CM 7

164 13 0
                                    

"Nak duduk sini boleh?" tanya Dr Imran yang baru datang bersama isterinya. Di tangan Dr Imran terdapat sepinggan kuih. Aku dan Hafiz memandang kearah mereka. Air yang mereka bawa dah terletak diatas meja

"Eh bayarlah kalau nak duduk" Hafiz cuba ulang balik apa yang Kak Nita cakap beberapa hari yang lepas. Kak Nita dah bercekak pinggang. Suami dia dah selamat duduk depan Hafiz.

"eh budak bertuah ni! kau provok aku ye" berang kak Nita. Kerusi dihadapan aku ditarik lantas didudukinya. Kuih di pinggan suami dia diambil.

"eh akak yang mula dulu eh sebelum ni." Balas Hafiz. haih, tak tenteram aku nak makan. Sempat mereka berdua berbalas ejekan sebelum dileraikan oleh Dr Imran.

"awak tu mengandung. Tak padan dengan mak orang," tegur Dr Imran. Sambil tu tangan ligat menyuap kuih popia ke mulut Kak Nita

"Wan. Terima kasih tau tentang 3 hari lepas. Sebaik tak ada apa apa yang terjadi. Syukur kau ada masa tu. kalau tak naya aku nak menjawab dengan orang atasan" Ucap Dr Imran sambil mengunyah makanan. Aku menyedut sedikit air kosong sebelum membalas

"alang alang saya nak jumpa senior Akhmal, tu yang lalu depan bilik Arissa tu. Ayah dia mintak tolong. Saya tolonglah. kak Zyla masatu pergi toilet." Cerita ku. Hafiz dan Kak Nita yang mendengar hanya mengangguk faham. Famous jugak cerita ni, tak sampai 24 jam dah tersebar.

"Mana air febret kau Wan?" Soal Kak Nita tiba-tiba. Aku memandang cawan aku. air kosong je hari ni. baru nak jawab, Hafiz dah memintas

"makcik cafe cakap hari ni mangga habis" haih Hafiz. bagilaha ku yang jawab. Aku hanya mempamer senyuman tawar.

"alololo sian dia. Eloklah tu minum air kosong. Baik untuk kesihatan" pujuk kak Nita. Semua tengah berborak. Aku ambil tender untuk senyap dan sekali sekala jer aku menyampuk apabila ditanya. Like always, Aku prefer diam dari bercakap.

"Doktor talha" Aku mendongak keatas. Satu meja dengan aku ni semua mendongak kearah bangunan hadapan. tak adalah jauh mana pun. Dekat je. Di tingkat 2 terdapat seorang remaja tengah melambai lambai kearah ku. Siapa lagi kalau bukan Arissa. Dengan baju hospital bahagian hadapan di tuck-in dalam seluar tight NIKE dia. Kaki like always, berkaki ayam. Rambut diikat gaya messy bun

tanpa aku sedar aku mengukir senyuman manis. Tangan aku sempat melambai kearahnya sebelum aku turunkan kembali tangan aku.

"Aku yang jaga dia dah 3 bulan tak ada pun nak jerit nama aku. Ni yang nak sedih ni" ujar Dr imran. Semua kembali memandangnya apabila Arissa bergerak pergi. nak sambung merayau lah tu.

"Tu namanya abang tak penting bang." kata Hafiz selamba. Kak Nita dah ketawa. Dr Imran hanya mencebik. Hafiz pula selamba sambung kembali makan sekali dengan aku. Biarkan Dr Imran bercerita mengenai peristiwa lain.

*

"Arissa" Dia serta merta menoleh memandang kearahku. Kakinya cepat berlari kearah ku. Serupa kanak-kanak ribena dah.

"ye saya captain." Ujarnya dengan suara robot. Aku tersenyum seketika. Tangan kanan aku yang sejak dari tadi tersorok di belakang badan aku keluarkan. Sandal jenama Kronos bewarna hijau itu Arissa pandang dengan penuh tanda tanya.

"memang awak selalu berkaki ayam ke apa. Cuba pakai dulu" Dia menyarungkan sandal itu di kaki dia. Agak besar sedikit. tapi boleh lah tu. Sempat Arissa terlompat lompat dengan gembira.

"Saya ada kasut tapi saya tak tahu cara nak ikat tali" uajrnya selepas tenang dari melompat lompat dengan sandal yang baru dia dapat tu.

"awak pakai je terus. Saya bagi." Dia pamerkan muka terujanya lantas membuat aku tersenyum. Sempat dia bermain main dengan memijak lantai lain yang mempunyai corak tersendiri.

"thanks Dr talha." balasnya dengan girang.

"Arissa. Macam mana awak tahu nama saya Talha eh? Sedangkan semua panggil saya Dr Syazwan. Arissa dah mula tersenyum sendiri.

"First day saya masuk sini, Dr orang pertama yang rawat saya dekat ICCU. Bila saya baca cop fail saya ada nama doktor. So dari situlah saya tahu" balasnya tanpa memandang ku. Seronok sangat dapat sandal sampai terlupa kewujudan aku di sini.

"kenapa tak panggil saya Dr Syazwan je?" Aku masih pelik. Muka tak berreaksi aku tunjukkan.

"Sebab saya suka cerita Talha bin Ubaidillah. Dia cekal hadapi cabaran. Masa perang Uhud lah dia dapat gelaran 'Syahid yang berjalan di atas muka bumi ini' dari nabi Muhammad. Dia berani." Terang Arissa. Aku hanya mendengar celoteh dia.

"Dr sama berani macam Talhah bin Ubaidillah. Dr Talhah berani selamatkan nyawa saya masa tu. terima kasih" tatkala ucapan terima kasih tu baru dia memandang kearah ku. kalau tak selama ni hanya memandang sandal yang baru sekali aku gunakan itu.

Cadbury ManggaWhere stories live. Discover now