"Jim"
"Ya saya Cik Arissa"
"Kalau papa aku datang, cakap aku dah mati" Tanpa hiraukan panggilan dari bodyguard yang diupah tu, aku berjalan jalan di sekitar hospital ni.
Besar jugak hospital ni. hampir semua suduk block kiri ni aku terokai melain bilik bilik tertentu. Mana boleh masuk.
"good morning Arissa" Aku menoleh kearah kanan aku, Dr Asnita menegur. Aku hanya tersenyum sambil melambai kearahnya.
"pagi-pagi dah keluar. Nak pergi mana ni?" Soal Dr Asnita sambil mendekati aku. tengah tengah lorong ni jugak nak buat mesyuarat PIBG ni.
"jalan jalan. Wad bosan" Ujar ku dengan muka monyok. Dr Asnita hanya ketawa. "nak cakap dengan baby boleh?" Soal ku dengan nada manja.
"Ada ada jelah budak ni. ha boleh" Sempat Dr Asnita mencubit pipi kiri aku. Dengan sengihan level tinggi, aku membongkok bagi se-level dengan perut Dr Asnita
"Dr junior, awak apa khabar? Aunty dekat sini sihat. Awak tahukan mummy awak ni kuat mencubit. So, awak hati hati eh nanti, takut pipi awak lebar je asyik kena cubit. Nanti jadi macam skateboard je muka tu" Dr Asnita dah bantai gelak. Aku serius dia boleh gelak pulak tu.
"mintak dijauhkan dari apa yang Arissa tu cakap ya Imran junior" Aku kembali berdiri tegak. Dr Asnita ni kahwin dengan Dr Imran yang pernah jaga aku masa 2 minggu pertama aku dekat sini. Masa tu aku dapat 3 doktor lah jugak yang jaga.
"Arissa dah makan?" Soal Dr Asnita. Aku tayang muka sedih. "haih belumlah tu. Jom Dr belanja jom" Aku dah tersenyum lebar bila dengar perkataan belanja. Siapa je yang tak suka bila orang nak belanja
"Ya Allah semoga Doktor seorang ni sentiasa dimurahkan rezekinya. Amin" Kata ku sambil menadah tangan. Dr Asnita tersenyum.
"Ada ada jelah budak ni." Sekali lagi pipi aku di tarik. "dah jom, nanti donut habis."
*
"Kak Nita nak join boleh" Kata hafiz sambil membawa secawan milo panas ke meja kak Asnita.
"Eh bayar lah kalau nak duduk" Tangan aku dahla kebas sebab pegang cawan yang berisi air batu ni. Sejuk. Jus mangga still menjadi pilihan aku di pagi hari.
"ish nanti baby tu terikut nanti perangai akak tu" Gurau Hafiz.
"Eh baby ni jangan usik eh. Akak gurau jelah. Duduk lah. Kesian pulak tengok muka Wan tu" Aku hanya tersenyum segaris pabila nama aku disebut. Hafiz duduk dihadapan kak Nita dan aku duduk disebelah Hafiz
"pagi pagi dah minum air sejuk, kau betul ke tidak ni wan?" Soal kak Nita. Aku tayang muka kosong.
"jangan kacau kak. tu air pebret dia tu kak" Balas Hafiz bagi soalan kak Nita. Aku menyiku lengan Hafiz, maka dia mengaduh kesakitan. Kak Nita hanya menggeleng geleng sahaja
"macam manalah kau duaorang ni boleh lepas RCSI tu dengan perangai macam ni" Soal kak Nita sambil menongkat dagu.
"Dengan honourable kak." balas Hafiz selamba. Aku hanya diam. tak tahu nak bual apa sebenarnya. Biarlah kak Nita dengan Hafiz yang berbual. lagipun Hafiz yang nak duduk dekat sini. Baru aku sedut sedikit air jus tu ada orang menarik kerusi plastik disebelah kak Nita.
Arissa. Dia tersenyum bahagia sambil melambai lambai kearah aku dan Hafiz. Hafiz balas kembali lambaian dia, aku hanya diam. haih Syazwan... diam jelah yang kau mampu. Plastik merah yang dibawanya tadi dibuka dan plastik biru dikeluarkan.
"ni lagi sorang. pantang dengar orang belanja je mesti beli cadbury dia tu. 3 pulak tu dia beli" bebel kak Nita. Arissa hanya tersengih. Plastik biru yang membalut coklat cadbury itu dibuka dan kertas timah emas itu pula dibuka.
Aku hanya memerhati sahaja langkah dia. Kira cermat jugak dia buat kerja. Dia tak nak jari dia terkena coklat, maka dengan kertas timah emas tadi dijadikan sebagai alas. Empat bar di atas coklat itu dipatahkan dan diletakkan diaatas kertas timah itu. Aku tak sangka dia menolak empat bar kecil coklat itu kearah aku.
"Sedap~" Ujarnya dengan senyuman manja. Aku menggeleng dengan senyuman tawar. bagus Syazwan, dah minum air manis berais lepastu makan coklat. "hallaaaa.. tak nak tak apa" Rungutnya sambil menarik kembali coklat itu kearahnya
macam sedap pula coklat tu. Aku mengeluh kecil sebelum menarik kembali coklat itu
"thanks" ujar ku. Aku nampak Arissa senyum bahagia bila aku makan satu bar kecil tu dulu. uih manisnya.
"Eh Dr Wan dia bagi, habistu Dr Hafiz ni?" Soal Hafiz yang baru habis bercakap dengan Kak Nita. Arissa tersengih dengan kaki berayun ayun di bawah meja.
"jangan Hafiz. Arissa ni kalau jumpa coklat memang kedekut nak share. Akak pun tak tahulah kenapa wan ni boleh dapat" Ujar kak Nita sambil menarik pipi Arissa sedikit.
"ini tak adil. Arissa nak jugak" Rungut Hafiz. Aku tahu Hafiz hanya bergurau.
"Arissa...." Dr Amar hadir bersama Dr Zul. tercungap cungap duaorang tu. "Penat saya cari awak. pagi ni belum check lagi tapi awak dah keluar. Jom balik bilik sebelum pakar datang." kata Dr Amar
"tak nak" balas Arissa selamba sambil kaki masih berayun ayun di bawah meja. Semua terdiam. kak Nita je yang tergelak.
"Budak ni memang degil. Siapa pakar dia?" Soal kak Nita. Dr Zul dah kebas air Hafiz. Mengamuk Hafiz.
"suami akak la siapa lagi. Kang dia mangamuk karang kak"
"eleh hal kecik jer tu" balas kak Nita

YOU ARE READING
Cadbury Mangga
Short Story10 Chapters only start ~ 1/1/2019 End ~ 2/1/2019 hehehehe amacam 1 hari je menulis. bayangkan aku duk terperap dalam bilik macam nangka busuk. hmmmm aku suruh bayang je, tak usah fikir lebih lebih sinopsis~ tak de sinopsis. baca sendiri. tak janji...