang aku rasa sekarang ni.
"Baik doctor." Jawab jururawat tu. Erghh hilang dah rasa sakit aku bila pandang Doktor depan aku ni.
Kurus tinggi berkaca mata. Rambut jet black dia yang tersisih rapi. Mata hazel dia tu... Allahuakhbar Ara sedar oi
"I think that's all" Ujarnya lagu. Alunan suara serak basah dia. Auch
Jururawat tu terus bergerak pergi dan tinggalkan aku dan doktor ni dalam bilik ni. Dia bergerak menghampiri meja di sebelah katil aku. Aku apa lagi sambung balik la kerja aku a.k.a buat buat pejam mata.
Eleh padahal dari tadi khusyuk pandang doktor tu nonstop. Tiba tiba satu idea jahat muncul dekat fikiran aku
"au auuu sakit" Ngadu ku tiba tiba. Aku pura pura mengerang kesakitan. Aku rasa condition aku dah macam beruk dalat belacan dah atas katil tu. Mata aku buka
Doktor yang dari tadi tu tenang kini bertukar cemas. Dia menghampiri aku
"awak. Awak kenapa ni" Haluuuu dia bercakap dengan aku la. Dia cuba tenangkan aku yang tengah berlakon beria macam nak menang Oscar lak ai.
"sakittt..." Ngadu aku. Dia macam tengah buntu au nak buat apa.
"Okay saya nak awak tenang dulu." Aish aku tak leh ah tengok dia dalam keadaan macam ni. Serba salah lak ai
Aku berhenti dari lakonan gred A aku dan pandang tepat kearah matanya. Muka serius aku tayangkan. Dia terkebil kebil
Adui hensem ah
"dah. dah okay dah" senyuman manis aku lemparkan kearahnya. Dahinya berkerut. "Doktor Talha" Kad perubatan yang tersangkut di lehernya aku baca.
"Nice to meet you Dr Talha" Tambah ku lagi. Dia masih diam. Hahaha blur la tu
So itulah tragedi macam mana aku jumpa husband aku
"akak surat" Kata Suhaila yang hadir bersama surat di tangan
surat?
YOU ARE READING
Cadbury Mangga
Short Story10 Chapters only start ~ 1/1/2019 End ~ 2/1/2019 hehehehe amacam 1 hari je menulis. bayangkan aku duk terperap dalam bilik macam nangka busuk. hmmmm aku suruh bayang je, tak usah fikir lebih lebih sinopsis~ tak de sinopsis. baca sendiri. tak janji...