CM 3

184 15 0
                                    

"insya Allah ma. Kalau tak ada aral melintang nanti Wan pergi bank eh....hmmm... ma sekejap lagi Wan telefon boleh? wan ada hal jap..."

Phone bercasing gold itu aku simpan di dalam kot putih. Aku memerhati perempuan yang duduk di hadapan aku ini. Dia lah punca aku segera putuskan talian dengan mama aku.

Dia melambai kearah aku. Button floor 5 dia tekan. Aik? Bukan ward dia dekat floor 4 ke?

"Alisa?" Soal ku? Dia tidak menyahut. "alisa" ulang ku balik dengan aku meninggikan sedikit volume

Dia berpaling. Dia menunding jari kearah dirinya. Aku mengangguk. Sebab kami berdua je dalam lif ni. Sempat dia ketawa lagi

"Arissa Mawara. Arissa" ujarnya.

"ok sorry. Awak punya wad dekat floor 4. kenapa choose floor 5?" Soal ku direct. Kak Zyla sendiri yang kata kalau nampak dia tolong bagi dekat dia. So kira ni macam tanggungjawab aku lah.

"nak ikut?" tanyanya dengan muka happy. Dia sakit apa ni? Seram pulak aku tengok. Aku menggeleng laju. Dia bertindak dengan memusingkan seratus peratus badannya kearah aku. "Jom lah" Rayunya.

"Arissa masuk wad sekarang. Awak kena rehat" Ujar ku dengan nada mendatar. Dia mengeluh.

"tak nak" Ujarnya lalu pusing kembali kearah pintu lif.

kali ni dia berkaki ayam. What on earth budak ni tengah fikir. Sesuka hati dia je. Kemeja wad hospital dipadankan dengan tight adidas. Siap ditocangkannya rambut. Serius aku tak faham dengan dia ni.

Baru sampai tingkat 3, aku segera tekan button floor 4, maka apabila sampai di tingkat yang ditekan, aku keluar. Bila aku toleh belakang, dia masih statik di dalam lif sampai pintu lif nak tutup

"bai bai Dr Talha!" Dia tersenyum sambil melambai lambai kearah ku. Pintu lif tertutup sebelum sempat aku menahan.

*

"yang kau macam cicak hilang anak ni apa kes. Kemurungan je aku tengok kau ni" Hafiz ni memanglah. Mulut penuh dengan kuih muih dah heboh nak bercakap. tersembur sembur.

"aku peliklah"

"Asal? Mira Filzah tak balas dm kau? jangan bersedih brader. Aku selalu macam tu. Lagipun aku selalu dm fasha Sanda tapi dia tak balas. Setiap hari aku tanya dia sihat ke tidak. Tapi kau tahu dia buat apa? Dia blocknya aku" Ujar hafiz dengan drama slot akasia dia tu. Cakap menyembur nyembur lepastu acah nak menangis.

"Sikit air wyeh. Aku tercekik" Aku tak balas apa apa lagi Hafiz dah tarik gelas jus mangga aku. tak guna straw, dia terus teguk air aku dengan rakusnya

"Aku lagi pelik bila setiap hari kau duk order air mangga ni. Ceramah patient suruh jaga gula, tapi kau sendiri duk telan air ni" Bebel Hafiz. Sampai habis air aku dia kerjakan lepastu nak membebel dekat aku.

"Setengah je pun aku minum air ni. Bukan banyak pun." Aku cuba bela diri. Hafiz mencebik.

"ha! kau pelik pasal apa tadi? sambunglah"

"Aku peliklah budak Arissa tu sakit apa"

"Arissa mana lak ni. Aku yang pelik sekarang ni" Hafiz menggaru garu kepala. Serupa monyet dah aku tengok.

"yang Kak Zyla kejar hari tu." mulut Hafiz membentuk o. Dia jeling mata keatas sekejap lepastu dia pandang aku.

"tah la. Aku pun tak tahu. Kau try lah tanya Dr Amar. Dia kan yang incharge budak tu." Aku hanya mengangguk. Betul jugak apa yang Hafiz katakan. Baik tanya yang si merawat.

Kenapa aku nak tahu ni? Jarang Syazwan Talha ni ambil peduli. Aku ambil peduli bila aku jaga patient je

"Ye saya.... ok ok.. saya dalam perjalanan" Baru aku sedar yang hafiz bercakap dalam telefon. Dia segera menyimpan telefonnya di poket dan kuih serimuka yang terakhir disumbat kedalam mulutnya

"kalau kau dah tercekik nanti, air aku dah habis" Hafiz tersengih dengan mulut yang penuh

"ikut aku jom. Cepat jom. Patient aku." Malas nak gaduh lebih, aku mengikut Hafiz ke wad Kenangga.

Baru sampai di kaunter, aku dengar suara perbalahan. Aku dan Hafiz berhenti di hadapan katil pesakitnya.

"pakcik. Kenapa ni?" Soal Hafiz ramah. Pesakit yang merupakan lelaki tua itu dan isterinya serentak memandang kearah kami.

"pakcik nak balik doktor. Doktor dah penat jaga pakcik. Biarlah anak pakcik pulak yang jaga pakcik" Ujar pesakit tu. Isterinya hanya mengangguk sahaja.

Sebelum datang sini Hafiz ada cakap yang pesakit dia ni tak ada boleh dibantu lagi. Buah pinggang dia rosak. Dah rujuk pakar tapi tak ada jalan penyelesaian. Hanya doa yang mampu menolong

"mana boleh" serentak aku dan Hafiz memandang kearah katil sebelah pesakit ni. Arissa. Dia tengah duduk berpeluk lutut di atas katil sebelah. Ni bukan wad dia. Apa dia buat dekat sini.

"Ara... Jangan macam ni. Ara pun dah banyak tolong kami. kos rawatan ni semua Ara yang tolong. Terima kasih Ara. Tapi bagilah apkcik peluang nak tinggal dekat rumah yang pakcik bina sendiri" Pujuk lelaki tua itu. Arissa masih pegun. Aku masih berdiri belakang hafiz

"Pakcik dah janji nak kuat kan! Ara boleh kuat! Takkan pakcik tak boleh pulak." huh? Aku blank sekejap. Isteri pakcik tu meredakan Arissa yang tengah marah. kecoh wad sekejap. Nurse pun datang membantu.

"Ara tahukan umur pakcik dah tak lama. Pakcik tak kuat macam Ara. Ara muda lagi. Pakcik dah penat lawan, giliran Ara lah pulak lawan penyakit Ara tu. Pakcik tahu Ara boleh" Sekejap lepastu aku boleh dengar Arissa mendengus geram. Hafiz tampil kehadapan.

"Tiqah, uruskan surat check out pakcik ni." Nurse tu hanya mengangguk dan Hafiz bergerak kearah Arissa

"Arissa. Apa kata Arissa balik wad Arissa dulu lepastu tenangkan diri dulu." Hafiz cuba memujuk. Sementara Hafiz memujuk, aku hanya berdiri sambil memerhati sahaja. Kelu aku. Pekara ni biasa terjadi tapi apabila ada campur tangan orang ketiga macam Arissa, jarang pulak berlaku.

Cadbury ManggaWhere stories live. Discover now