"mummy sayang Ara tak?"
"kenapa pulak mummy tak sayang. Mummy sayang semua anak mummy, Abang mukhlis, Abang Muaz, abang Ariz, Arissa Awara. Semua anak mummy mummy sayang"
"tapi kenapa mummy tinggalkan kitaorang?"
"Ara.... tak semua kisah dongeng berakhir dengan penamat yang baik. Kisah mummy dengan papa macam tu lah juga. Ara boleh janji dengan mummy?"
"apa dia?"
"Janji yang Ara boleh kuat tanpa mummy dekat sebelah Ara. Boleh?"
"...."
"Ara?" "Ara!"
"Ara! ya Allah! Ara bangun Ara!" Perlahan lahan aku membuka mata. Silau. Abang Muaz berada di sebelah kiri aku. Dia bersyukur bila aku buka mata
"Abang Muaz?" Soal ku seperti tidak percaya. Dia mengangguk laju. Tubuh ku terus didakap oleh tubuh sasanya. "Abang mintak maaf Ara. Selama ni abang tak datang sebab abang marah dekat papa. tapi lepas tahu apa yang terjadi, abang silap Ara."
"oi bang! senak oi!" Bahu kirinya aku tepuk tepuk. Sempat dia ketawa sebelum leraikan pelukan. Sisa air mata disekanya dengan belakang tapak tangan.
"Ara ni bagilah chance Abang Muaz nak feeling tu" Kata abang Mukhlis sambil menggosok rambut aku.
"abang Muaz cakap abang silap?" Soal ku kepelikkan. Dia hanya mengangguk laju.
*
"Wan!" aku segera menoleh ke belakang pabila nama aku disebut. Dr Amar rupanya. "tolong kejap boleh."
"apa dia?" Soal ku. Fail di tangan aku tutup sebentar untuk fokus kepada Dr Amar
"Sbelum tu, mana Hafiz?"
"Dia kan cuti hari ni. Esok aku pulak." Kata ku. Dr Amar hanya mengangguk. Beg kerjanya di selongkar dan sepaket besar coklat cadbury dikeluarkan.
"Aku EL ni. Bini aku dah nak bersalin. Tolong pas ni dekat Patient aku yang nama dia Arissa tu boleh tak?" Coklat Cadbury Marvellous Creation itu bertukar tangan.
"taniah Mar. Hospital mana?" Aku berjabat tangan dengan Amar
"Dekat Melaka. Terima kasih. Tolong eh. Bagi dekat Arissa coklat tu"
"ok ok aku bagi. hati hati memandu" Setelah tu amar berangkat pergi. Aku bergerak ke ruang pakar dan ternampak Kak Zyla dengan seorang nurse lelaki lagi tengah menolak katil yang terdapat pesakit keluar dari bilik X-Ray.
Ternyata Arissa yang tengah baring diatas katil tu. Teddy Bear yang berada di sebelahnya cukup buat aku kenal. tapi kenapa Dari hujung kaki sampai hujung rambut dia ditutup dengan selimut? hah?
Kak Zyla dan nurse lagi sorang tu berhenti di tepi dan menyemak fail milik Arissa.
Arissa dah tak ada? Sebab yang tutup dari atas sampai bawah tu cuma jenazah sahaja. oh....
innalilah
Sekumpulan wanita yang lalu di sebelah Mayat Arissa hanya ketakutan. Pabila mereka betul betul lalu di sebelah mayat tu, Mayat Arissa tiba-tiba terus bangun. Berlari bertempiaran sekumpulan wanita tu
Arissa, Arissa. Suka sangat kenakan orang. Dia boleh ketawa dekat sikit lepas kena tarik pipi oleh Kak Zyla. Tarik balik inalilah aku tu untuk dia. Disangka mayat rupanya masih hidup. Arissa yang ternampak aku hanya melambai. Aku hanya senyap.
haih Arissa pelik betullah.
*
"Asalamualaikum." Salam diberi setelah aku masuk kedalam wad yang menempatkan Arissa. Dua lelaki yang sedang leka bermain phone terus memandang kearah aku. Katil kosong. Ni mesti Arissa merayau satu hospital lagi.
"waalaikumusalam" jawab mereka berdua serentak.
"Saya nak cari Arissa. Ada bende yang saya nak serahkan" Ujar ku berlaku jujur. Seorang lelaki yang tinggi seperti ku menghampiri aku.
"Dia pergi buat pemeriksaan Doktor. Saya Muaz. Abang sulung Ara. Yang ni Mukhlis abang Ara jugak, bawah saya" Mereka berdua berjabat tangan dengan aku. Aku mempamer senyuman segaris.
"Saya Syazwan. Dr Syazwan" Ujar ku. Mereka hanya mengangguk sambil tersenyum. Serupa macam Arissa pabila mereka tersenyum. Apalah Wan, dah diaorang adik beradik. "dah lama ke Arissa pergi?"
"Lama lah jugak." jawab Muaz. Mukhlis hanya mengiakan sahaja. "ha tu, panjang pun umur.." Aku menoleh kearah pintu. Pintu terbuka dan Arissa asuk bersama dengan Dr Zul dan Kak Zyla. bila Arissa pandang aku, dia tersengih manja.
"dr Talha" uajrnya. jarang orang panggil aku dengan nama belakang tu. Tapi Arissa dah panggil macam tu. Aku mengeluarkan 2 coklat cadbury dari poket kot putih aku. Sempat aku jumpa vending machine masa nak lalu wad Arissa. kebetulan, dia pun pernah beri aku dulu, jadi tak salah untuk aku balas balik. Coklat itu aku hulur kepadanya
"Dr Amar pesan suruh bagi dekat awak." Dr Zul dan Kak Zyla dah keluar bila dah hantar Arissa. Coklat cadbury orea pula aku hulurkan. "ni dari saya." Arissa jelas excited bila dapat dua coklat dari jenama yang sama itu. Macam menang anugerah pula.
"Thank you Dr Talha" Ujarnya dengan teruja. Tangan kanan dia masih terdapat teddy bear yang buat aku fikir dia mayat tadi. ish! "Dr nak?" Arissa menghulur kepada aku coklat yang dah terbuka pembalutnya itu
"terima kasih tapi saya baru lepas lunch" Aku menolak dengan cara baik. Arissa monyok sedikit
"hala... makanlah sikit" Coklat itu disuakan kearah aku. Malas nak berdebat lebih lagi, aku patahkan sedikit dan masuk kedalam mulut. Aduh! wrong step, manisnya.
"Terima kasih" Ujar ku. "saya keluar dulu" Aku sempat berjabat tangan dengan duaorang abangnya sebelum keluar
*
"Amboi! Budak ni bukan kedekut ke bila nak share coklat? Tapi kenapa dengan doktor tu kemain lagi?" Abang Mukhlis dah menyoal. malas nak layan, aku terus menyuap coklat orea tu kedalam mulut. Nikmatnya.
"Ara? kenapa?" Soal abang Muaz. Aku mengeluh. Tak senang duduk betullah bila nak makan coklat ni.
"sebab jus mangga"
"ha?!"

YOU ARE READING
Cadbury Mangga
Short Story10 Chapters only start ~ 1/1/2019 End ~ 2/1/2019 hehehehe amacam 1 hari je menulis. bayangkan aku duk terperap dalam bilik macam nangka busuk. hmmmm aku suruh bayang je, tak usah fikir lebih lebih sinopsis~ tak de sinopsis. baca sendiri. tak janji...