"awak....." kelihatan susuk tubuh Arissa menghampiri ku dari arah pintu bilik. Secara automatik senyuman ku terukir
Riba ku menjadi sasaranya untuk duduk. Ringan je jangan risau. Seperti biasa dia akan membaringkan kepalanya di dada ku. Serupa seperti anak kecik yang manja
"saya lapar la" rungutnya tidak kurang seperti macam aku kata tadi anak kecil yang manja.
Kerja menaip di macbook aku berhentikan seketika. Kini seratus peratus tumpuan ku beralih kepada Arissa. Aku terus mengusap rambutnya yang lembut dan bersinar itu. Macam kenal je hoodie yang dia pakai ni.
Yup hoodie aku
"saya nak makan tapi tak ada selera. Tapi kalau saya tak makan macam mana saya nak berhentikan perut saya yang merengek ni." Tadi Manja sekarang marah pulak
Pelik isteri ku
"dah la saya nak cari coklat la" Belum sempat aku berkata apa apa Arissa bangun dari riba ku dan bergerak keluar dari bilik.
Laptop aku tutup dan terus menanggalkan cermin mata ku. Masa mencari isteri aku semula
Satu persatu anak tangga aku turun dengan kadar segera. Haih terasa tinggi pulak rumah ni. lagi lagi aku dengan kain pelikat ni rasa macam susah nak gerak. Setibanya di dapur kelibat yang dicari tiada. Yang ada cuma kelibat Cik Jiha, pembantu rumah ku.
"Tuan nak apa apa ke? nak saya buatkan air?" Katanya setelah melihat aku yang tercongok di pintu dapur ini
Aku mengangkat tangan tanda tidak perlu. Walaupun ada pembantu rumah, Arissa sendiri yang berkeras hendak menyediakan makanan dan minuman ku. Tapi setiap apa yang Arissa masak sumpah sedap sampai berat aku naik la katakan
Aku terus mengangkat kaki dan bergerak ke ruang tamu. Masih tiada
Toilet. Tiada
Ruang solat. Tiada
Mini library. Tiada
Hampir satu rumah 3 tingkat ni aku cari tapi masih tak jumpa Arissa. Nak tanya Cik Jiha segan pulak. Takut pulak dia cop aku ni tak reti jaga isteri
Sudahnya aku ke belakang rumah. Bibir ku mengukir senyuman apabila kelibat yang dicari kini sudah dijumpai. Dia senyap melayan perasaan sambil mengayun perlahan di buaian berhampiran kolam renang. Macam ada sesuatu yang difikirkannya
"sayang.." kataku setelah sekian lama membisu
aku memang pendiam. Lupa ke tu?
Pipi putihnya aku usap perlahan selepas duduk di sebelahnya. Tindakan aku itu mengundang reaksi terkejut darinya. Bahu aku terus menjadi sasaran tamparan dia. Kuat la jugak.
"sakit la sayang" Ujar ku selepas menggosok bekas tempat tamparanya itu
"saya yang terkejut ni. Gugur jantung tahu tak. Nasib baik dekat bahu kalau dekat muka awak yang handsome tu.. aishhh geram je tau" Sengihan level kanak kanak riang aku tunjukkan
"handsome?" kata ku sambil merapatinya. Jelas kelihatan mukanya yang merah menahan malu.
Aku dengan Arissa dah kahwin dekat setahun dah. Soal zuriat jangan tanya, kalau ada, adalah. Kalau tiada tu bukan rezeki kami. Tapi kitaorang still bahagia bersama hadapi liku liku kehidupan gitu
"Ishhh apa awak ni" Dia terus menekup mukanya dia dada ku. Aku hanya ketawa melihat telatah dia
Arissa Mawara, gadis yang berkaki ayam masa mula mula aku berjumpa dengannya. Haihh dah jadi isteri aku rupanya
"sayang kata nak makan. Nak abang masak ke?" Soal ku
Lama juga dia diam di dalam pelukan ku
"sayang?"
"awak. Andai kata saya dah tak lama dekat dunia ni, awak nak buat apa?" Soalnya secara tiba tiba. Dia masih tidak bergerak dari posisi nya sebelum ini
Aku terdiam. Dia tak pernah bangkitkan isu ni
"sayang. Eh apa cakap macam ni. Abang sayang sayang selamanya tau. Dah dah jangan cakap macam ni" Suaraku masih lembut. Jangan katakan marah, tinggikan suara pun tak pernah aku lakukan dekat Arissa
"sayang?" Tubuh kecilnya yang berada di dalam dakapan aku itu aku gonjang perlahan. Hati aku mula tak sedap
"sayang abang Arissa Mawara" Masih tak menyahut. Jangan...
serta merta aku mengangkat dagunya bagi melihat wajahnya. Pucat. Dia cuba sedaya upaya untuk membuka mata. Aku automatik cemas. Bahunya aku dakap
"eh sayang? bukak mata sayang. Jangan buat abang macam ni" Selepas arahan yang aku berikan dekat Arissa tak berjalan, aku terus angkatnya masuk ke dalam rumah. Sofa menjadi sasaran ku untuk meletakkan Arissa. Sempat aku memanggil Cik Jiha
"Tuan, Puan kenapa tuan?" Soalnya dengan cemas.
"Sekarang ni awak call ambulance. Sekarang boleh?"
"Baik Tuan" Cik Jiha segera beredar ke arah telefon rumah. Wajah Arissa aku tatap.
Sebagai orang perubatan aku cuba check apa yang perlu dekat Arissa. Tapi aku cemas sangat sampaikan aku lost tak tahu nak buat apa.
"Sayang abang ada ni. Bukak mata sayang boleh?" Tangan kanan Arissa menggengam tangan kiri aku secara lemah. Matanya masih tertutup
"abang..." perlahan suaranya memanggil ku

YOU ARE READING
Cadbury Mangga
Short Story10 Chapters only start ~ 1/1/2019 End ~ 2/1/2019 hehehehe amacam 1 hari je menulis. bayangkan aku duk terperap dalam bilik macam nangka busuk. hmmmm aku suruh bayang je, tak usah fikir lebih lebih sinopsis~ tak de sinopsis. baca sendiri. tak janji...